Thursday, March 30, 2006

janji kita

Tiap2 hari, umat islam diwajibkan untuk solat. Dalam rakaat pertama,kita akan baca doa iftitah dimana feveret aku. Line yang paling aku ingat, "Sesungguhnya hidupku, solatku dan matiku hanyalah untukNYA."..dulu ustazah aku masa aku darjah 6 kata, itulah janji kita yang kita ucap tiap2 hari tapi sejauh mana kita mengotakan janji kita?Isk, jangan tak tau kita pernah janji untuk taat setia dengan Ilahi untuk buat ibadat kepadaNYA.

Dan orang2 yang tidak mengotakan janji itu mempunyai sifat2 munafiq...kita munafiq ke?Kakak aku pernah cerita some of her non-muslim friends pernah pertikaikan sifat2 ini dalam jiwa muslim dimana lecturer dia yang muslim datang lambat sebanyak 3jam untuk kelas.

aku? mungkiri janji ke?
Wow, i wished i could say no but sadly, I had. Nak belanja fana tapi belanja air nescafe je. aku budget nak belanja tapi i could not find time to do it. Jahat tak?
Aku tak mau datang lambat ke kelas tapi nak wat macamana kalau perut aku meraggam time nak pi kelas dan aku tertidur.
Aku tak nak tidur dalam kelas tapi i couldnt help it. Tak tau nape,aku sangat rajin tidur walaupun aku berusaha untuk tak tidur.
Aku tak mau main internet tapi aku nak juga main internet.

Herm, macamana dengan amalan2 kita yang lain?

Kita selalu tangguh nak baca Al-quran macam seolah-olah time kecik dulu dah puas kita mengaji dengan ustazah tiap2 petang. Kita tangguh untuk berubah kerana takut orang mengutuk kita itu dan ini. malu lah itulah inilaa...macamana kalau tiba2 esok kita mati, sempat ke nak bertaubat?Mulut manusia akan terus mengumpat sama ada kita jadi baik atau tidak!Jadi tak kan kita nak beli gam gajah buat untuk mulut2 becok itu.

Mulut becok?cermin diri sendiri laa, dol...sendiri pun kuat mengata.Terlupakah kita, siapa2 yang menutup aib orang lain, Allah akan tutup aib dirinya.

tak kan nak tunggu ribut taufan datang, baru nak cari Allah.

Kita tangguh segala sifat baik kerana takut tak ikhlas.

Ikhlas?macamana nak uji keikhlasan kita?Hanya Allah sahaja yang tahu betapa ikhlasnya kita. Kononnya tak mau buat baik,sebab takut tak ikhlas.TIPU dan BOHONG semata2...Kalau tak buat macam mana nak tau ikhlas ke tak?ikhlas itu kan janji kita dengan Ilahi.

Imam ghazali pernah berpesan, kalau kita nak buat baik,buat ajelah...jangan tunggu lama2, takut nanti Allah tarik balik perasaan untuk berbuat baik tue..!

Wednesday, March 29, 2006

puisi cinta al-rumi

Oh! Pencinta Yang Maha Agung!
Hindarkan dari gundah-gulanaku.
Bunga-bunga sedang mekar berkembang
dengan kebesaran hati (kegembiraan) dari rohMu.

Demi Allah!
Aku ingin sekali lepas bebas dari penjara egoku
dan melepaskan diriku
di atas gunung-ganang dan padang pasir.

Manusia-manusia yang sedih dan kesunyian ini meletihkan aku.
Aku berkeinginan sekali untuk bersuka ria di dalam kemabukan yang meluap-luap oleh cintaMu dan merasai kekuatan Rustam di kedua belah tanganku.

Aku muak dengan Raja-Raja yang bisa saja mati,
Aku amat ingin melihat cahayaMu,
Dengan lampu pelita di atas tanganku
Sheikh-sheikh dan mullah-mullah berkelana
di lorong-lorong gelap di bandar-bandar ini
tidak berjumpa dengan apa yang mereka cari.

Kamu Zat di dalam Zat,
Kemabukan Cinta.
Aku amat berkeinginan untuk melagukan kata-kata pujian ke atasMu
Tapi berdiri membisu
dengan penderitaan yang amat dalam bisikan ke dalam hatiku

Rumi – ‘The Love Poems of Rumi

hati kecewa

وَأَعْتَزِلُكُمْ وَمَا تَدْعُونَ مِن دُونِ اللَّهِ وَأَدْعُو رَبِّي عَسَى أَلَّا أَكُونَ بِدُعَاء رَبِّي شَقِيًّا

But I shall withdraw from you all and from whatever you invoke instead of God, and shall invoke my Sustainer [alone]: it may well be that my prayer [for thee] will not remain unanswered by my Sustainer(19:48)
p/s: teringat kat peristiwa bila ada seseorang menyuruh aku membaca surah maryam, ayat 48 ketika aku mengadu aku mengalami kesukaran untuk melupakan seseorang yang aku tak suka atau aku terlalu 'suka'......ubat hati aku...alhamdulillah...

Sunday, March 26, 2006

jatuh cinta

I like this statement...

"I'm a miserable kiddo who travel all around the world of love in order to find true love... Kept asking, am i capable to love? am i capable and lovable? Because i had falled in love with greatest love...love to the creator...and i dont want to fail"

I
(^_^)
Aku meletakkan cinta di tangga keatas
kerana cinta itu terlalu indah
cuma siapa yang layak kita cinta?
dan apakah kita layak untuk bercinta?

Tak kenal maka tak cinta
Tapi bila kenal DIA,comfirm jatuh cinta
Kenalilah Ilahi
Kerana DIA yang maha mengetahui

Wednesday, March 22, 2006

bilakah ajal menjelang?

Alhamdulillah, seminar motivasi buat julung2 kalinya akan diadakan di tempat kami sabtu nie. Aku bersyukur mempunyai teman2 yang makin lama makin paham kenapa mereka harus bergerak dan berusaha demi Ilahi. Alhamdulillah, Dr Harlina pun setuju untuk menjadi speaker pada hari itu. Termasuklah Dr Latiff dan Prof Ali Hassan. Semua speaker hebat2 belaka yang pandai seimbangkan diantara dunia dan akhirat. Walaupun sibuk dengan tugasan yang dasyat2 tapi masih setia dalam berda'wah.... dan termasuklah video clip make a prayer by sami yusuf(trimas Anas saudi!) berjaya dimasukkan dalam slot seminat tersebut walaupun pada awalnya kawan aku suruh aku buang bahagian yang nampak islamik. Penat aku menyakinkan pada dia itu yang itu untuk evoke kepentingan utk saling bantu membantu dan sesuai untuk semua agama yang mahukan kedamaian. Alhamdulillah,setelah dieditkan oleh pmbuat video sendiri supaya nampak tak keterlaluan menekan pada isu islam. Yang ironinya, hari nie aku jumpa Yazir yang memuji hasil video tersebut kerana dia pun sendiri menonton video klip berulang kali(yeye,berjaya menyentuh perasaan laki mahupun perempuan) dan menyatakan pada aku:

+apa salahnya kalau memang tunjukkan islam itu agama damai dan syumul, bukan hina agama lain pun..biar depa2 ni masuk islam...kenapa nak takut2?

aku senyum lebar...Aku dapat merasakan betapa Allah memudahkan jalan2 jika kita benar2 mencari jalan kebaikkan. Insyallah, begitulaa juga jika kita benar2 mencari jalan2 untuk ke banglo kekal di syurga firdausi.

Begitulah juga kelas yang dianjurkan oleh PPIM juga akan dapat berjalan dengan lancar. Alhamdulillah, aku rasakan senior aku bakal menghantar peserta teramai untuk ke kelas itu. Degil,aku memang degil kalau bab penyertaan nie. Kesian kak aidil pening kepala nak layan aku yang degil.Kata masalah kualiti tapi macam mana nak selesai masalah kualiti kalau masalah tiada kuantiti pun tak selesai..Aku kalo boleh nak maximumkan semua kehadiran. Hehe,teringat dulu, kalau aku jadi wakilnya berdegil nak pergi walaupun terpaksa duduk bawah lantai. Entahlah, mungkin kerana telah banyak kali aku disisihkan kerana aku bukan orang yang 100% nampak baik@alim dan aku tak suka keadaan macam tue. Tapi aku budgetlaa jugak sebenarnya,dah rezeki senior final year dapat pergi revision class tue...kerana ipt lain dah abis exam pun...hehe...Doakan kejayaan 100% pada senior2 final year kitaorg yang bakal berlangsung pertengahan bulan april.

Workload camping pun makin banyak. Aku terasa beban tapi alhamdulillah, aku dapat rasakan betapa hangatnya semangat membantu diantara kami semua satu batch ini semua meringankan semua kerja2. Semua semangat...Bagi aku, camping ini bukanlah bersuka-ria semata2 tapi inilah masanya untuk berbakti mengutip berlian2 dan emas2 untuk simpanan akaun akhirat!Ini anjakan paradigma bagi kami semua kerana buat pertama kali kos kami buat kerja2 baktisiswa yang 100% acuan students!....Gaduh itu biasa, kita lupakan semua yang keruh dan amik yang jernih walaupun takde yang jernih, maybe kita boleh tapis kasi bersih dan jernih?

Hari ini, ada kawan aku melawak dengan aku bila aku mengadu aku ada ulcer yang besar di bibir aku sehingga menyukarkan aku untuk makan dan bercakap kerana sakit...Anis melawak dia kata, hey zek...banyak kau kena munasabah diri kau tue...terdiam aku betapa benarnya kata2 dia....Ada kawan aku pun bicara dengan lawak (kot)tentang bila aku bersama dengan dia, dia akan selalu buat dosa....Aku pikir panjang...sampai sekarang aku fikir, kalau benar apa yang dia katakan, sanggupkah aku mendiamkan diri,tahan diri dari mengumpat, mencela dan merapu?dan sanggupkah aku meninggalkan dia kerana akulah faktor dosa bagi dia walaupun betapa tingginya sayang aku pada teman karib aku sendiri?adui,lemahnya diri aku nie...

Aku pun pikir kembali...ada seorang brother dalam kelas aku melawak(kot??) kata kat aku

+kalau ada zek,memang bingit dan semua perkara jahat mesti dia yang buat....

ye ke? aku ke sumber kejahatan?? aku jadi semakin takut..aku memang seorang yang suka bercakap dan sangat kelakar (bagi aku laa,terpulang pada korang laa nak judge) tapi layak ke orang macam aku untuk menjadi seorang yang baik?

Aku asyik ulang lagu Harris Shaffix yang berjudul keimanan...sedey sangat lagu tue...dan aku menangis tersedu2 kerana aku terasa jauhnya taraf aku...Aku mengadu aku tension kerana mencari keikhlasan dalam diri ini memang sangat payah walaupun berkali2 aku mengingatkan diri aku sendiri...Kawan aku kata kita ni bukan ahli sufi untuk mendapat hati yang bersih dan ikhlas 100%. tapi aku geram sangat sangat. dan aku dapat perhatikan betapa ramainya orang2 lulusan agama mahupun sekolah agama/universiti islam dan dari keluarga baik2 pun kecundang dalam bab agama..aku sedih sangat...aku paham mereka itu manusia,tapi aku nie macamane?mestilah susah banyak berbanding mereka2 ini...aku tau susah bebenor nak membentuk keimanan seperti dalam lagu harris shaffiz nie...tapi kalau aku nak juga, boleh?

Andainya matahari di tangan kanan,

Tak akan mampu mengubah yakinku

Terpatri dan tak terbeli dalam lubuk hati.

Bila rembulan di tangan kiriku.

tak kan sanggup mengantikan imanku.

Jiwa dan raga ini apa pun adanya

Andaikan seribu seksaaan

terus melambai2kan derita yang mendalam,

Seutus rambutku aku tak akan bimbang

Jalan ini yang aku tempuh

Bilakah ajal akan menjelang

jemput syahid2 penuh kenikmataan

Cintaku hanya untuk MU,

tetaplaa musimnya selalu

Bilakah rembulan di tangan kiriku,

tak akan sanggup mengantikan imanku.

Jiwa dan raga ini, apapun adanya.

Andaikan seribu seksaan

terus melambai2 derita yang mendalam.

Seutus rambut pun tak akan aku bimbang

jalan yang aku tempuh

Bilahkah ajal akan menjelang,

jemput rindu2 syahid penuh kenikmataan.

Cintaku hanya untukMU

Tetaplah musimnya selalu.

Bilakah ajal akan menjelang

Menjemput rindu2 syahid kasih mesra.

Cintaku hanyalah untukMU.

Tetaplah musimnya selalu

Dan setiap kali aku terasa sedih kerana terasa lemahnya aku,aku menjadi rindu yang teramat pada Al-quran. dan juga bila aku tengah2 gelak2 dengan kawan2 aku atau mengumpat, aku teringat pada Al-quran. Mahupun ketika membaca helai2 Al-quran,aku terbayang dosa2 aku yang berjuta million lemon tue yang aku sendiri pun tak tau macamana nak bersihkan..teringat pada seorang ikhwah yang mengatakan Al-quran itu sahabat baik dia sendiri, aku terkelu dengan pengakuannya dan aku asyik memikirkan betapa banyak aku tinggalkan al-quran...

rindunya!

dah2,kena buat kerja nie...


Monday, March 20, 2006

Laskar cinta



Wahai,jiwa jiwa yg tenang..
berhati-hatilah dirimu
kepada hati hati yang penuh..
dengan kebencian yang dalam

karena, sesungguhnya iblis
ada dan bersemayam
di hati yang penuh
dengan benci...
dihati yang penuh
Dengan prasangka

#Reff#:
LASKAR CINTA..
SEBARKANLAH BENIH BENIH CINTA..
MUSNAHKANLAH VIRUS VIRUS BENCI..
VIRUS YANG BISA RUSAKKAN JIWA..
DAN BUSUKKAN HATI..

LASKAR CINTA..
AJARKANLAH ILMU TENTANG CINTA..
KARENA CINTA ADALAH HAKIKAT
DAN JALAN YANG TERANG BAGI SEMUA MANUSIA

Jika kebencian meracunimu..
Kepada manusia lainnya...
maka sesungguhnya iblis...
sudah berkuasa atas dirimu

maka jangan pernah berharap
aku akan mengasihi, menyayangi..
Manusia manusia..
yang penuh benci..
seperti kamu...


#REFF

Wahai jiwa-jiwa yang tenang..
jangan sekalikali kamu
Mencoba jadi Tuhan dengan mengadili dan mengahakimi

Bahwasanya kamu memang tak punya daya dan upaya.
Serta kekuatan untuk menentukan kebenaran yg sejati.

Bukankah kita memang tercipta laki laki & wanita
dan menjadi suku suku bangsa
yang pasti berbeda

bukankah kita harus saling mengenal dan menghormati
Bukan untuk saling bercerai berai dan berperang angkat senjata

p/s: walaupun kumpulan dewa 19 nie ada kontroversi dan krisis sikit tapi bagi aku,aku suka amik yang baik dari kump ini sendiri daripada kump. boboy yang aku sendiri tak tau apa arah tujuan dorang...at least mereka dari kumpulan ini ada falsafah dalam muzik dorang...aku tak mau bias tentang diorang hanya kerana aku memang minat dewa lebih dari so7 atau peter pan atau ape2lah....

Am i capable?

I was asking myself so hard this question everyday. am i?
if i'm not, Should i give up? menangis betapa kekurangannya diri aku...

why should i give up?...Gosh,i'm a risk-taker.. Like doing things to gain experience but not the respect . to me, i had my objective is very clear....

I wished i had the charismatic ability in myself. I guess i had other unsual abilities that others dont have, so melampau laa kalau aku nie terlalu perfect...so I had to remind myself how weak am i...

Got all the blame...rasa macam nak mengamuk aje tapi aku pikir balik,untuk apa mengamuk?kalau aku mengamuk, aku sendiri mengingkari objektif hidup aku sendiri..aku mahu hidup kerana Ilahi, berlapang dada walaupun berlainan pendapat itu penting untuk mencapai kemuafakatan. Walaupun dalam jiwa aku sendiri nak je jerit,it's not fair to do like this to me...it's not my fault but the situation had pushed me so hard but then again, time constrain and i wished to make things easier...plus Allah tested me,jadi kena laa lulus dengan cemerlang....tapi aku kept on focusing objektif hidup itu penting...

telan zakiah telan zakiah..

it's hurting me but after swallowing all those pain, i realized how good i felt right now...anyway, i choose to be forgiven and to forgive..malas nak bergaduh benda2 yang tak relevan..plus, i think Allah bayar cash kat aku..

Admitting our own fault isnt about saying i'm sorry,i was wrong but it's also including it's time for me to change anyway...but sorry to say,i hate some1 kept mentioned to me how i should change..ape, ingat nak berubah nie macam tukar baju ke?i need time..funny,how these people kept on babbling to me didnt realize how badly they need to change themselves too..hehe..hahaha..negative people see the negative side but i dont!i'm so positive seeing the positive side(aku rasa laa..sebab tue aku tak berapa tension sgt kot..eh tak,aku tak tension sebab aku nie pelupa sebenarnya which make me a bad leader.....haha)

Hari sabtu lepas, i had to go to Trolak Selatan. Kerja! kerja!Gosh, how i wished i could spend my time with my mom...today is her birthday...51st...I wanted so badly to spend my time with my family but i couldnt.Learning geriatric do makes big changes in my life. I kept thinking how precious our every single seconds in our life..betapa aku sayangnya ibu aku sendiri tapi sayangnya masa itu sangat dengki kat aku. aku plan nak balik rumah right after balik dari trolak esok..

Kem penghayatan Islam pun aku tolak awal2 bila amy tanya aku sebab aku rasa macam aku kena limit my time,plus aku nak orang lain pergi..tahun lepas aku pernah pergi,tak kan aku pergi lagi..melampau laa tue...

Tadi tengah hari,aku mintak kak wan tepon aku. Aku cerita kat dia,aku bosan tunggu usrah yang dinantikan tak berjalan.Bukan apa,ingat senang ke nak train diri dan akal nak kasi rajin pergi ke usrah..budak2 lain pun dah komplain dah..Plus,nanti syndrom futur yang menjangkiti kan lagi susah...semua geng usrah aku complain nak balik dengan kak wan,tak mau dengan orang lain..aku pun bosan kena tukar2 naqibah macam bola pingping je sejak dulu..dengan kakwan tue baru je 6bulan.... tiba2 ada orang datang dari mana ntah(sebab dia tak nak mgaku under apa...) nak rebut pulak padahal cari je laa orang lain.kenapa nak kacau kami jugak yang cukup selesa dengan kak wan?Bagi aku bukan masalah jemaah centric ke ape atau bias pada naqibah baru aku yang juga seorang doktor. kononnya kami boleh adapt bila dah grad nanti... tapi kalau tak jalan sebab terlalu sibuk,tak payahlaa...maaflah, jiwa2 kami terlalu haus sekarang dah kering kontang...

mula2 aku malas nak libatkan kak wan tapi aku bosan tunggu orang tu nak bincang dengan orang tue lah inilah sampaikan dah nak berapa bulan kami terpinga2 nak tunggu semua orang berbincang tapi tak tau ape kesimpulannya..naqibah kami yg baru tu pun aku tak tau modul ape dia nak guna,lagi laa aku malas dan siap plan cara2 nak ponteng usrah..banyak kali batal, sampaikan aku n the geng melonjak kegembiraan sebab kami tak suka usrah yang baru kerana macam dia memaksa kami(dia tak kasi kami kembali ke kak wan walaupun kami sanggup attend ke2-2 usrah..plus dia tak kasi kami join apa2 prgm yang bukan under dia...tapi dia under ape pun aku tak tau?melampau tak?)...make things simple,pulangkan kami balik ke mak usrah kami..bukan susah pun..sampaikan kak wan janji dengan aku nak settle semua ini dalam masa seminggu pun aku dah rasa terlalu lama macam tunggu bersalin je...nanti mogok kang...

Do i want to be a leader?..pencil lead aku nak laa,tapi leader nie leceh laa...aku nie bukan macam Thasin,orang Thailand buat demo everyday pun tak mau menyerah kalah....Aku perasan leader ni kena ada perasaan tak berapa belas kasihan sikit sebab nak kasik kerja berjalan tapi aku tak macam tue..lembik sikit aku nie..haha.dan aku telan lagi dos2 yang kawan aku kata aku nie kurang inilah,itulah..at least i'm doing my best although it maybe not for others, bukan macam orang lain yang tahu cakap kononnya tahu yang mana terbaik tapi sayangnya mulut aje bergerak tapi kerjanya kosong...

Wey,terima kritikan tue?

Funny, the things i learned about leadership is not about talking BUT listening!!
Ape-apelah! yang penting objektif tercapai...~peh~

Wednesday, March 15, 2006

Breakaway+scientific meeting

Image hosting by Photobucket



Sape berminat sila contact ppim_student chapter di lokaliti masing2...kalau tak tau,boleh tanya aku...Bayaran untuk student rm100..dan maybe akan tidur di usm kubang kerian..(yeyeye,boleh jalan2)..hey lagi murah dari perhimpunana PMPM yang berharga rm150 di port dickson...

owh,wakil kamu tu memilih bulu yek?Hanya memilih kroninya sahaja?Hanya kerana kamu tak begitu islamik..sepak aje wakil ppim kamu tue...dia tak tau betapa tingginya ilmu dan amal kamu kerana mana dia tau,dia bukan kawan baik kepada malaikat kanan dan kiri kamu pun...

Aku memang bengang dengan sikap terlalu memilih orang untuk pergi...itu membuatkan orang lain terlalu takut nak komited..ala,setakat umum2 aje,bagilah pergi...takpe...tak rugi pun...kalau tak cukup tempat,aku cadangkan supaya supaya kamu sendiri pergi bawak kerusi ataupun karpet untuk mendengar ceramah..(haha,penganjur memang benci tapi sayang kat aku)

macam inilah,kalau kamu sendiri rasa bersalah kerana pergi ke program2 berbentuk islamik dan begitu ilmiah sedangkan kamu merupakan seorang yang pemalas dan tak begitu alim..tahniah aku ucapkan kerana kamu akan mencari sesuatu untuk meningkatkan diri kamu. Jangan rasa segan dan malu kerana sampai bila kita tak akan sempurna seperti superman mahupun batman...Jangan asyik cakap, "aku tak layak..bla..bla..bla"....nanti buang masa macam aku aje,dulu asyik segan inilah itulah...kan dah rugi banyak masa...sekarang aku dah tua,baru nak menyesal betapa tipisnya ilmu aku..

owh ye,aku bukanlah pelajar yang cemerlang dalam kelas aku walaupun doa aku dan usaha aku nak sangat jadi pelajar cemerlang sebab nanti aku tak delah segan nak pergi ke sana dan ke mari untuk menyertai program di sana dan di situ...Aku teringin sangat kalau dean aku pun tak pandang serong terhadap pelajar yang malas lagi tak berapa pandai(takdelah bodoh sangat,setakat nie tak pernah fail laa tapi tak terasa laa gred A+ mahupun B+) ini memberi sokongan terhadap aku...Maka, kalau aku pandai macam Amalina 17A1 tue,pasti bila aku kata ayuh,mari kita keluar berbakti kepada masyarakat,mesti berduyun2 orang nak ikut kata aku...Aku dengki kat Dr Latiff, Dr Muhaya, Dr jemilah, Prof Nasa, Prof Hamdan, Dr.Harlina, Dr. Musa (setakat mention few names aje) sebab dorang tue orang2 yang pandai dan sangat baik untuk spend masa bersama masyarakat....dan yang paling penting mereka berjuang kerana islam...

tapi last2,baru aku sedar, kalau aku tunggu aku nak jadi pandai macam tu,tunggu aku mati pun belum tentu aku dapat pergi mana2...Maka,aku buat aje apa yang aku mampu..

Ye,aku tujukan lagu ini kepada jiwa2 penakut tapi mahu berhijrah..


Breakaway-kelly clarkson


Grew up in a small town
And when the snow would fall down
I’d just stare out my window
Dreamin’ of what could be
And if I’d end up happy
I would pray


Trying hard to reach out
But when I tried to speak out
Felt like no one could hear me
Wanted to belong here
But something felt so wrong here
So I prayed I could break away


I’ll spread my wings
And I’ll learn how to fly
I’ll do what it takes
Till I touch the sky


And I’ll make a wish,
take a chance,
make a change
And break away


Out of the darkness
And into the sun
But I won’t forget all the ones that I love


I’ll take a risk,
take a chance,
make a change
And break away
Want to feel the warm breeze


Sleep under a palm tree
Feel the rush of the ocean
Get on board a fast train
Travel on a jet plane
Far away and break away


Buildings with a hundred floors
Swinging round revolving doors
Maybe I don’t know where they’ll take me but
Gotta keep movin’ on movin’ on
Fly away break away


I’ll spread my wings
And I’ll learn how to fly
Though it’s not easy
To tell you goodbye


I gotta take a risk, take a chance make a change
And break away
Out of the darkness and into the sun


But I won’t forget the place I come from
I gotta take a risk, take a chance make a change


And break away
Breakaway






(Breakaway tu istilah masa dulu aku kat mrsm tu,masa amik gambar,kitaorg pandang tempat lain..haha..bagi aku,kita lakukankan perubahan..jangan terlalu skema dan rigid!)

Happy birthday!

Orang kata aku tak akan lama dengan dia,
orang kata hidup dia tak akan panjang,
orang kata aku akan cari yang lain,
orang kata aku tak akan setia,

Tapi dah dua tahun aku dengan dia, dia tetap setia dengan aku menemani aku dalam panas dan hujan....




Dia dah tak sekacak dulu, dah berumur pun, dah tak up-to-date...Ayah aku offer yang baru,tapi aku cakap tak mau sebab aku nak tunggu habis lusuh dan tak berguna. Kalau boleh sampai aku kerja nanti,baru nak tukar handset baru walaupun handset mawi dah keluar...(p/s:aku tak minat mawi yek,tapi aku support malaysian's product!)..nak lawan shiena py handset...hahaha....

Haha,aku merapu lagi dengan kepala yang teramat pening...

Saturday, March 11, 2006

demam lagi


Doktor,
bisakah kau bersihkan
hati aku dari sebarang kotoran?
seperti malaikat bersihkan
hati Rasulullah ketika kanak2

Doktor,
Mampukah aku menjadi
setabah Nabi Ayub
walaupun diuji hebat
dengan penyakit dasyat?


Doktor,
Berikan aku sijil sakit
supaya aku dapat tenangkan
jiwaku yang kacau dalam
dunia yang kejam

Doktor,
apakah kau boleh menjangka
bila ajalku menjelang?
supaya aku dapat sediakan
kain kapan buat hatiku

-------------------------------------------------
Aku demam hari isnin, demam chill n rigor without any warning. Aku dah terbiasa dan kadang2 bosan dengan demam aku ini kerana acapkali menyerang aku setiap 2minggu sejak bulan7 (ada tue tak datang sampai sebulan dua..ikut suka hati laa).. tapi dalaa m masa 3jam,aku akan sihat seperti sediakala. Cuma orang takut tengok aku kerana badan aku akan mengigil dengan dasyatnya. Sejuk sangat2,sampai ke tulang..sakit...

Ketika aku demam tue,selalunya pasti ada perkara yang laghro aku lakukan...herm,kifarah dosa aku laa tue...aku terpikir,mampu kah demam aku yang banyak tue membayar hutang2 dosa2 aku yang banyak itu?pasti tidak...

Aku pun terpikir kenapa aku baru diuji dengan penyakit demam misteri ini terasa sengsara, sedangkan Sayyid abdullah Yasser itu ada bermacam2 sakit dengan penyakit cancer colon,rectum dan beberapa lagi cancer(tak ingat), Dia berkerusi roda tapi dia masih tak putus asa memperjuangkan Palestine demi Islam. AKu ni?Asik mengeluh sana sini aje. Aku terbayang wajah Khalifah instuite founder, Muhammad yang juga menghidapi lung cancer end stage dan doktor buat prognosis dia akan meninggal dunia setahun yang lepas .Aku pernah jumpa Muhammad, seorang berbangsa Inggeris mualaf. Dia mengenali Islam melalui sains (dia adalah professor saintis). Dia merasakan dia perlu habiskan setiap saat untuk Islam...mesti indah jika jatuh cinta dengan Tuhan...

Oh ye, pil yang cantik2 tu adalah ubat aku yang doktor prescribed untuk aku. tak tau napa banyak sangat. Alhamdulillah aku dah sihat =).aku dapat cuti 2hari tapi buat kenang2 ajelah..Leceh laa nak ponteng kelas nie...

herm,ada salah seorang teman ym aku mengatakan doktor ini hanya ubat secara zahir sahaja tapi bukan secara batin. Aku kecik hati sebab aku bukan dalam bidang agama. Nak wat macamana,dah rezeki aku disini. tapi tak bermakna aku tak berpeluang menghirup raihan selepas aku mati kan?

entahlah,makin takut jika difikirkan kelayakan utk tempah satu banglo di syurga firdausi...sangat2 tak layak langsung....

Friday, March 10, 2006

kenapa aku benci pre-judgement

aku benci pre-judgement
kerana tanpa pre-judgement, ada orang sudi gak ajak aku ke usrah buat pertama kali masa aku 1st year dulu. Ada gak roomate aku, Ain kat sekolah aku dulu sanggup kejutkan setiap kali subuh masa sekolah dulu untuk solat jemaah (sekolah aku tak wajib solat subuh berjemaah-saf sister cuma ada 5-10orang sahaja selalunya!) walaupun aku tau dia kecewa melihat aku jenis liat bangun. Aku tak nampak alim. Muka aku bukan jenis yang menenangkan walaupun mampu menceriakan. Aku tak pakai tudung labuh. Malah dulu aku lebih rajin pakai seluar berbanding baju kurung ke kuliah. Orang kenal aku dulu kerana aku bersikap ganas dan bersuara lantang dengan pelatnya. Ada orang sanggup memberi kepercayaan pada aku untuk melakukan beberapa tanggungjawab walaupun aku tak pernah jadi pengawas waktu sekolah dulu. Along dulu pun tak peduli pada pelat aku,selekeh aku,serabai aku tapi sanggup bersama2 aku untuk menerima kelemahan kelebihan aku.

Tapi lihatlah pada pre-judgement yang berlaku pada diri aku
Nama aku tak da dalam ingatan setiap kali kalau ada program kerohanian yang berjalan time aku dari dulu. siapa aku? aku nie tampak seperti budak tak berapa 'rohani'. dorang kata budak KL nie memang macam tu,sukar pada 'rohani'. Dengar walkman, lagu metallica. Sampaikan masa basuh baju pun aku dengar walkman. Perangai suka usik semua orang kat sebelah,kalau semut pun mati terkejut tengok aku. Setiap kejadian nakal yang berlaku dalam kelas aku, pasti nama aku yang dituduh melakukannya padahal aku tak terlibat sama sekali. Contohnya seperti ada budak perempuan buat prank call kat SEMUA klasmate laki aku dan berlakon menjadi doraemon,sailorman,mickey mouse dan semua karakter kartun ..ada ke patut diorg sebut nama aku first? Pernah dulu,time sekolah , klasmate laki aku kata aku nie master mind bagi setiap perkara membuli orang/kacau orang time birthday PADAHAL langsung takde aku kasi idea.

Maaflah, memang dalam blog,aku nampak macam skema(azie&shina kata macam baca karangan tingkatan 5--skema--) dan kalau tengok buku yang aku baca pun aku memang skema tapi kalau jumpa secara live, korg akan lihat betapa tahap terendah skema yang aku ada nie.

Ada potensi ke orang macam aku nie? Nak ke korg amik org mcm aku nie?Sudi ke orang yang suka gelak2 dan nakal?aku tak rasa naqibah aku sendiri pun percaya pada aku pada awalnya. ingat senang ke nak menyakinkan orang aku nie tak main2... tapi aku peduli haper orang nk pikir..aku tak tau malu nak belajar wpun tak nampak pada penampilan aku mahupun percakapan aku. Diorang tak berbicara dengan pemikiran aku. Aku biarkan mereka2 yang sibuk berkata2 itu pening dengan perangai aku. Aku tak pedulik

Aku menyampah pada pre-judgement
kerana aku hilangkan prasangka, aku nampak dunia ini lebih indah dimana perkara yang susah bagiku bukanlah impossible. Biar apa org nk kata, aku yakin aku dapat laksanakan tugas walaupun rintangan yang melanda. Yang penting,lakukan dengan terbaik dengan strategi yang tersusun.

Aku memang benci pre-judgement
kerana itu,kawan aku benci aku kerana dia salah anggap terhadap aku.dia tak tanya aku tapi dia tanya semua orang keburukan aku walaupun tak sahih. Nak mengamuk tapi malas. aku biarkan kawan2 aku yang lain pandai memilih daging2 aku untuk dimakan.yang baik,tak makan langsung. Aku benci jugak pada diri aku bila prasangka yang selama ini yang cuba aku padamkan dalam akal dan fikiran aku itu rupa2nya menjadi kenyataan.aku benci kerana aku kecewa pada prasangka.

Ape2lah...yang penting...

Only GOD know to judge me!
Aku cuba hilangkan pre-judgement dengan menjadi orang bersifat keterbukaan pada semua orang. Aku tak kisah kau aliran apa tapi aku menjadi konfius.
Yani pernah cakap dengan aku,
+budak2 jadi konfius dengan ajakan kau... kau ni ajak ke kau paksa
aku senyap sebab aku hanya 'ajak',bila org tu tolak, aku kata 'okies, no hal'...tiba2,ko kata aku paksa? celah mana?(kecuali nadirah,memang aku kena paksa dia sbagai orang yang lebih arif dari aku..mana boleh aku lawan taukeh!)....
Yani pun gelak,
+tapi kau kena ingat zek, kadang2 kita nie ajak benda yang baik,orang susah nak tolak..bila tolak sebab tak nak,dorang jadi segan...jadi untuk menjadikan alasan, diorang kata kita nie memaksa padahal kita just kata, "jom!"...jgn peduli dgn orang macam ni..
------------------------------------------
lemahnya diri aku ni...aku nak je jerit, "lagi senang keja kalau tak ajak orang lain..tak payah nak pikir lagi, transport,duit sms, suara...jimat suara dan minyak! Baik aku fokus kat diri aku sorang yang memang tercompang camping ilmunya dan amalnya tapi sanggupkan kita merasakan nikmat iman terindah ini sorang2?"
aku jakun,maaflah dan aku nak kongsi dgn kawan2 aku...
p/s:ye,aku nie takdelah baik sgt..harap maklum..
nak tau apa aku nie?
aku jahat,
tapi aku bukan setan
Aku baik
dan pasti bukan malaikat
Sudi tak kamu tolong aku
di dunia?
supaya kita tak menjadi musuh
di neraka?
Mahukah kamu menjadi rakan aku
sehingga ke syurga?

Friday, March 03, 2006

pergi tak kembali

Al-fatihah
pada Salahuddin Tan, ayah kepada klasmate aku,Nur hidayah yang mehembus nafas terakhir di wad ICU pada tengahari Rabu. Moga rohnya dicucuri dengan rahmatnya.

Muka rakan aku dan ibunya tenang dan redho terhadap pemergian orang yang tersayang. Aku pun sebenarnyta tak duga ayahnya pergi terlalu awal kerana baru minggu lepas,aku dan beberapa kawan aku pergi melawat ayah dia di wad haematology di hkl. Aku pernah pergi melawat arwah ketika arwah baru sahaja masuk ke wad. Bayangkan dalam masa 6minggu,berat badan ayahnya turun dari 72kg ke 54kg.Kurus tapi dalam ingatan aku,wajah arwah tersenyum melihat kami yang datang segerombolan. Arwah menghidapi non-hodgkin lymphoma yang sangat aggresive kerana dalam masa 2-3bulan sahaja, simptom baru muncul. Sememangnya Allah amat menyayangi arwah.

Aku berkesempatan untuk menghantar jenazah ke melaka petang rabu tu bersama2 nadirah,afni(kawan baik hidayah),anis dan juliana. Fida pun datang ke rumah arwah bersama2 ibu fida dan kakak fida. Aku insafi, aku jua akan mati suatu hari nanti. Dalam perjalanan ke Melaka yang mengambil masa 2jam(jem!),kami sempat berbual tentang hidup dan mati. Memang,kalau pergi hantar jenazah,solat jenazah..memang terlintas di fikiran, "macam mana ye aku mati suatu hari nanti? tenang tak orang2 yang kita tinggalkan? sempat tak nak bertaubat? macam mana di liang lahad kita masing2.? cukup ke amal jariah yang kita buat selamat ini?"

seram sejuk....

Arwah adalah seorang mualaf. Saat itu,aku merasakan Allah memang sayang pada arwah.Disitu aku melihat pertembungan budaya diantara melayu dan cina mahupun agama. Masing2 datang memberi penghormatan terakhir untuk arwah. Malah, kawan2 klasmate aku semua datang tak kira agama mahupun bangsa walaupun mungkin tak sempat menziarahi arwah itu sendiri.

Marilah kita mendoakan rahmatNya!

Aku pulang bersama2 aku dengan kereta aku yang macam power rangers itu. Bayangkan selepas makan di jambatan Air keroh(mak fida belanja-thanks!), kereta aku buat hal laa pulak...mati bateri..adoi, perjalanan tanpa lampu kereta mahupun lampu jalan di tengah2 hutan. Perjalanan yang jauh selama 2jam dengan lori2,bas2, dan kereta2 yang laju membuatkan aku tak henti kecut perut. Tingkap tak buka,apatah lagi air cond tapi aku memang rasa sejuk sangat kerana takut. masa tue, dah pikir macam2...muka depan surat khabar lagi tue...(?)..dengan amal2 yang aku tak buat lagi..lagi2 aku bawa 4anak dara orang. Dorang tak henti menenangkan aku... Alhamdulillah, kakak fida membantu aku tolong suluhkan lampu kat belakang kereta aku.

Sampai kampung baru dalam pukul 2pagi.

esok pagi,dalam pukul 7.45pagi,masa naik bas 11,aku hantar sms kat ayah aku,
"abah, nak savy?"

Hehe,jahat betul ada anak macam aku nie...nway,minggu nie aku balik rumah setelah lama tak balik...tak pergi khatibah kat keramat/kompleks damai...rindu sangat laa!

aku sayang mak ayah aku =)