Sunday, July 16, 2006

Salam dan tudung

Pesakit A
baru minggu lepas,ada pesakit muslim dalam wad psychiatry bernama A datang nak salam ngn aku. aku tolak dengan baik,aku kata tak boleh.nanti batal wudhuk.

A gelak je

Esoknya,aku tak datang ke wad kerana nak siapkan kerja lain. A mencari aku. Lusanya, A cari aku.Dia datang lagi jumpa aku.Sekali lagi,minta salam tangan. pastu dia amik baju dia buat alas untuk salam.

Kali ni,aku yang gelak sambil sengih je. Juga tak salam tapi senyum meleret sahaja.

Pesakit B
Kemudian datang pula si pesakit B yang beragama hindu yang mahu masuk Islam. Juga mahu salam dengan aku. Aku tolak dengan baik. aku guna alasan yang sama dengan A

B herdik aku dengan suara kuat, "eleh..kalo ko nak praktik Islam sampaikan salam pun tak boleh..kenape kau tak pakai purdah?Ingat pakai tudung cukup ke?"

sekali lagi,aku hanya diam dan senyum sahaja. Nasib baik kat wad psychiatry,bukan kat luar..kalau tak berbahas panjanglaa dengan aku.

itu hakikat yang berlaku sekarang. Memang kalau nak jadi baik , tak boleh nak jadi jahat. itu yang si B pertikaikan dengan aku. Tapi setahu aku, aku buat ape yang aku mampu dulu. Tentang purdah memang banyak pendapat. Aku mengambil pendapat simple (iyelah,aku nie memang tak tau banyak pun), aku menutup aurat apa yang wajib dahulu. Tapi walaupun aku tak pakai purdah, tak bermakna aku boleh melakukan maksiat. tak gitu?

Sepertimana iklan sunsilk yang sangat jijik aku lihat. Yang perempuan bertudung tapi banyak kelemumur. Selepas yakin pada diri (guna sunsilk), boleh pulak berlakon 'laila majnun' sambil memegang tangan laki. tak paham aku, banyak lagi cara nak express betapa yakinnya diri kita.

Seperti juga cerita Gol & gincu the series. Yang kononnya mahu mempamerkan bestnya hidup macam orang yang ada agama tapi tak berapa kuat. Isu yang sama juga, orang bertudung(wawa-tudung lilit ke puncak impian) dan orang kopiah(Ali-yang rambut kerinting oren tu) berzina. dan isu 'eh-mana-ada,-kes-rogol-tu-bukan-sebab-tak-tutup-aurat. Mungkin team g&G nak cakap, orang nampak baik-tak semestinya baik...mungkin,inilah masanya team G&g mempertahankan nasib golongan2 seksi ini baik2 sekali. kawan aku kata,"ko tu zak, jangan terlalu tertutup pemikiran...dorang tak berapa sekular laa.."

Aku nie mungkin benar mungkin tidak. Tutup aurat atau tidak --berbuat baik atau tidak-buat maksiat atau tidak--bukan aku yang menilai. Bukan lelaki2 yang gatal dan mata keranjang yang menilai-mahupun ustaz-ahli ulamak yang menilai- mahupun ahli jiran tetangga kamu yang menilai...mungkin golongan ini akan komen itu-ini sepertimana putus tunang diantara mawi dan ina(tapi aku langsung tak pedulik)

TAPI Tuhan Kita yang menilai- hukum Allah dah jelas. perlu aku terangkan panjang2 lagi ke?

Nota kaki: Di wad psychiatric, ramai pulak 'peminat' kami yang kirim salam,memuji2 dan mencari kami--nak hilangkan stress kot.

No comments: