Usah merenung bulan lagi,
kerana mentari sudah menyapa aku
Af kata
kalau ceria matahari yang dipuja
jangankan lagi dirindu purnama
terangnya suluh matahati tidak betah dipandang,
kelamnya bulan tidak menyuluh tetapi masih dikenang.
jangankan kerana matahari bulan ditinggal
kerana sayap,kaki dilupa
Asiah kata
Usah dirindu pada bulan..
Indah khabar dr rupa..
dr jauh nampak indah bersinar..
hakikatnya cahaya bulan hanya reflexion dr cahaya matahari...
lupakan bulan kerana hanya pungguk rindukan bulan...
sebab pungguk itu tidak tahu permukaan bulan penuh dgn kawah2...
mkn *clinique belum tentu jadi licin....hahaha
Aku hanya jawab
Bulan diciptakan bukan hanya sekadar menjadi perhiasan cuma di langitSambung aku lagi.
tapi hadirnya menyuluh lampu pada malam hari
bagi panduan saat mentari menyinari tanah lain
tapi bulan lupa tanggungjawabnya.
kerana itu bulan berada di dalam kabus alpa.
memang ku sangkakan bulan itu cahaya hatiku,
tapi aku salah sama sekali.
aku bukanlah pungguk,bukan sama sekali rindukan bulan.
aku adalah pelayar mencari cahaya di atas cahaya!
------------------------------------------------------------Pergilah ke kaki pelangi mencari bahagia jika hujan tak
dapat kamu ertikan sebagai rahmatNya.Moga-moga kamu dapat memegang cinta,mbelai cahaya sambil melihat muzik. =)...
Tapi aku pilih untuk bermain dgn hujan bersama senyuman kanak2 yg membeku senjata dan mbuatkn langit terpeluk bintang bertakuk.
Kini aku baru faham mgapa bulan tidak pernah cuba mghapus
rindu si pungguk..
krn mentari dtg silih ganti bg peringatn mereka yg
sentiasa berani hidup selamanya disisiNya.Aku mahu jadi berani mmilih
hidup&matiku tetap disisiNya biarpun matahari di tgn kananku & bulan di
tgn kiriku.
*mmg aku tak nak delete,sbb sangat kelakar,okay!..saja je mulakan peperangan puisi tentang bulan. apa significantnya? hanya orang yang faham metafora tentang waktu malam waktu berehat. dan waktu siang ketika mentari datang, adalah waktu bangkit...dan aku tak nafikan,ada maksud benar-benar tersirat didalam kisah bulan itu.
Akhir kata,
Cinta itu rahmatNya, Sifatnya adalah kasih sayang dan ianya hadir untuk menambahkan keimanan. Kerana ianya dtg dari Allah swt yang Maha pengasih dan penyanyang.Bukan untuk merasa jauh dariNya, melainkan ianya hanyalah hasutan hasat dengki kebencian milik syaitan yg direjamjadi, jika fikirlah benar-benar tentang perasaan yang dititipkan dalam jiwa. mungkin hanyalah ujian dariNya. lebih baik menjadi seorang yang bosan, tunggul, orthodoks, sengal dan semua sifat-ifat yang memang tak boleh masuk majalah kosmopolitan DARI menjadi busur anak panah milik syaitan.
kesian, berlagak lawa-lawa, jadik seorang hot-stuff, kepit dgn pakwe jadik status macam tue aje?aku tak mgata.tapi kamu-kamu sendiri tau kebenarannya.kan? mahalkan diri bukan kerana ego,tapi nilai harga diri dan maruah agama melebihi dari keinginan hati,BUKAN?
inni akhafullah.
nasihatilah aku jua.kerana aku bukan angkasawan mahupun makhluk asing!
hehe.smlm aku mborong 3buku. tariq ali's kitab salahuddin (sememangnya hero aku). Tuhan manusia - faisal tehrani (tgk, aku mmg asek terbeli aje buku faisal.siap le kalau tak sedap!) dan atas nama cinta- isa kamari (haruslah!). Impian palestine hasil Randy aku tak abes baca lagi. Makin melampau-lampau rajin aku membaca buku ini. huhuhuhuhuhuhu.....tanya peripheral nerve karang terngaga aje..
No comments:
Post a Comment