Sunday, August 27, 2006

Sibuk kembali

Sudah seminggu aku balik dari Sabah. Banyak perkara terjadi.terutamanya dalam minda aku sendiri. AKu masih mengumpul memori satu persatu dalam minda aku. AKu benar2 suka trip kali ni walaupun aku sedikit kesal tiada pengisian yang benar2 'mengisi'..tapi aku enjoy dapat bercakap panjang dengan Jihan dalam bas, at least aku tau ada kawan utk sama2 muhasabah diri dengan aku.

Aku masih ingat ketika aku berpeluang menikmati kepak ayam dan ABC di tepi laut ketika senja bersama2 rakan2.Dua kali. berjalan2 di pasar apentah nama dia dimana aku membuat 2 orang kedai bergaduh dalam bahasa aku tak paham setelah aku menguji kesabaran mereka..keh keh. Aku dapat melihat ikan2 yang berenang bersama2 gamat dan batu karang secara live ketika aku pergi snorkeling di Pulau Manukan. Aku memanjat kinabalu park(bukan gunung lagi tu) dengan kaki aku yang sangat sakit sehingga aku hampir2 menangis dalam perjalanan. Aku menghirup udara kundasang yang tidak seperti KL yang berjerebu. AKu dapat assisst dr bersunat, stich sikit(sebab aku tak masuk oNg lagi). Aku dapat gelaran tokoh terhitam (@burner) diantara 5kawan2(azma,fiza,asiah,niza dan rosma) aku yang lain. mungkin kerana aku malas pakai sunblock, aku mjadi orang yang tak mau naik darat sampai pukul 2.45petang atau aku memang hitam..

lepak bersama budak2 perak memang best.lagi2 jihan tu.memang banyak ingatkan aku kembali pada perkara yang aku lupa. Shima yang rupa2 boleh tahan sewelnya dan juga maryam,orang yang aku ingin jumpa selama ini kerana aku kenal kakak dan adiknya.kak ita,kak sarah dan kak farah yang pendiam tapi takde dorang,lain jugak rasanya.

Paling seronok bila ukhwah terbina dengan indah sekali dengan brother sister(zharif,houdini, layla majnun, idham, ikhwan, kak ina dan nabil) dari students dari Russia walaupun aku diejek (macam biasalah,aku mmg selalu kena buli--dah defense mechanism aku 'altrusim'--tapi takpe,aku yang buli org lain dulu..hahaha) sepanjang perjalanan. AKu seronok. walaupun aku dilabel budak paling pelik sampaikan motto aku adalah," benda pelik, jangan ditegur".. cet,mungkin tue taktik nak kasik aku senyap kot. Aku memang bising.

Aku pun masih teringat betapa kami dan budak2 kmb menjerit ketakutan apabila blackout semasa kami berjalan2 di tepi jalan ke north borneo cabin dimana selepas itu,kami bermain uno stacko dalam gelap. zuraimi,haikal dan izzat yang sebenarnye gila kamera selepas mengatakan kami suka berposing(which is true!) dan juga kak nora dan kak uzma yang aku kenal time a&e posting. budak cybermd yang gempak.zofran terutamanya yang berupaya menenangkan budak2 yang kena sunat tu.pengawas nama yana. cikgu yang tak reti berenang(kah kah). orang2 yang menyejukkn hati aku macam maisarah,amirah,fiza, fatimah dan safiyah mana mungkin aku lupakan.

tapi aku rasa aku bisa berhenti sebentar melihat betapa Allah itu maha besar. Segala-galanya terlalu indah bagi diriku untuk dihadam. Betapa lemahnya aku dan betapa terlupanya aku. Teringat pada kata2 Dr.Ednin ketika aku pergi ke Hospice (pallative care - rawatan untuk orang yang sudah tiada harapan utk hidup lagi), Agama adalah segala2nya dalam hidup seseorang kerana agama itulah menjadi pegangan kita bila2 kita susah atau senang. Jika hidup kita tiada spiritual effect, cuba fikir kembali apa jenis kepuasan yang boleh membuatkan kita benar2 puas?

Mana mungkin manusia dapat memahami diri sebaik pencipta kita sendiri?

Hari sabtu lepas,kakak aku grad-tahniah aff,maaf atas segala yang terjadi tempoh hari. aku sedar aku perlu lebihkan masa bersama keluarga aku. mak aku kata, "takpe,mak memang ada anak2 yang suka bertaubat"- hahaha,itu tandanya mak aku sudah maafkan anak2nya. mak aku memang best!

aku terpaksa pergi ke futsal sebentar, tak seperti yang aku jangka. aku masih sakit kaki,jadi aku tidak boleh main. tapi aku kena basuh dengan kakak2 dari Imam uk-eire,membuatkan aku semakin berkerut.kerja aku banyak dan aku tidak boleh berputus asa.tidak walaupun sekali.

Aku tetap support sahabat2 aku di Russsia terutamanya Fatin, Puteri dan Anip. Jangan gusar. Kebanyakkan medical student memang rasa bodoh. Itu tandanya kita tak boleh berhenti dari berlajar. Aku tak mampu nak tolong ape2 kecuali doa dan semangat yang dapat aku utuskan.

AKu merasakan sesuatu perubahan yang besar berlaku dalam hidup aku. sudah beberapa hari aku sudah seperti handphone masuk air. aku tidak lena tidur,makan pun tak lalu. Selera tiada- mengapa ya?

p/s: aku kat cc..hostel takde internet. esok aku ke serdang, kena present kes laa pulak.tapi aku tak ready lagi.tadi aku kat klinik kat sentul,banyak aku belajar. dan kerana itu,aku sedar banyak aku dah lupa....

kalo nak tengok gambar,aku malas upload.aku takde camera,blog tak kasik upload!

No comments: