Tuesday, February 28, 2006

kelemahan

Kelemahan orang lain
jelas di mata kita yang lemah
kerana kita ini terlalu lemah
untuk menutupi kelemahannya
dengan kelebihan kita...

ya,kita ini hamba yang lemah
buat salah dan silap
mengapa ego untuk mengaku?

Maka, siapa sebenarnya yang lemah?
kita kita kita

tapi itu tak menghentikan kita
dari mencari kekuatan dalam kelemahan kia
kerana dari mengenalpasti kelemahan
kita dapat cari kekuatan kita untuk mengatasinya

p/s:
1. hari ini kesabaran aku diduga oleh orang yang tak begitu paham konsep berkongsi dalam perjuangan..sedangkan perjuangan perlukan pergorbanan...dah alhamdulillah, kawan baik aku,fana ingatkan aku ini adalah dugaan dariNya yang barangkali untuk mengajar ketidaksabaran aku untuk menjadi lebih sabar.

2. aku dapat cerita dari teman2 akrab aku ada orang tak puas hati dengan aku tapi takut nak bersemuka dengan aku. Dia telah memburukkan nama aku dihadapan orang yang tak berkenaan. aku pun tak paham kenapa sedangkan dia teman seperjuangan aku sendiri. Aku tahu dia takut dengan perjuangan kerana tak mau berkorban..aku agak bengang kerana setiap apa perkara buruk dia lakukan aku lenyapkan dari minda tapi dia masih tak terdaya nak lupakan kesalahan aku yang lemah ini walaupun dah mohon maaf dengan aku..aku plan nak buat bodoh aje...malas nak layan!.Nadirah+Asiah pesan:jangan layan teguran yang tak berasas tu kerana hanya membuatkan semangat aku luntur. Keep your pace,babe. ...aku tak mati kerana kejian dan aku tak hidup kerana pujian!

3.kenapa aku dah ulangkaji ophthalmology tapi still tak tau bila lecturer tanya aku tak tau...sedey...rasa mana aku letak otak aku?

4 .aku suka team ajk program camping aku..yani,yana,shina,nadirah,chee lee&azma.best dengan idea2 yang kreatif...korang terpilih bukan calang2 orangnya.

5. aku belajar untuk menerima kritikan walaupun masih ada tone 'marah' dalam suara aku yang cuba aku lembutkan...huargh...betapa lemahnya aku ini.

6. aku nampak semua orang dah mula bangkit kesedarannya. kami semua tengah bergiat mantap insyallah...klasmate boys aku pun dah start 'mgamuk bila PMC tak dilantik dengan betul. Apantah lagi senior bila diberitahu perkhabaran ketidakadilan ini. aKu cuma mohon jauh dari fitnah semenjak dua menjak ada orang cuba burukkan reputasi aku...reputasi aku tak penting,yang penting ISLAM itu sendiri....herm,aku pikirkan kalau benar2 aku ikhlas, aku tak peduli kata2 orang kerana yang penting adalah DIA tahu apa yang aku lakukan!

7 .aku rindu mak aku.

8. aku rasa sayang kat Islam,boleh tak?

1 comment:

Maryam said...

sayang kat Islam? cinta lebih tepat! boleh je yah... cinta sama-sama... sama-sama rasa... sama-sama bahagia... (macam pernah dengar kan? :D)

strive 4 islam!