Sell not yourself at little price,
being so precious in God's eye
-Rumi's word
Aku seperti handphone masuk air. Kehilangan 3kg kerana tiada selera makan selama 2minggu. Tak tau mengapa,tapi aku hanya mampu menelan mihun sup di waktu senja sahaja. aku termenung sepanjang hari. Aku sudah 14hari terjaga di malam hari. tidurku tidak selena dulu. Aku menolak beberapa undangan keluar berjalan-jalan ataupun program di hari minggu. Alisa bingung tengok aku di atas meja untuk study(dimana General Practise tu memang agak rileks berbanding posting lain tapi aku cuba sedaya upaya untuk berlajar--dah terasa aku dalam bodoh status). Azie pelik,dia kata aku angau. Budak posting lain kata aku sudah meninggalkan alam single(mana ntah dorg dapat gossip ini). Fiza kata carcinoma kot. orang lain kata inilah peluang menurunkan berat badan.
owh,aku tertekan. dengan diri aku sendiri. kerana aku merasakan aku ini tidak begitu compactible untuk bergelar 4th yr. tidak layak untuk bergelar 22tahun pada esok hari sebagai seorang hamba Tuhan. Ilmu aku sedikit. apa ntah lagi amal aku.mungkin kerana itu aku sangat tertekan.
Ayat Jalaluddin al-Rumi tu aku dapat ketika aku berjalan2 sorang ke KLCC tanpa arah tujuan kat kedai buku. Tidak beli apa-apa dan berbuat apa-apa kecuali solat zuhr dan lepak di kedai buku. Lepas baca ayat tu,aku terus pulang. tenang. kerana aku tersedar, Allah itu bukan sahaja Maha Pemurah tapi Maha Penyayang juga.
Memang, hidup di dalam alam perlumbaan tikus (rat race), orang yang tiada banyak keistimewaan pasti dicerca. Hidup memang teruk. tapi bila dikenang kembali betapa Allah itu tidak memandang pada rupa paras, kepandaian dan apa-apa sahaja manusia pandang. aku jadi sedikit tenang. Sekurang-kurangnya,aku tahu pasti DIA menyayangi aku.
Tekanan perasaan yang aku alami,bukanlah suatu perkara yang sia-sia. Sepertimana aku katakan pada Azie, angau aku bukan sia-sia walaupun aku tidak pasti aku angau pada siapa sebenarnya. Aku sangkakan aku angau,tapi 2-3hari lepas,aku tidak dapat fikir pada siapa aku angau. Angau pada gamat merah jambu?ataupun pakcik patrick pemandu bas Sabah itu? Pasti tidak-dan pasti bukan.
Akhirnya, aku kata pada diriku, "mungkin inilah bila ada orang yang mendoakan doa rabitah bersama2 aku". kerana aku tersedar. aku dapat merasakan kekuatan yang aku cari selama ini. Dan pastinya tiada siapa yang mengetahui apa yang aku benar-benar alami dalam diri aku kerana aku sendiri pun kurang mengerti.
dan pasti bukan kerana jerat pencintaan kerana aku tidak merindui sesiapa2 kecuali sahabat2 aku.
Dan tolonglah berikan aku sedikit masa untuk memperbaiki diri sebelum aku meninggalkan dunia ini....dunia ini...
p/s: akan aku beli buku Rumi's poet minggu ini juga sebagai hadiah harijadi aku...hidup aku sedikit celaru,tapi aku tidak keliru. selamat hari lahir zackyun. semakin hari,semakin dekat dengan mati.
No comments:
Post a Comment