kerana tanpa pre-judgement, ada orang sudi gak ajak aku ke usrah buat pertama kali masa aku 1st year dulu. Ada gak roomate aku, Ain kat sekolah aku dulu sanggup kejutkan setiap kali subuh masa sekolah dulu untuk solat jemaah (sekolah aku tak wajib solat subuh berjemaah-saf sister cuma ada 5-10orang sahaja selalunya!) walaupun aku tau dia kecewa melihat aku jenis liat bangun. Aku tak nampak alim. Muka aku bukan jenis yang menenangkan walaupun mampu menceriakan. Aku tak pakai tudung labuh. Malah dulu aku lebih rajin pakai seluar berbanding baju kurung ke kuliah. Orang kenal aku dulu kerana aku bersikap ganas dan bersuara lantang dengan pelatnya. Ada orang sanggup memberi kepercayaan pada aku untuk melakukan beberapa tanggungjawab walaupun aku tak pernah jadi pengawas waktu sekolah dulu. Along dulu pun tak peduli pada pelat aku,selekeh aku,serabai aku tapi sanggup bersama2 aku untuk menerima kelemahan kelebihan aku.
Tapi lihatlah pada pre-judgement yang berlaku pada diri aku
Nama aku tak da dalam ingatan setiap kali kalau ada program kerohanian yang berjalan time aku dari dulu. siapa aku? aku nie tampak seperti budak tak berapa 'rohani'. dorang kata budak KL nie memang macam tu,sukar pada 'rohani'. Dengar walkman, lagu metallica. Sampaikan masa basuh baju pun aku dengar walkman. Perangai suka usik semua orang kat sebelah,kalau semut pun mati terkejut tengok aku. Setiap kejadian nakal yang berlaku dalam kelas aku, pasti nama aku yang dituduh melakukannya padahal aku tak terlibat sama sekali. Contohnya seperti ada budak perempuan buat prank call kat SEMUA klasmate laki aku dan berlakon menjadi doraemon,sailorman,mickey mouse dan semua karakter kartun ..ada ke patut diorg sebut nama aku first? Pernah dulu,time sekolah , klasmate laki aku kata aku nie master mind bagi setiap perkara membuli orang/kacau orang time birthday PADAHAL langsung takde aku kasi idea.
Maaflah, memang dalam blog,aku nampak macam skema(azie&shina kata macam baca karangan tingkatan 5--skema--) dan kalau tengok buku yang aku baca pun aku memang skema tapi kalau jumpa secara live, korg akan lihat betapa tahap terendah skema yang aku ada nie.
Ada potensi ke orang macam aku nie? Nak ke korg amik org mcm aku nie?Sudi ke orang yang suka gelak2 dan nakal?aku tak rasa naqibah aku sendiri pun percaya pada aku pada awalnya. ingat senang ke nak menyakinkan orang aku nie tak main2... tapi aku peduli haper orang nk pikir..aku tak tau malu nak belajar wpun tak nampak pada penampilan aku mahupun percakapan aku. Diorang tak berbicara dengan pemikiran aku. Aku biarkan mereka2 yang sibuk berkata2 itu pening dengan perangai aku. Aku tak pedulik
Aku menyampah pada pre-judgement
kerana aku hilangkan prasangka, aku nampak dunia ini lebih indah dimana perkara yang susah bagiku bukanlah impossible. Biar apa org nk kata, aku yakin aku dapat laksanakan tugas walaupun rintangan yang melanda. Yang penting,lakukan dengan terbaik dengan strategi yang tersusun.
Aku memang benci pre-judgement
kerana itu,kawan aku benci aku kerana dia salah anggap terhadap aku.dia tak tanya aku tapi dia tanya semua orang keburukan aku walaupun tak sahih. Nak mengamuk tapi malas. aku biarkan kawan2 aku yang lain pandai memilih daging2 aku untuk dimakan.yang baik,tak makan langsung. Aku benci jugak pada diri aku bila prasangka yang selama ini yang cuba aku padamkan dalam akal dan fikiran aku itu rupa2nya menjadi kenyataan.aku benci kerana aku kecewa pada prasangka.
Ape2lah...yang penting...
Only GOD know to judge me!
Aku cuba hilangkan pre-judgement dengan menjadi orang bersifat keterbukaan pada semua orang. Aku tak kisah kau aliran apa tapi aku menjadi konfius.
Yani pernah cakap dengan aku,
+budak2 jadi konfius dengan ajakan kau... kau ni ajak ke kau paksa
aku senyap sebab aku hanya 'ajak',bila org tu tolak, aku kata 'okies, no hal'...tiba2,ko kata aku paksa? celah mana?(kecuali nadirah,memang aku kena paksa dia sbagai orang yang lebih arif dari aku..mana boleh aku lawan taukeh!)....
Yani pun gelak,
+tapi kau kena ingat zek, kadang2 kita nie ajak benda yang baik,orang susah nak tolak..bila tolak sebab tak nak,dorang jadi segan...jadi untuk menjadikan alasan, diorang kata kita nie memaksa padahal kita just kata, "jom!"...jgn peduli dgn orang macam ni..
------------------------------------------
lemahnya diri aku ni...aku nak je jerit, "lagi senang keja kalau tak ajak orang lain..tak payah nak pikir lagi, transport,duit sms, suara...jimat suara dan minyak! Baik aku fokus kat diri aku sorang yang memang tercompang camping ilmunya dan amalnya tapi sanggupkan kita merasakan nikmat iman terindah ini sorang2?"
aku jakun,maaflah dan aku nak kongsi dgn kawan2 aku...
p/s:ye,aku nie takdelah baik sgt..harap maklum..
nak tau apa aku nie?
aku jahat,
tapi aku bukan setan
Aku baik
dan pasti bukan malaikat
Sudi tak kamu tolong aku
di dunia?
supaya kita tak menjadi musuh
di neraka?
Mahukah kamu menjadi rakan aku
sehingga ke syurga?
No comments:
Post a Comment