DARIPADA Abi Ya'ala Syaddad Ibni Aaus (r) dari Nabi (s.a.w) sabdanya: "Orang yang cerdik ialah mereka yang membentuk dirinya selaras dengan agama, dan beramal untuk persediaan sesudah matinya. Orang yang bodoh ialah mereka yang menurut keinginan nafsunya dan berangan-angan, Allah akan melaksanakan segala cita-citanya". (Tarmizi)
Aneh.
ini pertama kali aku meletakkan hadis bagi permulaan entry blog aku kali ini. Aku tidak balik rumah minggu ini kerana aku terasa banyak aku berhutang akal fikiran pada diri aku sendiri. Aku duduk sorang2 dalam bilik selepas pulang dari bermain futsal awal pagi sabtu. Aku jadi tidak lalu makan. Aku cukup marah dengan kealpaan aku selama ini
Aku cuba buka buku. tapi aku tutup kembali. tak tenang. Habis satu rumah aku pergi kemas dan bersihkan. Berus sana berus situ. tension walaupun bukan kerana peperiksaan. Barangkali aku terlalu berang kerana aku mengalami panic attack ketika Dr tanya soalan basic kepada aku sehingga aku hanya membisu. Aku tahu aku tidak panic. aku cuma tahu aku tidak tahu macam mana nak menyakinkan diri sendiri ketika menjawab soalan. dan paling teruk, aku lupa. Aku tahu aku tidak tahu
Dan pastinya itu memang salah aku yang tidak terlalu mengambil berat. Aku bimbang. Aku risau jika tiba masanya,aku menjadi seorang doktor yang cuai kerana terlalu 'tenang' (baca;rilek).
Dalam kebingungan itu, aku membuat perkiraann. Apakah cukup dengan titile Dr yang cukup2 makan tapi seorang yang bergiat aktif? atau perlukah aku tinggalkan semuanya untuk mengejar gelaran best student
Malam jumaat, aku,asiah dan azma bertekad ke rumah kak nida. Ziarah baby muadz. Itu pun setelah kami tertekan dengan keadaan yuran sunathon yang naik mendadak. Betapa kami tertekan dengan keadaan sekeliling seolah2 memaksa kami menyerah kalah. Sekarang, masalah sibuk, duit dan futur mengetuk berkali2 di pintu hati juang kami. Kami mengadu pada kak wan betapa tentang hal itu. Kak misah berhajat membuat usrah malam jumaat tapi kami terlalu ingin larikan diri dari tempat ini,rumah ini.. Begitu banyaknya naqibah aku rupanya. Tapi mengapa aku begini?
Hari minggu, aku berjaya menghabiskan 3novel Faisal tehrani yang sudah 2-3 minggu aku beli. Novel Maaf dari syorga mengecewakan aku. Tapi cinta hari2 rusuhan dapat membuatkan aku teruja walaupun aku sedikit tidak suka. walaupunbagaimanapun, 'Tunggu teduh dulu' dapat menampar kealpaan aku. Lihatlah,betapa manusia perlukan sedikit masa untuk berubah ke arah kebaikan. Tapi mengapa bermain dengan waktu sedangkan masanya adalah sekarang?
Pagi ahad, aku masih bingung.

Apa aku cari dalam hidup ini jika tidak mendapat redha Ilahi?
Tidak terketukkah pintu hati untuk kembali pada fitrah?
No comments:
Post a Comment