Saturday, July 08, 2006

Tahun lepas

Aku kemas almari aku yang roboh sebab dah hilang skru. Aku terjumpa surat yang aku tampal buat peringatan untuk aku. Surat yang membuatkan aku benar2 putus asa dengan manusia. Surat yang membuatkan aku menangis siang malam..

Seingatkan aku, ketika itu aku hanya mahu berada di sisi Allah kerana tiada apa yang lebih menenangkan perasaan aku. itu yang membuatkan aku terpaksa gagahkan juga meneruskan kehidupan.

Ketika itu, terasa seperti seluruh dunia membenci kita dan dunia itulah yang menang. Saat itu,kawan baik hanya mampu menepuk belakang kita dan memberi kata2 semangat yang langsung tidak masuk ke dalam minda.

Siapa yang kita ada? Hanyalah, Yang Maha Mendengar dan Yang Maha mengetahui. Aku mengadu sepuas-puasnya kepadaNYA.

Alhamdulillah, aku kenal betapa benarnya KAU berada disisi aku selalu.

Dan aku memang degil, walaupun surat itu hadir kerana perbuatan degil aku untuk ke umrah, tidak sekali2 aku merasa menyesal dengan apa yang terjadi.

Kerana semua ketenangan yang aku dapat sehingga sekarang LEBIH dari seksa-air mata-demam tiap2 minggu-kata mengejek-tekanan perasaan yang aku dapat.

dan surat itu yang membuatkan aku lagi kuat dari tahun2 sebelumnya....degilnya aku!

No comments: