Wednesday, July 19, 2006

mee maggie di saat kelaparan




Savant syndrome
Pagi tadi merupakan lecture terakhir kami sebelum aku menghadapi end-posting exam. Tentang psychological assessment. aku tak berminat. aku terlalu berdebar2 menunggu exam. Tapi Dr.zubaidah tetap menerangkan dengan tekun,bagaimana menulis report psychological dan dia menceritakan tentang Yeak Ping Lian., seorang kanak2 yang ada autism tapi sangat berbakat melukis. .dia berumar 12 tahun dan sekarang sedang berlajar di sekolah khas di Australia. Lukisan masjib Ubudiah ini berharga rm100, 000... Sangat cantik,kan?!

Klinik methadone
Setelah aku pergi tempat kajian salah guna dadah di Melaka dan juga klinik methadone di belakang wisma kayu, aku rasa golongan penagih dadah wajib dibantu. memang, kita semua geram dengan penagih dadah. kering-keding-curik barang-hedonisme-tapi mereka itu semuanya manusia. ada masa,mereka mahu kembali menjadi manusia kembali.

Bukan senang nak berhenti dari dadah. kerana itulah, pusat serenti tak jalan. kerana penagih dadah bukan lawan dengan minda mereka lagi..tapi mereka terpaksa bertarung dengan otak mereka sendiri (eh,apa bezanya..?)..kiranya,rasa gian itu tak dapat dikawal lagi dengan 'semangat motivasi'. mereka perlukan sesuatu untuk lepas gian.mereka perlukan ubat.susah woo nak tahan withdrawal symptom tu..ada sorang tu kata, dorg lebih rela bunuh diri dari tak dapat dadah.

Drug pusher sangat kurang ajar. mereka membunuh hidup orang lain demi enjoy hidup mereka. jadi,janganlaa cuba try test dadah tu. (owh,aku terasa seperti mawi!--belia benci dadah--auww..)

kepada penagih dadah (budget dorg baca blog aku je..), masih ada harapan untuk berubah...

Aku rasa inilah satu2 pujian ikhlas aku khas untuk kerajaan. aku rasa kerajaan memang bijak kadang2. Mereka mewujudkan klinik methadone secara percuma kepada pnagih2 dadah.

selain itu, aku ingin menambahkan kutukan yang padu kerana ada hati kerajaan nak tambahkan masa untuk disco..aku tak paham.. aku tak paham..owh, siti nurhaliza, tegurlaa sikap kerajaan yg nak tambah disco tu..mesti dorg dengar cakap Siti..

Kuasa membeli
dengan sesuka hati aku,aku telah membeli secara online di www.ujanailmu.com sebanyak 4 novel faisal tehrani. Sebelum ini, aku mahu membeli tapi aku tahankan sahaja. aku terover exited melihat harganya 4novelnya seperti sebuah buku teks aku(duit biasiswa habis kat buku teks sahaja--huhu,satu buku maunya rm100+--aku tak suka fotostat, kesian kat penulis tulis penat2). lagipun penat aku pusing2 kat kedai buku, tak pernah jumpa. Aku ingatkan nak 'tumpang' kat ayah aku..tapi tak jumpa pulak..

Bulan 8 ini aku ke Sunathon Sabah pada 18-22 august. Aku mengunakan duit aku sendiri untuk duit tiket kapal terbang.Aku baru menerima surat dari Fatin tentang Futsal PPIMsc di Bukit jalil pada 26august ini. dan juga aku telah menerima langangan majalah Time dan majalah I.

dan aku,shen dan azie sepakat nak beli buku untuk tahun 4 kerana takut tak cukup duit beli buku saat2 tukar posting nanti...

Tiada lagi makann mewah.Selamat tinggal PDA. Handphone cikai pun aku dah tak kisah nak guna.mp3 aku dah pecah-mereng kadang2. kasut aku perlukan kiwi. bahan makeup pun takde(owh, aku pernah ada ke?)

Ini menjadikan aku seorang yang pokai. malam ini, nampaknya aku makan maggie laa nampaknya..Owh, berpuasalaa banyak aku untuk sem ini.

walaubagaimanapun, terima kasih pada penaja biasiswa aku. aku tak mensia-siakan duit rakyat.

Keropok
aku menulis merapu lagi hari ini. Gila. menghadapi hari2 sebelum periksa cukup membuatkan aku separuh gila. Tertekan. kerana aku cukup malas. seperti zaman2 sebelum ini, aku memang malas TAPI aku tak perlu berusaha banyak untuk mendapat gred yang mantap.

Sekarang? separuh nyawa aku baca buku. tapi gred aku tak bersinar seperti dulu. azie mengalami nasib yang sama. Tapi azie memang bijak sejak kecil. Ujian IQnya adalah 139(ketika dia berusia 14tahun)...aku tidak tahu IQ aku berapa-aku rasa macam rendah sahaja. Aku memang 'pelik' ketika kecil-mak aku cerita laa.. Tengahari tadi, kami menyanyikan lagu 'jika kau fikir kau boleh' bersama2 sebelum ke kelas. barangkali untuk menambah keyakinan.

owh, nervousnya aku. dan aku masih mengatal mahu menulis. seolah2 masa aku terlalu banyak.

p/s:aku bahagia duduk sorang2 dalam bilik. huhuhu..aku lapar dan busuk. belum mandi lagi. dan belum masak mee maggi..owh,aku menghadapi 'internet-dependence'..takut kalo terkena internet-induced-psychosis...

No comments: