Aku berlari mendaki ke atas gunung,
dengan kaki tempangku mengapai langkah,
jejakku tidaklah gagah tapi masih berdaya,
dengan semangat dan doa aku dibekalkan
kerana itu impianku tetap dituruti.
kata-kata orang aku cuba pekakkan,
aku hanya mahu miliki impian aku,
apa mereka tahu tentang mimpi ngeriku?
apa mereka tahu tentang mimpi indahku?
setelah aku berada di puncak gunung itu,
Tapi mengapa hati ini tidak puas?
sedangkan hati yang idamkan semua ini?
mengapa hati,kau kata, "bukan ini,bukan ini"
Aku menghela nafas pendekku,
Aku terlihat sekumpulan burung bertebangan,
Saat itu baru aku sedari,
burung itu telah mencuri impian aku.
kerana khayalan itu bukan impianku,
dan mimpiku itu bukan cita-citaku
****sajak ini aku buat di cc. kalau impian manusia itu mengarut dan tidak betul pada jalannya,pasti kekecewaan melanda setelah mendapat apa yang diingini,tetap tak puas hati...kerana mimpi khayalan disalahtaksirkan kepada impian.soalnya berbalik pada soalnya hati...betulkan niat kembali...jadilah orang paling kaya/cantik/bijak,kalau tujuan hidup itu bukan kerana Ilahi,apakah sia2 seluruh hidup?
satu lagi peringatan pada diri sendiri.
owh ye, aku teringat pada kata-kata prof nasa tentang jodoh, sekarang zaman memperbaiki diri sendiri supaya menjadi yang terbaik. soalannya(kawan aku tanya kat aku balik bila aku cerita), macam mana kalau tak sempat nak baiki tapi dah jumpa yang terbaik?
soalan itu berbau gatal,jangan jawab.tapi aku tetap jawab kerana aku gatal nak jawab. aku jawab, mungkin inilah masa terbaik untuk berubah menjadi yang lebih baik. Islah diri jauh lebih penting dari mendapat 'seseorang' tapi tetap tak berubah..tak gitu?
berbalik pada sajak yang aku reka, kalau niat kita mahukan sesorang dan kerana itu kita berubah, tak guna gak. sama macam kes macam org bodoh yang dapat sesuatu yang disangka impiannya tapi hanyalah mimpi rekaan semata2.
Jawapannya ditangan Allah...best tau hidup bila ingat Allah.
p/s: tiada kena mengena dengan hidup aku.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment