Wednesday, February 15, 2006

keberanian kebenaran

Keberanian kebenaran
hilang dalam batu bertakup
Yang hadir di kota ketakutan
hanyalah konsert rock

Duhai hati yang keliru
Apakah kau masih diselubungi
keresahan gelisah
walupun diperolehi petunjuk?

Hey akal yang mampu berfikir
mengapa kau malas berfikir
di saat genting malah berbahaya
hanya kerana dugaan pening lalat


wahai darah yang mengalir
mengapa kau merasakan gemuruh
tiap kali kau disergah
oleh raksasa kejahatan?

Oh mata yang melihat
Apakah haruskah kau menjadi
rabun ayam memilih diantara
syurga duniawi atau syurga fidausi?

Buat telinga yang mendengar,
Apakah kau puas pekakan diri
dari jeritan2 kesakitan memohon pertolongan
kerana takut kau ditampar?

Kepada mulut yang berbicara
mengapa kau bisu pada kebenaran
dan mengapa kau hanya bersuara
pada kata2 dusta,nista dan sia-sia?

Pada tangan yang memegang,
mengapakah kau merelakan diri
tersentuh perkara yang haram
sedangkan banyak lagi yang halal

Adui, kaki yang melangkah
mengapa kau penat di jalan benar
sedangkan kau tak letih untuk
berdansa di rimba sesat.

---------------------------------------------------------------
p/s: teringat kat salah satu handset sorang ukhti.Dia letak stiker kecik kat belakang handset dia untuk peringatan ' for da'wah purpose only'......;) Kita semua patut sanjung perangai dia dan contohi dia...adoi,kena check diri balik, handset tue kita asik habiskan duit untuk siapa?belum termasuk friendster lagi,yahoo messenger lagi(termasuk blog) adus adus...

banyak perkara kita semua perlu ubah!Chayok!betulkan niat kita!Yakinlah janji Tuhan itu yang paling benar....

Berani bangun untuk perbaiki diri sendiri.....jangan asyik bagi alasan kita jahil.tak tau belajar..

4 comments:

Anonymous said...

mungkin keberanian kebenaran itu dihancurkan oleh janji2 manis sijil yg dianugerah pada graduation day....xm-oriented?Bila dah keja,kita dimomok oleh surat letak jawatan...

Ana pelik betul,mana satu yg lebih aula?rabun rabun...kita semua sudah rabun!

Yang ana paling setuju, "Yakinlah janji Allah yang paling benar"

Maryam said...

best tul tag yang yah quote tu... 'for dakwah purpose only'... abeh tu contact lecturer pon takleh la? =D... yalah, dakwah ni seru orang... lainlah tag dia for tarbiyyah purpose...

yeah! idup yah!!!

rindu a kat yah... meh la dtg uia jumaat malam... ada meeting ikhwah dan akhawat k-media... jemput pada semua orang yang minat media... menulis ke, flash ke, multimedia ke, hape2 lah...

erks... kita tulih cerita berdua nak? bukan untuk published di blog aaa... ni nak jual! (jauhnye angan2...) :p

Zackyun said...

herm,yah rasa ukhti tu besarkan skop maksud dakwah termasuk pada diri sendiri, ..tarbiyah pada diri sendiri jugak!

hehe,k-media?herm,tak kot...tapi macam menarik aje..haha,masukkan puisi karang ntahaperntah boleh lah(tak malu betul)hehe...insyallah hari sabtu dan ahad yah muncul diri kat uia...hehehe...

rindu maryam gak!

Zackyun said...

Faith...yakinlah jani Allah yang paling benar....=)