
geng jelatek aku.
Setiap kali habes sesi usrah aku,tentu terasa mahu mnulisnya disini. tapi entah mgapa diantara malas dan malu (sambil terlupa), aku pun tak tulis. Aku kekadang memang malu terhadap diri aku yg sememangnya ranggi,batu&guling smp kkadang tu aku tak mau mgaku aku ikut usrah. Majoriti orang akan mgatakan budak2 usrah nie stok2 cliche tudung labuh,sopan,beradap dsb. Tapi aku kira, disebabkan aku jenis belasah dan aku tak pedulik apa orang pikir, Aku hargai Umi Nadiah, orang yang pertama kali ajak aku joiu usrah walaupun dia tau betapa 'batu&guling' diri aku. Aku tau,betapa kosongnya hati aku tanpa pgisian rohani dalam diri aku. Aku pelik nape ada orang boleh survive dalam uni tanpa ikut usrah/belajar agama. Aku tak pertikaikan,tapi tak terasa macam gersang ke? Lain orang,lain cara kut...
Salah sorang member usrah aku sms aku myatakan dia sedih kerana hatinya hitam kerana tak berpeluang pergi usrah yang lepas. Tapi aku hanya mbalas, mana mungkin hati hitam dapat merasa rindu pada perkara yang baik2? Huu, kadang2 nak organize usrah ni pening kepala,tapi aku percaya kalau nak,mesti ada seribu daya.
Usrah minggu lepas sememangnya best. masih segar dalam minda aku,berulang kali berputar dalam minda aku sendiri. Tentang ihsan. Mengikut hadis 17 dari hadis Nabawi mengatakan "sesungguhnya Allah telah mewajibkan berihsan (menyempurnakan sesuatu dengan baik) terhadap semua perkara." (riwayat muslim)
hadis tu sememangnya ada sambungan tentang hukuman bunuh dan juga pyembelihan binatang sembelihan. Begitu detail Islam mgajar kita supaya tidak berlaku p'aniyaan terhadap sesiapa pun. Yang aku tersentak, setakat mana aku mempunyai ihsan terhadap semua amal-amalan aku? Kalau ikut PAFA, memang mengatakan ihsan tu seolah-olah nampak Allah, dan/atau Allah nampak kita. Isk, kalau lah gitu, tak ke rasa takut menyelinap dalam jiwa?
Ihsan.ikhlas.
Carpe diem.seize the day.
kalau kita merasa ihsan, kita tak akan msia-sia waktu yang kita ada dengan main2. kita tak mbuang masa dengan bergossip. kita malu nak main game yahoo/terlalu lama tengok friendster profile rakan2 atau sibuk tanya gossip baru ikut YM pun. isk.isk.isk.
orang muslim tak seharusnya laghro. ustaz form 5 aku selalu ingatkan aku. tapi...gitulah,manusia yang penuh alasan mana mungkin senang berjaya? kejap lagi salah setan aaa,salah tekanan aaa,salahkan semua perkara melainkan diri sendiri.
dan stakat mana kita ada niat yang baik stiap kali buat satu perkerjaaan? Apakah aku mulakan kerja dengan bacaan bismilah? Apakah? apakah?
Kalau benar kita benar2 ada niat yang ikhlas dan sifat ihsan, mengapa kita dilanda cubaan,kita merasa sedih dan ktika kita dilanda kgembiraan,kita mengalami euphoric yang melebih2. susah aku nak cakap,sebab aku sendiri memang seorang yang penuh perasaan dan sensitif. Hyperanaesthesia kawan aku cakap. tapi itulah aku. aku kira, Allah yang titipkan perasan yang melebih2 dalam diri aku kut. mungkin aku yang sendiri kena control. hehehe..
Aku review kembali diri aku,dan blog aku. banyak benda yang aku kena baiki no doubt. Aku tgk tu, kekadang aku ni cakap aje lebih,tapi amalnya entah ke mana. sebab tu aku rasa elok menulis blog. Sekarang aku pelik mana semangat juang yang aku laung2kan dulu pergi mghilang? dimana sifat2 penyanyang dan cool aku pergi. Manusia berubah, no doubt. tapi mengapa kena mjadi mundur?
Dimanakah ihsan aku? mutabaah amal minggu ini adalah hafazan quran 2 surah pendek seminggu, mathurat at least 3x seminggu, puasa sunat at least 1x seminggu, qiyam at least 1x semingg, baca quran at least 2 pg setiap hari.
the next question is not how to induce but how to maintain it?
No comments:
Post a Comment