Wednesday, March 22, 2006

bilakah ajal menjelang?

Alhamdulillah, seminar motivasi buat julung2 kalinya akan diadakan di tempat kami sabtu nie. Aku bersyukur mempunyai teman2 yang makin lama makin paham kenapa mereka harus bergerak dan berusaha demi Ilahi. Alhamdulillah, Dr Harlina pun setuju untuk menjadi speaker pada hari itu. Termasuklah Dr Latiff dan Prof Ali Hassan. Semua speaker hebat2 belaka yang pandai seimbangkan diantara dunia dan akhirat. Walaupun sibuk dengan tugasan yang dasyat2 tapi masih setia dalam berda'wah.... dan termasuklah video clip make a prayer by sami yusuf(trimas Anas saudi!) berjaya dimasukkan dalam slot seminat tersebut walaupun pada awalnya kawan aku suruh aku buang bahagian yang nampak islamik. Penat aku menyakinkan pada dia itu yang itu untuk evoke kepentingan utk saling bantu membantu dan sesuai untuk semua agama yang mahukan kedamaian. Alhamdulillah,setelah dieditkan oleh pmbuat video sendiri supaya nampak tak keterlaluan menekan pada isu islam. Yang ironinya, hari nie aku jumpa Yazir yang memuji hasil video tersebut kerana dia pun sendiri menonton video klip berulang kali(yeye,berjaya menyentuh perasaan laki mahupun perempuan) dan menyatakan pada aku:

+apa salahnya kalau memang tunjukkan islam itu agama damai dan syumul, bukan hina agama lain pun..biar depa2 ni masuk islam...kenapa nak takut2?

aku senyum lebar...Aku dapat merasakan betapa Allah memudahkan jalan2 jika kita benar2 mencari jalan kebaikkan. Insyallah, begitulaa juga jika kita benar2 mencari jalan2 untuk ke banglo kekal di syurga firdausi.

Begitulah juga kelas yang dianjurkan oleh PPIM juga akan dapat berjalan dengan lancar. Alhamdulillah, aku rasakan senior aku bakal menghantar peserta teramai untuk ke kelas itu. Degil,aku memang degil kalau bab penyertaan nie. Kesian kak aidil pening kepala nak layan aku yang degil.Kata masalah kualiti tapi macam mana nak selesai masalah kualiti kalau masalah tiada kuantiti pun tak selesai..Aku kalo boleh nak maximumkan semua kehadiran. Hehe,teringat dulu, kalau aku jadi wakilnya berdegil nak pergi walaupun terpaksa duduk bawah lantai. Entahlah, mungkin kerana telah banyak kali aku disisihkan kerana aku bukan orang yang 100% nampak baik@alim dan aku tak suka keadaan macam tue. Tapi aku budgetlaa jugak sebenarnya,dah rezeki senior final year dapat pergi revision class tue...kerana ipt lain dah abis exam pun...hehe...Doakan kejayaan 100% pada senior2 final year kitaorg yang bakal berlangsung pertengahan bulan april.

Workload camping pun makin banyak. Aku terasa beban tapi alhamdulillah, aku dapat rasakan betapa hangatnya semangat membantu diantara kami semua satu batch ini semua meringankan semua kerja2. Semua semangat...Bagi aku, camping ini bukanlah bersuka-ria semata2 tapi inilah masanya untuk berbakti mengutip berlian2 dan emas2 untuk simpanan akaun akhirat!Ini anjakan paradigma bagi kami semua kerana buat pertama kali kos kami buat kerja2 baktisiswa yang 100% acuan students!....Gaduh itu biasa, kita lupakan semua yang keruh dan amik yang jernih walaupun takde yang jernih, maybe kita boleh tapis kasi bersih dan jernih?

Hari ini, ada kawan aku melawak dengan aku bila aku mengadu aku ada ulcer yang besar di bibir aku sehingga menyukarkan aku untuk makan dan bercakap kerana sakit...Anis melawak dia kata, hey zek...banyak kau kena munasabah diri kau tue...terdiam aku betapa benarnya kata2 dia....Ada kawan aku pun bicara dengan lawak (kot)tentang bila aku bersama dengan dia, dia akan selalu buat dosa....Aku pikir panjang...sampai sekarang aku fikir, kalau benar apa yang dia katakan, sanggupkah aku mendiamkan diri,tahan diri dari mengumpat, mencela dan merapu?dan sanggupkah aku meninggalkan dia kerana akulah faktor dosa bagi dia walaupun betapa tingginya sayang aku pada teman karib aku sendiri?adui,lemahnya diri aku nie...

Aku pun pikir kembali...ada seorang brother dalam kelas aku melawak(kot??) kata kat aku

+kalau ada zek,memang bingit dan semua perkara jahat mesti dia yang buat....

ye ke? aku ke sumber kejahatan?? aku jadi semakin takut..aku memang seorang yang suka bercakap dan sangat kelakar (bagi aku laa,terpulang pada korang laa nak judge) tapi layak ke orang macam aku untuk menjadi seorang yang baik?

Aku asyik ulang lagu Harris Shaffix yang berjudul keimanan...sedey sangat lagu tue...dan aku menangis tersedu2 kerana aku terasa jauhnya taraf aku...Aku mengadu aku tension kerana mencari keikhlasan dalam diri ini memang sangat payah walaupun berkali2 aku mengingatkan diri aku sendiri...Kawan aku kata kita ni bukan ahli sufi untuk mendapat hati yang bersih dan ikhlas 100%. tapi aku geram sangat sangat. dan aku dapat perhatikan betapa ramainya orang2 lulusan agama mahupun sekolah agama/universiti islam dan dari keluarga baik2 pun kecundang dalam bab agama..aku sedih sangat...aku paham mereka itu manusia,tapi aku nie macamane?mestilah susah banyak berbanding mereka2 ini...aku tau susah bebenor nak membentuk keimanan seperti dalam lagu harris shaffiz nie...tapi kalau aku nak juga, boleh?

Andainya matahari di tangan kanan,

Tak akan mampu mengubah yakinku

Terpatri dan tak terbeli dalam lubuk hati.

Bila rembulan di tangan kiriku.

tak kan sanggup mengantikan imanku.

Jiwa dan raga ini apa pun adanya

Andaikan seribu seksaaan

terus melambai2kan derita yang mendalam,

Seutus rambutku aku tak akan bimbang

Jalan ini yang aku tempuh

Bilakah ajal akan menjelang

jemput syahid2 penuh kenikmataan

Cintaku hanya untuk MU,

tetaplaa musimnya selalu

Bilakah rembulan di tangan kiriku,

tak akan sanggup mengantikan imanku.

Jiwa dan raga ini, apapun adanya.

Andaikan seribu seksaan

terus melambai2 derita yang mendalam.

Seutus rambut pun tak akan aku bimbang

jalan yang aku tempuh

Bilahkah ajal akan menjelang,

jemput rindu2 syahid penuh kenikmataan.

Cintaku hanya untukMU

Tetaplah musimnya selalu.

Bilakah ajal akan menjelang

Menjemput rindu2 syahid kasih mesra.

Cintaku hanyalah untukMU.

Tetaplah musimnya selalu

Dan setiap kali aku terasa sedih kerana terasa lemahnya aku,aku menjadi rindu yang teramat pada Al-quran. dan juga bila aku tengah2 gelak2 dengan kawan2 aku atau mengumpat, aku teringat pada Al-quran. Mahupun ketika membaca helai2 Al-quran,aku terbayang dosa2 aku yang berjuta million lemon tue yang aku sendiri pun tak tau macamana nak bersihkan..teringat pada seorang ikhwah yang mengatakan Al-quran itu sahabat baik dia sendiri, aku terkelu dengan pengakuannya dan aku asyik memikirkan betapa banyak aku tinggalkan al-quran...

rindunya!

dah2,kena buat kerja nie...


No comments: