Takde benda dalam dunia adalah selamanya. Hatta harta sebanyak mana pun dan begitu tetap kita mencintainya tetap kita tak boleh bawak time dalam kubur nanti. Seperti mana kekasih hati,macam le boleh bawak teman time malaikat mungkar dan nangkir tanya soalan bocor kat kita nanti.Sayang tu memanglah sayang. Tapi kita harus tabah mlepaskan sesuatu untuk tegar membuat keputusan dalam hidup. Isk, kita semua ada impian sejak kecik,tapi tak kan kerana sayang tak register tu kita nak lepaskan. Sori sikit!
Haha-begitu panjang intro aku kali ini. Sebenarya aku nak cerita pasal kereta antik kesayangan aku itu. Jangan cakap aku tak sayang, banyak giller duit aku spend nak bayar sana-sini untuk kereta itu. Mahal nak repair tu sama status macam nak naik flight pergi balik naik airasia walaupun hakikatnya keta tu sebenarnya memang murah masa time ayah aku beli tue.
Macam biasa, family aku akan start blame aku sebab sangat tak memilih kereta time ayah aku tanya. Tue aaah, aku dah lah tak minat kereta, disuruh aku pilih kereta..mestilah aku nak keta comel2 dan tak relevan macam Kembara. Pastu bila ayah aku kata mahal, Aku kata okay aje kalau nak kasik aku kancil provided kalau first hand tapi macam biasalah, tetap mereka aku demand tinggi. Sob sob, kesian aku. aku letak kepercayaan kat ayah untuk pilih kereta terbaik dan ayah aku kasik keta proton saga yang dilahirkan 1991 tanpa tanya aku terlebih dulu. Aku tak nak jadik anak yang tak reti bersyukur lalu aku belasah aje walaupun seriously aku memang sangat naïve tentang kereta. Isk, aku memang tak minat keta. Lagi-lagi aku benci cikgu memandu aku yang gatal & malas lalu myebabkan aku tangguh amek lesen mmandu setahun.(apakah significant HOPI(history of presenting illness) aku ni?)
Dan nak tunggu repair sana sini dan sana dan sini,aku rasa memang cukup 9 bulan ibu mengandung sampai tempoh breast feed dia, memang sabar bebenar. Tapi sempat laa 2tahun hidup takde kereta dimana aku seringkali bergaduh dengan pakcik teksi yang cekik darah dan juga sempat berbaik dengan sorg abg teksi yang sanggup htr kitaorg wpun dia tgh drive keta perdana(tgh tak keja) dan pernah htr dari serdang ke puduraya. Sempat juga era berbasikal mencari makanan memandangkan semua cafe kat kolej kitaorg tutup.dan buat research tanpa mgunakan kereta.
Kenangan pertama terindah dengan kereta itu selepas tepat 7minit aku drive kereta itu (sambil sibuk tengok cd player-ya,aku jakun!), keta itu terhenti serta merta tanpa sebarang sebab(ada sebab tapi aku tataw). Mungkin doa Jamie yang kebetulan bersama aku termakbul. Ada ke patut impian Jamie adalah untuk lepak tepi lebuhraya akhirnya aku dapat menunaikannya? Jamie tak abes2 berterima kasih pada aku. Lama gak lepak kat lebuhraya damansara sambil menghirup udara malam bersama lori. Dan masa tu, sesungguhnya aku tak tau mana satu punat lampu kecemasan pun. Haha, habis semua keta hon aku. Tapi memang seronok gak lepak kat situ, sepatutnya aku mgambil gambar tanda bangga!
Keta aku yang diberikan nama Joyah tu memang hebat. Keberanian aku terbukti dengan drive tanpa lampu di tengah lebuhraya dari Air keroh, Melaka sampai KL di tengah malam buta sebab bateri aku decided not to work at that time tu. Dah lah aku bawak 4anak dara orang time tu. Bukan apa, niat aku baik. Aku nak ziarah ayah kawan aku yang baru meninggal malam tersebut. Dan bak kata kawan aku, hanya keta aku je yang available time tue. Serius aku takut..diselimuti dengan peluh2 sebagai penyejuk kerana air-corn pun takde. Masa tu memang bau benda pelik2. tapi aku rasa Allah sayang aku lebih dari aku sendiri jangka. Dan aku sampai, dengan keadaan selamat. Mungkin salah aku sebab ad-hoc tanpa bbincang dgn mak aku terlebih dulu (dah sampai tol, aku baru msg dia –typical aku!).
Owh, tu belum termasuk cerita tentang aku,shiena, azie & fana yang bercita-cita tinggi nak pergi Taman titiwangsa kerana nak lepaskan tekanan perasaan. Akhirnya memang terlepas stress sebab kena tolak keta itu di jalan yang sangat sibuk depan stadium dekat hkl kerana suddenly heat keta naik. Apa kehal nak hot flush aku pun tak tau. Mungkin dasar keta yang menopause (atau andropause?). Dan kami juga berpeluang untuk merasakan makanan yang paling tak sedap dalam dunia kat gerai berdekatan dengan tempat kejadian(kata aku yang paling tak memilih dalam makann-ertinya memang sangat-sangat-sangat tak sedap..kitaorg rasa 2sudu, buat muka kelat dan terus bayar..memang pjual tu terasa sgt terhina dengan kami)
Ada pulak tu, cerita kelakar lepas aku,fit,shiena,azie &fana kononnya nak tlg sorang mamat yang terlibat dalam accident tue, tapi tiba-tiba kereta aku tak boleh nak gerak kat depan grand season. Sangat gelabah lalu kami pun papah dia dengan berdarah-darah dalam keadaan hujan kuyup ke a&e kat hkl. Sedih giller sebab satu kereta yang sempurna pun tak nak berhenti tlg kami. Rakyat Malaysia kan ada mata, tapi dimanakah hati mereka? Sob sob.
Sekali lagi kereta aku dalam sejarah, ada ke patut keta tu mogok tak mau jalan tiba-tiba ketika aku sibuk cek program final revision utk senior aku berserta dengan program motivasi junior sebab aku kena in charge. Lalu aku pun sama-sama mogok dasar emosional merajuk dengan kereta sampai lah keta aku kena tow dengan dewan bandaraya. Dan ayah dan abang aku sekali lagi sama-sama tekanan perasaan bersama-sama aku.
Ada pula tu, ajaib…keta aku tu boleh mengeluarkan asap-asap berkepul sebab terlalu panas time aku & zt baru balik dari Uia melepak dengan si aisyah Dundee dan si hayati, kawan sekolah rendah aku. Ya,sessi pgambaran dilakukan sementara menunggu bantuan tiba,rujuk gmbr diatas..kereta tak bergerak masa tu, berlagak aje lebih. Siap kena tow tue. Ya, aku memang suka mderma pada towing company.
Keta aku tu juga pernah tercium bontot keta wira. Apantah kegersangan kereta itu? Aku pun tak tau, tapi time tu aku dengan Jamie&Nani tengah bergegas nak pergi meeting kat serdang sejurus selepas habes kelas lewat petang itu. Ya, aku lah salah seorang penyebab jem di tengah Jalan Tun Abdul Razak di kala semua orang baru nak balik opis. Remuk hati aku sampaikan aku menangis tengah jalan raya tengok si keta aku remuk. Iyelah, remuk sekali duit poket aku.
Bukan itu sahaja, dikalangan kawan-kawan aku..aku dikenali bersahabat baik dengan mekanik2 disekitar kl.Mekanik pun bila aku sebut nama proton, trus dorang recall, “owh, yang JCH 1755 tu”. Sangat glemer kerana banyak cekadak sampaikan mekanik2 sorg dah malas giller layan aku sebab berduyun-duyun masalah yang datang. (sama macam kes kedai cermin mata “owh,kamu yang power 1300 itu dan silau 400” dan aku tak akan dilupakn!)
Memang cerita aku dan kereta aku tu sebuah kisah yang lawak. Ada ke patut mekanik kat kg baru tu amek bateri kereta aku lalu melupakan aku terus walaupun beria-ria aku cuba contact dia balik tapi last-last sekali, aku mintak tlg kawan abg aku yg juga merupakan mekanik utk tlg baiki kereta aku. Buat malu muka aku aje sebab aku tak tau pun bateri tu telah hilang (mekanik kg baru tu baiki time aku kena p kelas,dia tak sempat bagitau aku lah tu dan strusnya semua orang sibuk berhari raya). Dah le kena marah giller dengan abang aku dan sekali lagi, aku pokai kerana kereta tersebut. Dan juga seterusnya membawa pada perangai aku yang sangat emosional sebab aku tersadai (lagi?) kerana ntah ape kebenda masalah keta tu time aku beria-ria nak p sambut birthday Dania & Razin kat rumah Pak ngah kat Lagong tu. Dah le tue, aku kena marah sebab lambat…pastu aku nekad untuk drive keta tu (lps keta tu decided to be a good car) yang jauh giller bersama aku dari Subang ke Selayang. Owh, time tu aku sangat emosional, lalu aku off handset aku.
The ultimate story of the keta aku yang panjang lebar ini, aku dapat merasakan rasa macam ne perasaan sipi2 kena accident terbesau. Tayar belakang belah kanan aku tiba-tiba pulak nak osteoarthritis nak interlocking joint (semangat orthopedic sungguh) dan terus break jem, lalu di lebuhraya LDP puchong itu lah aku hilang kawalan lalu hamper langgar sekurang2nya 5kereta sebelum kereta aku berputar2 di jalan raya dan sipi-sipi dilanggar dengan sebuah kancil putih.
HOI, INI MEMANG SERAM BERBANDING DUDUK KAT FORENSIC TENGOK 10MAYAT !
Keta tu banyak kali bawak kpd pgaduhan diantara aku,mak aku,ayah aku,abang aku dan kakak aku. Memang aku stress giller dengan keta itu. Dan sekarang I decided not to have car as I could not provide myself a new one and I rather enjoy walking here and there by using public transport. Walaupun macam sejam gak aku tunggu bas kat serdang station dengan Jamie last week dan mbuatkan aku mgamuk2 tgh jalan raya sebab ayah aku yang tak paham napa aku nak jual keta istimewa aku tu dan juga mak aku tak paham napa aku gatal2 nak jalan ke sana sini walaupun takde keta. Yang kelakar giller (aku rasa memang Allah nak kasik aku reda kemarahan aku sikit), ada konduktor bas tak kasik aku bayar duit tambang lalu suruh aku kasik no tepon, jika tak dia tahan aku tak kasik aku turun bas. stress stress.. adake patut, kalau muka aku macam bunga cinta lestari aku boleh terima aaah, tue aaa salah aku gak sebab tergelak dia buat lawak sepilok depan bas. Nasib kau aaa, aku adalah orang yang sangat mbosankan,mestilah aku pura-pura konfius dan terima kasih kerana belanja aku & Jamie.
Dan memang aku rasa Allah sangat sayangkan aku. Sikit pun aku tidak diapa-apakan.. kalau tak memang korang tak tau cerita pelik2 dari aku tentang kereta aku. Owh, balik tu, ada seorang pakcik yang baik hati tumpangkan aku pulang balik ke pintu rumah aku. Memang lah aku kena marah giller dengan mak aku sebab belasah balik dengan siapa-siapa. Dah instinct aku kata dia bukan penyagak (sebetulnya sebab jalan tu jem, aku takde kreadit nak roger sape-sape dan hujan lebat time tue). Aku takde pilihan tapi aku percaya Allah memang sayang aku. Sebenarnya few days tu aku memang dah rasa tak sedap hati, asek teringat pasal kematian aje – maklumlah, ayah kawan aku si Khairil Idham dan ibu kawan baik aku Akasya baru je meninggal dunia (alfatihah!)
Tapi keta itu bukan sahaja mendatangkan aku ujian bertubi-tubi, kereta itu sebenarnya aku bangga kerana aku tak pernah salah guna kereta itu. Aku tak pernah gunakan kereta tersebut pergi ke clubbing (haha-clubbing tu apa? Foot club?) atau pergi kuar dating (sebab takde bf – I think it’s a blessing ape!). Adalah satu dua tiga kali aku kuar carik makanan bersama2 kawan2 perempuan aku carik makanan kat bangsar atau wangsa maju tgh malam. Itu pun sebab nak jemput kak aidil, kawan aku yang datang dari JB pukul 2pagi untuk pergi meeting keesokkan harinya. Kelakar giller, 5orang (haruslah aku ajak si nadirah, nurul & dila untuk temankan aku yang suka melihat lampu kelip2 malam..aku penakut gak sebenarnya). Dan lagi satu special case dimana aku lepak dengan kawan2 ukm aku, si awie dan sai makan memandangkan mereka takde warung macam kg baru itu pukul 12malam.dan seterusnya aku demam sbb allergik pada angin malam (mmg tak boleh kuar tgh malam!)
Banyak kenangan manis dengan kereta tu, time-time aku pergi usrah ke rumah kak wan kat gombak bersama-sama si Jamie, nurul, azma, nadirah & asiah tiap2 hari Jumaat petang sampai malam masa aku 3rd year dulu kala. Keta tu yang bawa aku ke program dan meeting sana sini. Keta tu membawa pulang aku ke rumah dan mgangkut barang-barang aku ke sana dan ke mari.
Masa aku buat elektif kat hospital sultanah Aminah, JB pun aku angkut kereta itu. Memang tampan dan hensem betul keta tersebut kerana aku pernah terkunci dari dalam sebab aku excited tengok geng meha berlapan masa aku p utm untuk bermain badminton. (haha, aku memang gillerkan badminton!). Malu memang malu, tapi apa boleh buat. Tetap gagah perkasa walaupun mekanik kat JB kerut2 muka sebab dia kata alignment dan balancing keta aku hancus. Aku tak paham dan ayah aku kata okay kalau aku bawak slow. Aku & meha pulang 5jam (ya, aku mmg bawa slow giller) dari JB ke KL tanpa ada penghawa dingin, memang mencabar sampaikan rasa nak stop setiap r&r untuk mandi. Meha yang putih melepak kena sunburn yang sangat teruk, aku harap dia pakai fair&lovely supaya mak dia tak marah aku. Haha.
Owh, tambah sikit. Aku tak tau berapa laju aku bawak kereta tu sebab meter kereta tu dah lama rosak, tapi majority orang kata aku memang bawak macam aku ada bau-bau bacang dengan kura-kura. Sekali je aku dapat saman sebab aku rasa time tu kawan aku drive kejap kut.
Kereta itu sebenarnya memang banyak berjasa. Aff kata, setiap barang yang kita dapat sebenarnya adalah untuk dikongsi dengan orang sekeliling kita. Jadik aku mgunakn prinsip sapa-sapa nak guna kereta itu, dipersilakan guna tanpa rasa ragu2 dan tanpa bayaran. memang aa aku memang harap aku ada keta yang elok sikit utk kselesaan orang ramai, tapi itu yang aku dapat.
Aku harap ayah aku faham situasi aku macam mana. Keta tu memang buat aku stress. Benda-benda yang stress ni tak elok untuk kesihatan, duit boleh dicari tapi bukan kesihatan. Aku lebih rela sakit kaki sebab berjalan rather than masuk wad orthopedic sbb accident!3 tahun tempoh yang sangat singkat untuk ada multiple injury..tu yg aku tension giller walaupun aku jarang2 guna keta tersebut.
Mak kata dengan aku, beli ajelah keta baru. Aku kata aku malas nak pikir, kereta itu equivalent to stress and mana nak cekau duit! Mak aku cakap aku memang perlu keta, utk pergi prgm,usrah,shppg&balik rumah, kalau tak mmg myusahkan orang asek kena amek sana sini. Dgn selamba aku jawab, takpe…mak ada keta, nal ada keta, aff ada keta, abah ada keta, geng yah macam azie,fit pun ada keta, semua orang berebut nak beli kereta..public transport bersepah-sepah…marilah kita sama-sama sayangi alam sekitar dengan mgunakan kaki yang selama ini aku praktikan (disamping kerana aku takde duit nak isi duit minyak).
Sekian terima kasih.
Aku tak percaya ada orang baca kisah cinta aku bersama dia. Dah 4page. Kagum giller dengan korang! Dan juga aku tak percaya aku menulis kisah cinta aku pada pukul 3pagi padahal sepanjang hari semalam aku menjadi rajin di wad dan esok pulak kelas full.. persedian berlatih stay up kut. Hahaha (tulung!)
No comments:
Post a Comment