Al-fatihah
pada Salahuddin Tan, ayah kepada klasmate aku,Nur hidayah yang mehembus nafas terakhir di wad ICU pada tengahari Rabu. Moga rohnya dicucuri dengan rahmatnya.
Muka rakan aku dan ibunya tenang dan redho terhadap pemergian orang yang tersayang. Aku pun sebenarnyta tak duga ayahnya pergi terlalu awal kerana baru minggu lepas,aku dan beberapa kawan aku pergi melawat ayah dia di wad haematology di hkl. Aku pernah pergi melawat arwah ketika arwah baru sahaja masuk ke wad. Bayangkan dalam masa 6minggu,berat badan ayahnya turun dari 72kg ke 54kg.Kurus tapi dalam ingatan aku,wajah arwah tersenyum melihat kami yang datang segerombolan. Arwah menghidapi non-hodgkin lymphoma yang sangat aggresive kerana dalam masa 2-3bulan sahaja, simptom baru muncul. Sememangnya Allah amat menyayangi arwah.
Aku berkesempatan untuk menghantar jenazah ke melaka petang rabu tu bersama2 nadirah,afni(kawan baik hidayah),anis dan juliana. Fida pun datang ke rumah arwah bersama2 ibu fida dan kakak fida. Aku insafi, aku jua akan mati suatu hari nanti. Dalam perjalanan ke Melaka yang mengambil masa 2jam(jem!),kami sempat berbual tentang hidup dan mati. Memang,kalau pergi hantar jenazah,solat jenazah..memang terlintas di fikiran, "macam mana ye aku mati suatu hari nanti? tenang tak orang2 yang kita tinggalkan? sempat tak nak bertaubat? macam mana di liang lahad kita masing2.? cukup ke amal jariah yang kita buat selamat ini?"
seram sejuk....
Arwah adalah seorang mualaf. Saat itu,aku merasakan Allah memang sayang pada arwah.Disitu aku melihat pertembungan budaya diantara melayu dan cina mahupun agama. Masing2 datang memberi penghormatan terakhir untuk arwah. Malah, kawan2 klasmate aku semua datang tak kira agama mahupun bangsa walaupun mungkin tak sempat menziarahi arwah itu sendiri.
Marilah kita mendoakan rahmatNya!
Aku pulang bersama2 aku dengan kereta aku yang macam power rangers itu. Bayangkan selepas makan di jambatan Air keroh(mak fida belanja-thanks!), kereta aku buat hal laa pulak...mati bateri..adoi, perjalanan tanpa lampu kereta mahupun lampu jalan di tengah2 hutan. Perjalanan yang jauh selama 2jam dengan lori2,bas2, dan kereta2 yang laju membuatkan aku tak henti kecut perut. Tingkap tak buka,apatah lagi air cond tapi aku memang rasa sejuk sangat kerana takut. masa tue, dah pikir macam2...muka depan surat khabar lagi tue...(?)..dengan amal2 yang aku tak buat lagi..lagi2 aku bawa 4anak dara orang. Dorang tak henti menenangkan aku... Alhamdulillah, kakak fida membantu aku tolong suluhkan lampu kat belakang kereta aku.
Sampai kampung baru dalam pukul 2pagi.
esok pagi,dalam pukul 7.45pagi,masa naik bas 11,aku hantar sms kat ayah aku,
"abah, nak savy?"
Hehe,jahat betul ada anak macam aku nie...nway,minggu nie aku balik rumah setelah lama tak balik...tak pergi khatibah kat keramat/kompleks damai...rindu sangat laa!
aku sayang mak ayah aku =)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment