Tuesday, April 18, 2006

tabiat pelajar malas

Tension barangkali.

Aku. Nak. Belajar.

tapi otak aku ini hanya rajin menjelajahi alam lain.buku indah tersusun dihadapan aku. dah baca tapi tak ingat. otak aku melayang jauh dari perkataan2 yang tersusun rapi tapi serabut maknanya. tangan aku tidak merasa malas untuk meninggalkan tanda 'ya,aku dah baca' di serata tempat dalam buku. tak cukup dengan highlighter,kaler pensil luna kepunyaan adik aku pun aku conteng. tapi untuk apa,jika otak ini enggan untuk menelan apa yang ditatap. Malang bagi aku,otak aku berkerjasama dengan badan yang menghantar signal ke mata aku untuk lelap sebentar. sebentar ke benda,berjam2 aku tidur siang tadi,ingatkan nak save masa kerana tak turun makan tengahari(selain dari save budget)tapi masa aku lari2 anak2 meninggalkan nota2 yang terabur atas meja... aku sudah letih nak salahkan tabiat buruk aku lagi kerana ianya sebahagian dari masalah hidup aku.

otak aku membuat perjanjian mogok bersama telinga aku untuk memaksa aku mendengar lagu2 untuk mengelakkan aku dari terlelap. perut pun turut mengatakan mereka lapar,lapar. Memang aku sedang mengawal perut aku untuk tidak terlalu berat dengan makanan tapi tidaklah sampai aku tak makan langsung. Telan nestum cepat masak (bukan 3in1)yang dicampur dengan air panas tanpa sebarang susu atau pemanis boleh mengenyangkan aku tapi nafsu aku merayu untuk menikmati fish&chip di tepi jalan berdekatan dengan hostel aku setiap kali pukul 11malam atau awal dari itu.

Jantung aku berdebar2 kerana xm yang bakal menjelang.Mungkin juga jantung aku berdebar2 kerana cardiac output adalah tinggi dan ini menyebabkan jantung aku berkerja keras untuk memastikan nutrien2 oksigen dapat dipam ke seluruh badan. tapi yang pasti,jantung aku tak berdebar kerana shahrul khan yang datang berlakon dan menari di LRT kg baru atau hantu yang duduk sebelah aku.

jiwa aku bingung kerana permohonan aku ke jakarta rupanya tak sampai ke k.mimi dimana punah segala harapan aku untuk menyertai program setelah berkali2 aku kecewa dengan kegagalan aku ke sunathon dan scientific meeting dan s.africa kerana masalah yang tak dapat dielakkan. tanda apakah ini? tapi aku terus memujuk jiwaku supaya terus tegar kerana aku sempat menikmati kehidupan yang mana orang lain tidak dapat merasa. tapi jiwa aku terus mencebik.

jiwa aku pun cukup berang dengan mulut aku yang cukup laser melepaskan kata2 kasar dan mengumpat. Gaduh lagi mereka berdua...mana taknye,jiwa merasa bersalah dan berdosa pada mangsa2 mulut aku yang becok itu.

otak aku mengadu yang dia serabut dengan program prokim di trolak selepas xm dan pmpm13,port dicksonn pada 12-14mei.k.maryam tanya bila zapin 06 boleh dilaksanakan di lokaliti aku?bagaimana pula dengan janji aku untuk hantar labcoat pada teman aku,shawn di hukm yang barangkali dah naik hangin dengan aku kerana asyik tiada masa.itu belum termasuk hutang masa bersama family aku dan rakan2 aku yang barangkali merajuk dengan aku. meeting ppimsc pun masih aku tak penuhi. rakan2 aku yang bakal grad asyik menghantar message untuk aku hadirkan diri ketika konvo.muka aku merungut,kerana masih terlekat berbiji2 jerawat tanpa sebarang rawatan. ini termasuk lemak2 aku yang pinta untuk dibebaskan kerana lemas dengan kelompok lemak yang populasi terlalu ramai malah bertambah banyak.

"oit,tolonglah bagi kerjasama"
kuat


suara siapa tue?

jiwa.akal.telinga.tangan.mata.muka.jantung.penduduk2 lemak(kerana yang paling ramai)
terdiam

owh, itu hati aku rupanya...
hati aku bilang,dia mahu ketenangan dan mahukan semua buat kerja masing2 dengan tekun yang sudah lama terbelangkai.

aku. kena. terus. belajar.

kerana aku nak lulus...sebab baru dapat cuti...

p/s: buat syikin hunny,sabarlaa...orang yang baik2 memang selalu diuji.kereta kancil kemek tue ditakdirkan untuk menjadi ujian kesabaran kau.tapi aku pasti,aku mesti mengamuk dengan penunggan motor yang tak tengok kiri kanan pastu langgar kereta kau dan bising kata motor kapcai honda itu lebih mahal dari kereta kancil.mesti kalau lori yang statik pun,orang tue pun main langgar aje.

dan juga kawan2 aku yang mengatakan kami geng andartu no1,rileklaa,sedangkan siti nurhaliza pun tak kahwin lagi. umur dia pun dah 27tahun,kita baru 22tahun aje..tak mati pun takde couple..couple tak bererti kahwin.kawin tak bererti bahagia.yang penting,kami nak bidadara/i suatu hari nanti.

fana,happy upcoming birthday 22nd...ahad ni,kita sambut kat zoo negara bersama2 kawan2 yang beraneka bentuk dimana korg lama tak jumpa sejak darjah3 dulu.Azie,jangan takut dengan kambing yang obsess dengan muka kamu,barangkali kali ini dia bawak kamu jalan2,boleh jadi tourist guide.

1 comment:

drlola said...

haha, ur senses on strike eh..
all d best wif exams :D
nak berlagak nih.. kitorang da abes xm.. yay! cuti sebulan lebih :)