Tuesday, March 04, 2008

cerita sebenar

Zakiah sebenarnya tengah stress sangat...
tadi kena marah lagi. asek kena marah aje dengan lecturer
zakiah tadi kena serangan petit mal.
tak tau ape yang blur.
tak tau ape yang low self confident sangat ni
tak tau ape yang malas nak mampus nak belajar.

zakiah tau
zakiah bukan darjah dua
yang boleh main2 atau menari2 atas meja
yang boleh tak payah belajar langsung pun still boleh score
sekarang bukan zaman macam tu
sekarang zaman pulun nak mati pun belum tentu boleh lulus.

zakiah tau
zakiah sepatutnya belajar
tapi bosan bila bukak buku
bila buat short case
semuanya nak short cut
bila buat long case
nape history tak smooth macam dulu
bila lecturer naik suara sikit
zakiah terus rendah suara..

zakiah tau
berdosa kalau tak belajar
khianat pada negara kalau bermalas-malasan
menipu pada diri sendiri kalau selalu bagi alasan.

zakiah tau
zakiah takde alasan untuk bermalas-malasan
walaupun rasa macam mata tercabut setiap kali mbaca (which is true!)
walaupun tension bergaduh dengan sorg member yang tak reti nk mintak maaf lepas dia dah marah aku secara sms dan sekarang apa yang dia nak cakap ikut handphone orang lain-like hello, sangat tak beradap!susah sangat ke nak mintak maaf? lepas zakiah mcm orang bodoh turunkan ego mintak maaf just want to save the relationship
walaupun zakiah memang malas.
walaupun sangat sengkek-agent zakiah dah carik aku sebab duit dalam bank still rm8.91
walaupun still bengang kena panggil obes dengan kawan sekelas.
walaupun ada org tipu zakiah even from the start
walaupun dari dulu, zakiah memang jarang giller study tapi still able maintain..tapi sekarang macam everything is not right in my study.
walaupun still kena complain comot dengan geng
walaupun 4 jerawat still tak nak hilang wakaupun dah nak masuk 2bulan.
walaupun zakiah rasa spatutnya zakiah patut jadik penulis buku, pgembara, atau orang komputer atau suri rumah sahaja.
walaupun maksud zakiah adalah pandai.tapi sekarang macam sgt laa tak kena..macam 'azakiah'

jangan ada orang complain mcm2 yang apa yang spatutnya zakiah jadi.
zakiah nak jadi diri sendiri.
zakiah nak boleh ketawa berdekah2
zakiah nak jadik bold. ikhlas dalam berkawan.
zakiah nak main kejar-kejar

zakiah tak nak jadik serius dan berkerut
sehingga ramai giller tegur, "u hv changed!"

tapi zakiah tau umur dah lanjut.
kejap lagi ada orang bising zakiah nak main rollerblade.
zakiah tak nak jadik orang tua yang serius.
zakiah tak nak berhenti ketawa kerana tak ingin mjadi tua.

sekarang zakiah cuma nak ada kat rumah, duduk dalam selimut.
tak pun zakiah nak pergi panjat gunung sambil minum nescafe panas.
tak pun zakiah nk duduk lepak kat mekah
tak pun zakiah nak jadik orang yang ikhlas,dan tak kena marah.
-------------
serius,aku stress
doakan professional xm ni aku lulus......tu je yang benar2 aku mahukan.walaupun penat aku terangkan kat mak aku, hal duit,hal jodoh, hal politik..semua aku tak nk pikir langsung. buat stress je...waaaaaaaaaaaa~

aku terbaca artikel how to reduce stress--1. learn to say no...aku rasa ini masalah terbesar aku..selalu gitu.semua benda pun aku try nk adjust diri aku sendiri so able to say yes to everything...aku kena blajar mcne nk kasi priority

failure is not an option!

No comments: