Friday, August 04, 2006

tak paham

aku tanya kat salah seorang pesakit "kenapa boleh masuk sini?"

"Saya pun tak paham kenapa, saya cuma buka radio sahaja, tiba2 polis datang tangkap saya."dia jawab dengan penuh konfius

aku pun tanya lagi "kenapa polis nak tangkap awak?"

"jiran saya yang datang mengadu kepada polis.. saya tak paham kenapa saya ditangkap sedangkan banyak lagi kes2 jenyah yang berat di luar sana"

Ok, itu kes bipolar disorder. Salah satu sakit mental dimana pesakit tu disyaki ada maniac episode. Jiran2nya mungkin terlalu takut pada dia sehinggakan bila dia pasang radio yang kuat (pakcik tu agak pekak) pun mereka menjadi takut. Memang benar, pakcik tue sudah disahkan sakit mental sejak 8 tahun terdahulu. Herm, salah satu stigma sosial lagi ke ni?

Bila aku teringat kes ni bila ada ura-ura kerajaan ingin pantau blog. Mungkin kerajaan tau sebenarnya bloggers ni merupakan orang yang 'sangat bahaya' kepada masyarakat. Owh, come on lah...kita bukan hidup dalam zaman singapura dilanggar todak!

pihak bloggers bukannya semua sakit mental (ada je kawan blog aku disahkan sakit mental-tapi bagi aku biarlah dia meng'expresskan perasaan dia)

Aku punya blog for sure tak akan dibanned punyalah tapi aku tak suka gak kalo blog2 yang aku suka baca dibanned pulak demi menjaga daulat sesetengah pihak.

baca paper

p/s: aku sakit perut kerana makan kiew tiew basi...adoi!

No comments: