sakit perut.
dah lama tak sakit perut macam ni. sakit perut yang teramat sehingga aku menjerit di tengah malam buta semalam.. sama rasanya semasa aku berumur 9tahun dulu selepas parti akhir tahun darjah 3 sehingga aku masuk ke hospital. doktor pun tak tau kenapa-jadi aku pun malas nak pergi jumpa doktor. berapa banyak kali aku pergi melawat ke toilet hari ni.
Mungkin kerana jadual makan aku dah biol sekarang.lagi2 bila dapat member macam siah,france dan ina yang tidak makan tengahari. padan muka aku, malas nak turun carik makanan
jadi aku memberi mc pada diri aku sendiri.
Ponteng shift?
aku memandang jam 3petang penuh berdosa. aku tak pergi shift petang hari ni. tandanya, aku tidak pergi berlajar...telah berlaku tidak amanah pada duit biasiswa yang aku gunakan untuk beli nasi lemak tengah hari tadi. dan juga, pada kipas yang berpusing dengan tujuan aku belajar dengan selesa..dan juga perabot2 dalam bilik aku yang didapati dengan percuma. lagi2 internet wireless yang dibekalkan oleh pihak uni demi untuk pembelajaran aku.
owh, aku sakit perut..dan aku online 24jam. itu yang siah dan france merasa curiga terhadap kebolehan aku bermain komputer walaupun aku tengah sakit.
aku tengah surf emedicine laa..dalam bahagian a&e deparment..demi mengurangkan rasa berdosa kerana tidak pergi shift petang. aku cuba dengan sedaya upaya untuk berlajar walaupun aku gatal tengok blog orang lain...aku tak sengaja!
dan kiranya aku telah sepenuhnya baik pada jam 10malam, aku sedang kira2 untuk pergi night shift...tapi hanya aku sorang sahaja yang akan buat kerja pelik tu. shina, azie & yani telah selamat pulang ke rumah masing2..tinggal aku sorang2.bosan
................................tepat pukul 7malam, budak2 satu shift dengan aku nie sudah balik. tiada kes-kata mereka...................................
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment