Saturday, March 11, 2006

demam lagi


Doktor,
bisakah kau bersihkan
hati aku dari sebarang kotoran?
seperti malaikat bersihkan
hati Rasulullah ketika kanak2

Doktor,
Mampukah aku menjadi
setabah Nabi Ayub
walaupun diuji hebat
dengan penyakit dasyat?


Doktor,
Berikan aku sijil sakit
supaya aku dapat tenangkan
jiwaku yang kacau dalam
dunia yang kejam

Doktor,
apakah kau boleh menjangka
bila ajalku menjelang?
supaya aku dapat sediakan
kain kapan buat hatiku

-------------------------------------------------
Aku demam hari isnin, demam chill n rigor without any warning. Aku dah terbiasa dan kadang2 bosan dengan demam aku ini kerana acapkali menyerang aku setiap 2minggu sejak bulan7 (ada tue tak datang sampai sebulan dua..ikut suka hati laa).. tapi dalaa m masa 3jam,aku akan sihat seperti sediakala. Cuma orang takut tengok aku kerana badan aku akan mengigil dengan dasyatnya. Sejuk sangat2,sampai ke tulang..sakit...

Ketika aku demam tue,selalunya pasti ada perkara yang laghro aku lakukan...herm,kifarah dosa aku laa tue...aku terpikir,mampu kah demam aku yang banyak tue membayar hutang2 dosa2 aku yang banyak itu?pasti tidak...

Aku pun terpikir kenapa aku baru diuji dengan penyakit demam misteri ini terasa sengsara, sedangkan Sayyid abdullah Yasser itu ada bermacam2 sakit dengan penyakit cancer colon,rectum dan beberapa lagi cancer(tak ingat), Dia berkerusi roda tapi dia masih tak putus asa memperjuangkan Palestine demi Islam. AKu ni?Asik mengeluh sana sini aje. Aku terbayang wajah Khalifah instuite founder, Muhammad yang juga menghidapi lung cancer end stage dan doktor buat prognosis dia akan meninggal dunia setahun yang lepas .Aku pernah jumpa Muhammad, seorang berbangsa Inggeris mualaf. Dia mengenali Islam melalui sains (dia adalah professor saintis). Dia merasakan dia perlu habiskan setiap saat untuk Islam...mesti indah jika jatuh cinta dengan Tuhan...

Oh ye, pil yang cantik2 tu adalah ubat aku yang doktor prescribed untuk aku. tak tau napa banyak sangat. Alhamdulillah aku dah sihat =).aku dapat cuti 2hari tapi buat kenang2 ajelah..Leceh laa nak ponteng kelas nie...

herm,ada salah seorang teman ym aku mengatakan doktor ini hanya ubat secara zahir sahaja tapi bukan secara batin. Aku kecik hati sebab aku bukan dalam bidang agama. Nak wat macamana,dah rezeki aku disini. tapi tak bermakna aku tak berpeluang menghirup raihan selepas aku mati kan?

entahlah,makin takut jika difikirkan kelayakan utk tempah satu banglo di syurga firdausi...sangat2 tak layak langsung....

2 comments:

adeiz said...

comey ubat ko tu =)

Zackyun said...

aku ke ubat tu lagi comel?aku kan? aku kan?sebab aku dah telan ubat2 tue,jadi aku bertambah comel kan?
haha