Thursday, March 30, 2006

janji kita

Tiap2 hari, umat islam diwajibkan untuk solat. Dalam rakaat pertama,kita akan baca doa iftitah dimana feveret aku. Line yang paling aku ingat, "Sesungguhnya hidupku, solatku dan matiku hanyalah untukNYA."..dulu ustazah aku masa aku darjah 6 kata, itulah janji kita yang kita ucap tiap2 hari tapi sejauh mana kita mengotakan janji kita?Isk, jangan tak tau kita pernah janji untuk taat setia dengan Ilahi untuk buat ibadat kepadaNYA.

Dan orang2 yang tidak mengotakan janji itu mempunyai sifat2 munafiq...kita munafiq ke?Kakak aku pernah cerita some of her non-muslim friends pernah pertikaikan sifat2 ini dalam jiwa muslim dimana lecturer dia yang muslim datang lambat sebanyak 3jam untuk kelas.

aku? mungkiri janji ke?
Wow, i wished i could say no but sadly, I had. Nak belanja fana tapi belanja air nescafe je. aku budget nak belanja tapi i could not find time to do it. Jahat tak?
Aku tak mau datang lambat ke kelas tapi nak wat macamana kalau perut aku meraggam time nak pi kelas dan aku tertidur.
Aku tak nak tidur dalam kelas tapi i couldnt help it. Tak tau nape,aku sangat rajin tidur walaupun aku berusaha untuk tak tidur.
Aku tak mau main internet tapi aku nak juga main internet.

Herm, macamana dengan amalan2 kita yang lain?

Kita selalu tangguh nak baca Al-quran macam seolah-olah time kecik dulu dah puas kita mengaji dengan ustazah tiap2 petang. Kita tangguh untuk berubah kerana takut orang mengutuk kita itu dan ini. malu lah itulah inilaa...macamana kalau tiba2 esok kita mati, sempat ke nak bertaubat?Mulut manusia akan terus mengumpat sama ada kita jadi baik atau tidak!Jadi tak kan kita nak beli gam gajah buat untuk mulut2 becok itu.

Mulut becok?cermin diri sendiri laa, dol...sendiri pun kuat mengata.Terlupakah kita, siapa2 yang menutup aib orang lain, Allah akan tutup aib dirinya.

tak kan nak tunggu ribut taufan datang, baru nak cari Allah.

Kita tangguh segala sifat baik kerana takut tak ikhlas.

Ikhlas?macamana nak uji keikhlasan kita?Hanya Allah sahaja yang tahu betapa ikhlasnya kita. Kononnya tak mau buat baik,sebab takut tak ikhlas.TIPU dan BOHONG semata2...Kalau tak buat macam mana nak tau ikhlas ke tak?ikhlas itu kan janji kita dengan Ilahi.

Imam ghazali pernah berpesan, kalau kita nak buat baik,buat ajelah...jangan tunggu lama2, takut nanti Allah tarik balik perasaan untuk berbuat baik tue..!

1 comment:

amicus curiae said...

yah, af kat opis mak ni.mak kate yah mmg kuat tido. ahahaha. Dia mintak yah send gambar n lagu...pc dia boring seh!