Thursday, August 10, 2006

10 jenis laki patut dijauhi

Ok, ini tajuk azie (pada zaman2 dulu kala-tapi lepas tu azie dah delete)..dan cabaran aku terima dari Hafizbar untuk menulis 10 jenis laki patut dibenci.

1. takde matlamat hidup. Hidup hedonisme-semuanya kegembiraan. Jenis thrill seeker. tak sedar kenapa dia perlu hidup. Semua nak lepas tangan kat orang lain. Tak bertanggungjawab. Selalunya golongan ni memang menyusahkan orang...Kaum laki ni pelupa ke dorang ni adalah pemimpin..tension betul tengok laki menjadi rosak sebab biasanye mereka boleh memimpin ke arah kerosakkn.

2. Orang laki yang tidak pergi solat jemaah kalo ada masa....lagi2 yang tak nak pergi solat fardhu pun...

3. Rasa diri dia betul je, semua orang salah. mana ada orang yang perfect. orang jenis macam ni, tak sedar yang diri dia sendiri tu adalah manusia dan orang sekeliling dia tu adalah manusia. Ingat hidup kat utopia ke?..ingat dia tu laki, budget dia tu boleh terlalu 'leadership' ke? fish and chip adalah. Biasanye golongan ini akan mencarut2, mengutuk2 dan mengumpat2.

4. menjadi hamba aweknya. nak dengan couplenya 24jam je. berkepit sana berkepit sini. macam takde erti hidup lain je. Suruh kawin, takut lak dengan tanggungjawab! bila kasik kerja, alasan inilah-itulah...pastu bila aku nasihat sikit, kata aku jeles..sorilah,aku bersyukur aku rasa hidup aku seronok giller walaupun tanpa faktor2 tersebut.

5. yang playboy dan asik pemainkan perempuan. owh, ni termasuk dalam kategori no 1 dan no 4. dan sememangnya telah dibenci oleh semua kaum.

6. hipokrit macam hipopotamus. tidak amanah betul. selalunya gol yang gila pangkat tapi tak nak buat kerja. nak nama je..nak berlagak laa tu (eh, ni dah masuk sifat2 lain nie)

7. yang tak sedar diri dirinya lelaki. dan juga sewaktu dengannya. Jenis kaum nabi Lut. masalahnya sekarang nie terlalu ramai.Siap dah tak malu pun buat cinta terlarang tu. owh, kategori ini adalah 'sepatutnya' dimasukkan dalam psychiatric sexual disorder. tapi malangnya, orang putih kata itu adalah normal.

8. laki yang duduk kat shopping complex dan bersiul2. Lagi2 yang memberi salam pada semua gadis tak kira rupa paras. Aku teringat kisah ada seorang lecturer muslimah foreigner- cantik laa..ada laa sekumpulan mamat ni nak ngorat. pastu bagi salam. Akhwat tu pergi kat kump. mamat tu then cakap

"U as a muslim should be ashamed. This is not a muslim attitude and u know it's not right to give salam like that"

budak2 laki tu terus lari dengan penuh kemaluan malu

9. aku menyampah sangat2 pada lelaki yang mengunakan nama Islam untuk mengorat perempuan solehah(pasti bukan aku laa). Macamlah tak boleh nak paham semua orang itu manusia,ada rasa cinta. itu kan fitrah..so, ngorat laa secara profesional (baca: minang je)..tak payah nak menujuk lagak tau ayat itu-ini. Owh, tolonglah. Jangan jaja nama Islam semata nak menang hati perempuan. jangan jadi seperti lagu nasyid mendayu2.

10. apa lagi ek?

-----------------------
erm, aku rasa aku tulis agak general..agak mengambil masa untuk list down ape yang aku tidak suka tentang laki...tapi aku yakin sifat2 seperti ini adalah terlalu 'normal' dalam hidup seharian ini.

Owh, aku tidak membenci spesifik mana2 laki kerana aku rasa setiap orang ada baik dan buruknya. time aku marah, mesti lah aku sangat benci. tapi bila dah cool down, mesti aku lupa ape bendanya aku marah sangat.

aku pun manusia. buat salah gak. tak kan aku tak boleh terima orang lain buat salah gak?

No comments: