owh, lihat.
aku menjadi terlalu berfikiran terbuka dalam berkongsi tentang apa yang aku rasa dan apa aku fikir. Ada yang salah faham tentang masalah hidup aku. ada pandang ringan dan tak kurang ada merasakan aku dalam masalah yang besar.
Sedangkan, aku ini hanya manusia biasa. Masalah itu ada dan aku masih boleh selesaikannya. Cuma aku perlu lebih masa. Jangan mudah taksirkan aku melalui tinta ini. Jangan ingat blog ini penganti diri aku. Sedangkan blog ini merupakan luahan perasaan aku.
kini, musuh aku gelakkan aku kerana aku terlalu alpa tentang keseronakkan menulis blog.
Aku tidak mahu lagi salahkan pihak uni aku kerna aku mendapat 24/7 internet connection. Bukan salah pihak streamyx yang sangat bagus sistem wirelessnya mahupun pihak2 jurutera komputer kerana ciptaan yang bagus ini. dan aku tidak berupaya merasakan dengki lagi pada penulis2 blog yang hebat2 itu berjaya membuatkan aku teruja untuk menulis dan menulis dan merapu dan merapu.)
Bukan apa, setiap manusia bertanggungjawab pada setiap apa yang dilakukan. Tak kan aku nak salahkan syaitan merah menyala bertanduk itu mengoda aku untuk laghro. walaupun mereka mengoda nafsu aku untuk laghro. tapi ianya tetap salah aku. aku yang merasakan seksanya kerana aku menjadi tidak lalu untuk berlajar.
Aku terfikir mahu musnahkan blog ini sahaja. aku menjadi gian untuk menulis(baca: merapu) sedangkan kerja aku bertibun banyaknya.
p/s: owh, RK...aku ini manusia. izinkan aku merasa seperti manusia yang tidak tahu menipu. aku terlalu bengap untuk menilai orang kerana aku tidak tahu apa itu pandangan orang.
kerana aku percaya manusia bisa memilih apa yang dia mahu. dan pasti manusia tahu apa itu salah dan benar. bukan kerana aku.atau bukan kerana ingin menjadi seperti aku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment