Friday, September 15, 2006

jika hanya jika

Setiap kali aku baca berita...
Jika si durjana itu mengerti
harga sekeping nyawa berulam hati itu
lebih mahal dari semua nyawa dalam dunia ini,
tidak mampu si durjana itu membayar dengan segunung emas.
pasti, tidak sekali2 dia berani untuk meletakkan hukum
pada si dia yang sudah selamat dikebumikan.

Jika si tamak haloba itu mengerti
erti sebuah kekayaan itu belum tentu sama maknanya dengan ketenangan jiwa
tentu dia meludahkan semua konspirasi matawang itu
yang pasti menikam pedih pada pengemis2 yang kuis2 sesuap nasi itu
pasti, tidak sekali2 dia berani untuk bermewah-mewah seperti itu
apantah lagi untuk mengunakan wang bukan miliknya itu.

Jika si majnun cinta itu mengerti
perihal sebuah keagungan cinta yang berdering dalam hati itu
bukan terletak pada manusia sepertinya
yang hilang ditelan dek masa dan lapuk di hujan
pasti dia tidak sekali2 cuba membuang masa untuk itu.
kerana apa yang cari bukan yang itu.

jika si keparat itu mengerti
tentang indahnya pahala kesabaran
sebelum dia pergi melayan nafsunya
pada gadis yang tidak mengerti dan malang
pasti,tidak sekali2 dia berani untuk memandang
apantah lagi melanyak sepuas2nya itu.


Jika si jelita bersuara sedap itu mengerti
erti kejayaan bukanlah pada anugerah yang dimenangi
yang dicapai dengan terkinja-kinja
menjerit pada dunia dialah pujaan hati semua orang
dengan yakin pada tubuhnya miskin kain
sedangkan sepi tinggal dalam hatinya sendiri
pasti, tidak sekali2 dia berani untuk menyanyikan
suara hati yang palsu dan bohong itu.

Jika si tukang kipas bodek itu mengerti,
tentang besarnya angin kipas yang lain,
mampu meniup segala impian kerdilnya
untuk mengejar debu2 nikmat dunia yang kecil itu,
pasti, tidak sekali2 dia berani untuk membeli kipas
untuk manusia yang tolol menolong.

Apakah harga sebuah keikhlasan itu murah harganya?
pasti tidak.
Kerana itu Allah hadiahkan syurga
yang tak terlintas oleh akal
yang tak terbayang oleh otak

buat orang2 yang mahukan sesuatu seperti cahaya diatas cahaya.
Nikmat Allah mana lagi kamu mahu dustakan?
apakah kamu masih terliur dengan nikmat dunia?

p/s: pray for my sincerity...i really need that to keep me alive....memang serabut sedikit...

No comments: