Monday, December 31, 2007

ihsan


geng jelatek aku.

Setiap kali habes sesi usrah aku,tentu terasa mahu mnulisnya disini. tapi entah mgapa diantara malas dan malu (sambil terlupa), aku pun tak tulis. Aku kekadang memang malu terhadap diri aku yg sememangnya ranggi,batu&guling smp kkadang tu aku tak mau mgaku aku ikut usrah. Majoriti orang akan mgatakan budak2 usrah nie stok2 cliche tudung labuh,sopan,beradap dsb. Tapi aku kira, disebabkan aku jenis belasah dan aku tak pedulik apa orang pikir, Aku hargai Umi Nadiah, orang yang pertama kali ajak aku joiu usrah walaupun dia tau betapa 'batu&guling' diri aku. Aku tau,betapa kosongnya hati aku tanpa pgisian rohani dalam diri aku. Aku pelik nape ada orang boleh survive dalam uni tanpa ikut usrah/belajar agama. Aku tak pertikaikan,tapi tak terasa macam gersang ke? Lain orang,lain cara kut...

Salah sorang member usrah aku sms aku myatakan dia sedih kerana hatinya hitam kerana tak berpeluang pergi usrah yang lepas. Tapi aku hanya mbalas, mana mungkin hati hitam dapat merasa rindu pada perkara yang baik2? Huu, kadang2 nak organize usrah ni pening kepala,tapi aku percaya kalau nak,mesti ada seribu daya.

Usrah minggu lepas sememangnya best. masih segar dalam minda aku,berulang kali berputar dalam minda aku sendiri. Tentang ihsan. Mengikut hadis 17 dari hadis Nabawi mengatakan "sesungguhnya Allah telah mewajibkan berihsan (menyempurnakan sesuatu dengan baik) terhadap semua perkara." (riwayat muslim)

hadis tu sememangnya ada sambungan tentang hukuman bunuh dan juga pyembelihan binatang sembelihan. Begitu detail Islam mgajar kita supaya tidak berlaku p'aniyaan terhadap sesiapa pun. Yang aku tersentak, setakat mana aku mempunyai ihsan terhadap semua amal-amalan aku? Kalau ikut PAFA, memang mengatakan ihsan tu seolah-olah nampak Allah, dan/atau Allah nampak kita. Isk, kalau lah gitu, tak ke rasa takut menyelinap dalam jiwa?

Ihsan.ikhlas.
Carpe diem.seize the day.

kalau kita merasa ihsan, kita tak akan msia-sia waktu yang kita ada dengan main2. kita tak mbuang masa dengan bergossip. kita malu nak main game yahoo/terlalu lama tengok friendster profile rakan2 atau sibuk tanya gossip baru ikut YM pun. isk.isk.isk.

orang muslim tak seharusnya laghro. ustaz form 5 aku selalu ingatkan aku. tapi...gitulah,manusia yang penuh alasan mana mungkin senang berjaya? kejap lagi salah setan aaa,salah tekanan aaa,salahkan semua perkara melainkan diri sendiri.

dan stakat mana kita ada niat yang baik stiap kali buat satu perkerjaaan? Apakah aku mulakan kerja dengan bacaan bismilah? Apakah? apakah?

Kalau benar kita benar2 ada niat yang ikhlas dan sifat ihsan, mengapa kita dilanda cubaan,kita merasa sedih dan ktika kita dilanda kgembiraan,kita mengalami euphoric yang melebih2. susah aku nak cakap,sebab aku sendiri memang seorang yang penuh perasaan dan sensitif. Hyperanaesthesia kawan aku cakap. tapi itulah aku. aku kira, Allah yang titipkan perasan yang melebih2 dalam diri aku kut. mungkin aku yang sendiri kena control. hehehe..

Aku review kembali diri aku,dan blog aku. banyak benda yang aku kena baiki no doubt. Aku tgk tu, kekadang aku ni cakap aje lebih,tapi amalnya entah ke mana. sebab tu aku rasa elok menulis blog. Sekarang aku pelik mana semangat juang yang aku laung2kan dulu pergi mghilang? dimana sifat2 penyanyang dan cool aku pergi. Manusia berubah, no doubt. tapi mengapa kena mjadi mundur?

Dimanakah ihsan aku? mutabaah amal minggu ini adalah hafazan quran 2 surah pendek seminggu, mathurat at least 3x seminggu, puasa sunat at least 1x seminggu, qiyam at least 1x semingg, baca quran at least 2 pg setiap hari.

the next question is not how to induce but how to maintain it?

Friday, December 28, 2007

congrats!


congrats nenet & fariz.
waaahhh-seriusly, adik2 aku ni memang rajin2 dan pandai2 rupanya..hoho-haritu,si yiz alhamdulillah dapat score 3.67 for matrix which i assumed mmg gempak sbb dia tu actually gelabah sangat lps fail paper chemistry utk ujian pertengahan sem,tapi yang lawaknya dia p hantar sms kat mak&abah "sori,yiz tak dapat beat kakyah".busuk betul. harap2 2nd sem pun yiz dapat score giller wpun sekarang tgh confuse tataw nak jadi apa.

si zt ni sebenarnya aku dah agak pun dapat pmr 9A alhamdulillah...sebab dia memang semangat wajar dan dia berani cek kertas exam dia. hoho-tak pernah aku buat gitu.kawan2 dia majority pun rajin2 & score pun. cet dia dapat beat aku dalam 2 bahasa yakni bahasa arab(mmg aku tak pernah blajar pun!) dan juga bahasa melayu!.haha.syukur alhamdulillah..semoga bpanjangan kjayaan itu!

owh,insaflah wahai kakaknya yang pemalas...lagi 5 bulan lagi nak exam,tapi asek sibuk laghro sana sini..tulung tulung..aku risau tapi aku benci pada aku yang redundantly ulang ksalahan aku sendiri.


Fify selesai tamat stage bujangnya bulan lepas. aku dan juga konco2 balik pulau turun padang p majlis kawennya di kuala pilah (owh,penat mulut aku duduk dgn si nina,shiha dan encik driver syamsul azmir ). Congrats fifi si kakak koop, budak kelas m dan juga budak belantara...huhu..apesal semua takde kena mgena dengan aku ni?haha. nama pun skoolmate,kita raikan aje deh! gambar banyak lagi kat azmir's fotopages dan malik's fotopages

COngrats gak to both of 2 bestfriends yang nak getting married next year. Si Akasya insyallah akan bernikah 5january kat masjid tanah(ye,kalau aku rajin, aku update pic!) dan juga awie insyallah btunang kat shah alam next january dan insyallah kahwen lepas pro xm dorg dalam bulan 6. last 2 weeks sempat aku lepak dengan budak dua orang tu sejak sekian lama tak berjumpa. yang kelakarnya macam biasa,tido pukul 3pagi. Lepas aje si kasya abes keja,she pick me up kat hostel aku pastu p belanja aku mcD dan seterusnya mnunggu cik Awie kat komuter serdang. Akasya siap bawak ke rumah baru dia yang canggih manggih kat kajang tu, then p taman warisan. dan pertama kali aku jejak kaki ke karoake melalak budak2 ni mgajak. aku layan aje wpun aku merupakan suara paling ^sigh^ tak sedap langsung. then p sleepover kat rumah bujang kasya kat

Si rosma dan azfar insyallah bulan 2 ni,dan juga zahrah dgn Dr.shah (do i get it rite?) this 9th February.

Yahoo-ramainya kawen,biar setan nangis!keh keh keh!

p/s: sekarang aku nak restricted internet. entry ini ditulis dalam 20minit sahaja. dan juga fs gak aku kena kurangkan.huhuhuhuhuhuhuhuhuhu!

Wednesday, December 26, 2007

Sesal


Aku tak akan pernah sesal tentang hidup aku, tentang masa lalu aku.
Aku rasa setakat ini takdelah aku sia-siakan lagi.kerana tiada apa yang lebih baik dari apa yang terjadik!

Ada gak perkara yang aku sesal
- naik suara dengan mak ayah aku.
we took things for granted, sedangkan dorang dah jaga kita sejak kecik dan sedikit pun tak mintak dibalas. aku rasa macam jahat gak kalau aku bermalas-malasan tidak tolong mak buat keja,tp mak aku tu mcm enjoy masak dan kemas rumah. lagipun sebenarnya aku jarang2 dulu balik rumah cuma few weeks ni,aku mmg sedar giller2 yang betapa aku memang pemalas.skill2 aku yg teruk nak handle rumah macam masak dan kemas bertambah teruk. Dan bila aku fikir balik,aku tak sepatutnya demand macam-macam dengan ayah aku dan berkira-kira mintak dia bayar balik duit dia itu ini sedangkan dari kecik dia mcari rezeki. susah.bukan senang nak jadik parents sebenarnya, jaga hamster yang senang tu pun aku memang malas nak kepuk2 dia..bayangkan mak ayah jaga kita dari kecik,giller susah!.kadang2 bila emosional mguasai ni,memang susah.,,sememangnya kita tak boleh nak mghukum orang,tapi bila emosional mguasai..gitulah jadilah..derhaka pada ibu bapa ni memang dosa besau.hukhuk!

- mengumpat orang
tak baik btul mgumpat orang.sebab semua orang ada kelemahan,aku pun manusia penuh kelemahan. dah le berdosa, nak mintak maaf pun susah..huhu,tapi benda yang aku betul2 tak nak terjadik pada diri aku ialah menjadi orang yang aku umpatkan tersebut...huhu,(jadik korg2 maafkan aku yek!).mulut aku takde insuran,tapi aku rasa aku takde niat buruk kat orang pun!!

-tak jadik kurus
huargh,aku suka makan,macam ne nak jadik berat badan ideal. macamne aku nak keja dengan patient mgatakan ayat2 manis pada awalnya tapi kejam pada akhirnya seperti 'awak sebenarnya cantik' TAPI awak perlu turunkan berat badan'...stress aku,being ugly is not a crime anyway..aku dah naik 2kg lepas operation sebab hampir tiap2 hari aku balik rumah dan makan sedap2 mak aku masak.tak mau ada diabetes mellitus,hypertension,stroke dsb dimasa hadapan.

-tak jadik rajin belajar
Jarang giller orang kata aku rajin belajar. Hoho-sampai sekarang,nama aku dicalonkan sebagai pelajar paling malas dalam batch aku. huhu,bukan takde kesedaran tapi aku selalu tertidur ketika cuba belajar. susah nak fokus. memang aku sedar aku took things for granted sebab aku tak pernah fail wpun sekali....tapi aku tak cemerlang pun..teringin gak nak dengar lecturer aku puji, "good".tapi apa yang pernah aku dapat, "zarina, u shouldnt draw cartoon in ur lab report!" or " i think u dont hv big D (displince),dat's why u couldnt get A" (padahal orang giller study pun tak dapat). "muka awak ni memang kompem muka budak nakal". "nape awak mmg susah nak fokus time belajar,awak pikir apa?". huargh. huargh.

-emos
ye,aku orang penuh emosi dan semuanya tertulis pada wajah aku.TAPI aku dapati BUKAN semua orang pandai menaksirkannya. aku sedar aku emos,tapi dalam masa yang sama,aku takde dendam!pemarah bukan sifat aku.lalalala.senang emos,senang cool down.huhu..

- minat orang
memang menyesal giller. tak macho langsung. tapi aku takleh nak denial yang aku manusia biasa,normal...tapi aku tak myesal sebab aku tak cuba langsung wpun ada segelintir kawan aku kata aku pgecut. tak kuasa nyah nak layan. lagi2 aku myesal sebab org yg aku minat tu memang tak best langsung!nasib baik sekarang aku dah taubat,nak fokus pada benda2 yang lebih awla

-tak serius belajar agama
hidup tanpa agama adalah hidup lebih rendah dari anjing polio.aku rasa patutnya aku patut hafal alquran,hafal hadis, tau bahasa arab dsb..tapi huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhu...entahlah,iman senipis kulit bawang, aku bukan kulit
bawang lagi nie,dah macam immatured cell aje!.

aku harap aku insap.dan bertaubat.argh,btapa mansianya aku!!!!

Wednesday, December 19, 2007

aku dan kereta antik aku


Takde benda dalam dunia adalah selamanya. Hatta harta sebanyak mana pun dan begitu tetap kita mencintainya tetap kita tak boleh bawak time dalam kubur nanti. Seperti mana kekasih hati,macam le boleh bawak teman time malaikat mungkar dan nangkir tanya soalan bocor kat kita nanti.Sayang tu memanglah sayang. Tapi kita harus tabah mlepaskan sesuatu untuk tegar membuat keputusan dalam hidup. Isk, kita semua ada impian sejak kecik,tapi tak kan kerana sayang tak register tu kita nak lepaskan. Sori sikit!

Haha-begitu panjang intro aku kali ini. Sebenarya aku nak cerita pasal kereta antik kesayangan aku itu. Jangan cakap aku tak sayang, banyak giller duit aku spend nak bayar sana-sini untuk kereta itu. Mahal nak repair tu sama status macam nak naik flight pergi balik naik airasia walaupun hakikatnya keta tu sebenarnya memang murah masa time ayah aku beli tue.

Macam biasa, family aku akan start blame aku sebab sangat tak memilih kereta time ayah aku tanya. Tue aaah, aku dah lah tak minat kereta, disuruh aku pilih kereta..mestilah aku nak keta comel2 dan tak relevan macam Kembara. Pastu bila ayah aku kata mahal, Aku kata okay aje kalau nak kasik aku kancil provided kalau first hand tapi macam biasalah, tetap mereka aku demand tinggi. Sob sob, kesian aku. aku letak kepercayaan kat ayah untuk pilih kereta terbaik dan ayah aku kasik keta proton saga yang dilahirkan 1991 tanpa tanya aku terlebih dulu. Aku tak nak jadik anak yang tak reti bersyukur lalu aku belasah aje walaupun seriously aku memang sangat naïve tentang kereta. Isk, aku memang tak minat keta. Lagi-lagi aku benci cikgu memandu aku yang gatal & malas lalu myebabkan aku tangguh amek lesen mmandu setahun.(apakah significant HOPI(history of presenting illness) aku ni?)

Dan nak tunggu repair sana sini dan sana dan sini,aku rasa memang cukup 9 bulan ibu mengandung sampai tempoh breast feed dia, memang sabar bebenar. Tapi sempat laa 2tahun hidup takde kereta dimana aku seringkali bergaduh dengan pakcik teksi yang cekik darah dan juga sempat berbaik dengan sorg abg teksi yang sanggup htr kitaorg wpun dia tgh drive keta perdana(tgh tak keja) dan pernah htr dari serdang ke puduraya. Sempat juga era berbasikal mencari makanan memandangkan semua cafe kat kolej kitaorg tutup.dan buat research tanpa mgunakan kereta.

Kenangan pertama terindah dengan kereta itu selepas tepat 7minit aku drive kereta itu (sambil sibuk tengok cd player-ya,aku jakun!), keta itu terhenti serta merta tanpa sebarang sebab(ada sebab tapi aku tataw). Mungkin doa Jamie yang kebetulan bersama aku termakbul. Ada ke patut impian Jamie adalah untuk lepak tepi lebuhraya akhirnya aku dapat menunaikannya? Jamie tak abes2 berterima kasih pada aku. Lama gak lepak kat lebuhraya damansara sambil menghirup udara malam bersama lori. Dan masa tu, sesungguhnya aku tak tau mana satu punat lampu kecemasan pun. Haha, habis semua keta hon aku. Tapi memang seronok gak lepak kat situ, sepatutnya aku mgambil gambar tanda bangga!

Keta aku yang diberikan nama Joyah tu memang hebat. Keberanian aku terbukti dengan drive tanpa lampu di tengah lebuhraya dari Air keroh, Melaka sampai KL di tengah malam buta sebab bateri aku decided not to work at that time tu. Dah lah aku bawak 4anak dara orang time tu. Bukan apa, niat aku baik. Aku nak ziarah ayah kawan aku yang baru meninggal malam tersebut. Dan bak kata kawan aku, hanya keta aku je yang available time tue. Serius aku takut..diselimuti dengan peluh2 sebagai penyejuk kerana air-corn pun takde. Masa tu memang bau benda pelik2. tapi aku rasa Allah sayang aku lebih dari aku sendiri jangka. Dan aku sampai, dengan keadaan selamat. Mungkin salah aku sebab ad-hoc tanpa bbincang dgn mak aku terlebih dulu (dah sampai tol, aku baru msg dia –typical aku!).

Owh, tu belum termasuk cerita tentang aku,shiena, azie & fana yang bercita-cita tinggi nak pergi Taman titiwangsa kerana nak lepaskan tekanan perasaan. Akhirnya memang terlepas stress sebab kena tolak keta itu di jalan yang sangat sibuk depan stadium dekat hkl kerana suddenly heat keta naik. Apa kehal nak hot flush aku pun tak tau. Mungkin dasar keta yang menopause (atau andropause?). Dan kami juga berpeluang untuk merasakan makanan yang paling tak sedap dalam dunia kat gerai berdekatan dengan tempat kejadian(kata aku yang paling tak memilih dalam makann-ertinya memang sangat-sangat-sangat tak sedap..kitaorg rasa 2sudu, buat muka kelat dan terus bayar..memang pjual tu terasa sgt terhina dengan kami)

Ada pulak tu, cerita kelakar lepas aku,fit,shiena,azie &fana kononnya nak tlg sorang mamat yang terlibat dalam accident tue, tapi tiba-tiba kereta aku tak boleh nak gerak kat depan grand season. Sangat gelabah lalu kami pun papah dia dengan berdarah-darah dalam keadaan hujan kuyup ke a&e kat hkl. Sedih giller sebab satu kereta yang sempurna pun tak nak berhenti tlg kami. Rakyat Malaysia kan ada mata, tapi dimanakah hati mereka? Sob sob.

Sekali lagi kereta aku dalam sejarah, ada ke patut keta tu mogok tak mau jalan tiba-tiba ketika aku sibuk cek program final revision utk senior aku berserta dengan program motivasi junior sebab aku kena in charge. Lalu aku pun sama-sama mogok dasar emosional merajuk dengan kereta sampai lah keta aku kena tow dengan dewan bandaraya. Dan ayah dan abang aku sekali lagi sama-sama tekanan perasaan bersama-sama aku.

Ada pula tu, ajaib…keta aku tu boleh mengeluarkan asap-asap berkepul sebab terlalu panas time aku & zt baru balik dari Uia melepak dengan si aisyah Dundee dan si hayati, kawan sekolah rendah aku. Ya,sessi pgambaran dilakukan sementara menunggu bantuan tiba,rujuk gmbr diatas..kereta tak bergerak masa tu, berlagak aje lebih. Siap kena tow tue. Ya, aku memang suka mderma pada towing company.

Keta aku tu juga pernah tercium bontot keta wira. Apantah kegersangan kereta itu? Aku pun tak tau, tapi time tu aku dengan Jamie&Nani tengah bergegas nak pergi meeting kat serdang sejurus selepas habes kelas lewat petang itu. Ya, aku lah salah seorang penyebab jem di tengah Jalan Tun Abdul Razak di kala semua orang baru nak balik opis. Remuk hati aku sampaikan aku menangis tengah jalan raya tengok si keta aku remuk. Iyelah, remuk sekali duit poket aku.

Bukan itu sahaja, dikalangan kawan-kawan aku..aku dikenali bersahabat baik dengan mekanik2 disekitar kl.Mekanik pun bila aku sebut nama proton, trus dorang recall, “owh, yang JCH 1755 tu”. Sangat glemer kerana banyak cekadak sampaikan mekanik2 sorg dah malas giller layan aku sebab berduyun-duyun masalah yang datang. (sama macam kes kedai cermin mata “owh,kamu yang power 1300 itu dan silau 400” dan aku tak akan dilupakn!)

Memang cerita aku dan kereta aku tu sebuah kisah yang lawak. Ada ke patut mekanik kat kg baru tu amek bateri kereta aku lalu melupakan aku terus walaupun beria-ria aku cuba contact dia balik tapi last-last sekali, aku mintak tlg kawan abg aku yg juga merupakan mekanik utk tlg baiki kereta aku. Buat malu muka aku aje sebab aku tak tau pun bateri tu telah hilang (mekanik kg baru tu baiki time aku kena p kelas,dia tak sempat bagitau aku lah tu dan strusnya semua orang sibuk berhari raya). Dah le kena marah giller dengan abang aku dan sekali lagi, aku pokai kerana kereta tersebut. Dan juga seterusnya membawa pada perangai aku yang sangat emosional sebab aku tersadai (lagi?) kerana ntah ape kebenda masalah keta tu time aku beria-ria nak p sambut birthday Dania & Razin kat rumah Pak ngah kat Lagong tu. Dah le tue, aku kena marah sebab lambat…pastu aku nekad untuk drive keta tu (lps keta tu decided to be a good car) yang jauh giller bersama aku dari Subang ke Selayang. Owh, time tu aku sangat emosional, lalu aku off handset aku.


The ultimate story of the keta aku yang panjang lebar ini, aku dapat merasakan rasa macam ne perasaan sipi2 kena accident terbesau. Tayar belakang belah kanan aku tiba-tiba pulak nak osteoarthritis nak interlocking joint (semangat orthopedic sungguh) dan terus break jem, lalu di lebuhraya LDP puchong itu lah aku hilang kawalan lalu hamper langgar sekurang2nya 5kereta sebelum kereta aku berputar2 di jalan raya dan sipi-sipi dilanggar dengan sebuah kancil putih.

HOI, INI MEMANG SERAM BERBANDING DUDUK KAT FORENSIC TENGOK 10MAYAT !

Keta tu banyak kali bawak kpd pgaduhan diantara aku,mak aku,ayah aku,abang aku dan kakak aku. Memang aku stress giller dengan keta itu. Dan sekarang I decided not to have car as I could not provide myself a new one and I rather enjoy walking here and there by using public transport. Walaupun macam sejam gak aku tunggu bas kat serdang station dengan Jamie last week dan mbuatkan aku mgamuk2 tgh jalan raya sebab ayah aku yang tak paham napa aku nak jual keta istimewa aku tu dan juga mak aku tak paham napa aku gatal2 nak jalan ke sana sini walaupun takde keta. Yang kelakar giller (aku rasa memang Allah nak kasik aku reda kemarahan aku sikit), ada konduktor bas tak kasik aku bayar duit tambang lalu suruh aku kasik no tepon, jika tak dia tahan aku tak kasik aku turun bas. stress stress.. adake patut, kalau muka aku macam bunga cinta lestari aku boleh terima aaah, tue aaa salah aku gak sebab tergelak dia buat lawak sepilok depan bas. Nasib kau aaa, aku adalah orang yang sangat mbosankan,mestilah aku pura-pura konfius dan terima kasih kerana belanja aku & Jamie.

Dan memang aku rasa Allah sangat sayangkan aku. Sikit pun aku tidak diapa-apakan.. kalau tak memang korang tak tau cerita pelik2 dari aku tentang kereta aku. Owh, balik tu, ada seorang pakcik yang baik hati tumpangkan aku pulang balik ke pintu rumah aku. Memang lah aku kena marah giller dengan mak aku sebab belasah balik dengan siapa-siapa. Dah instinct aku kata dia bukan penyagak (sebetulnya sebab jalan tu jem, aku takde kreadit nak roger sape-sape dan hujan lebat time tue). Aku takde pilihan tapi aku percaya Allah memang sayang aku. Sebenarnya few days tu aku memang dah rasa tak sedap hati, asek teringat pasal kematian aje – maklumlah, ayah kawan aku si Khairil Idham dan ibu kawan baik aku Akasya baru je meninggal dunia (alfatihah!)

Tapi keta itu bukan sahaja mendatangkan aku ujian bertubi-tubi, kereta itu sebenarnya aku bangga kerana aku tak pernah salah guna kereta itu. Aku tak pernah gunakan kereta tersebut pergi ke clubbing (haha-clubbing tu apa? Foot club?) atau pergi kuar dating (sebab takde bf – I think it’s a blessing ape!). Adalah satu dua tiga kali aku kuar carik makanan bersama2 kawan2 perempuan aku carik makanan kat bangsar atau wangsa maju tgh malam. Itu pun sebab nak jemput kak aidil, kawan aku yang datang dari JB pukul 2pagi untuk pergi meeting keesokkan harinya. Kelakar giller, 5orang (haruslah aku ajak si nadirah, nurul & dila untuk temankan aku yang suka melihat lampu kelip2 malam..aku penakut gak sebenarnya). Dan lagi satu special case dimana aku lepak dengan kawan2 ukm aku, si awie dan sai makan memandangkan mereka takde warung macam kg baru itu pukul 12malam.dan seterusnya aku demam sbb allergik pada angin malam (mmg tak boleh kuar tgh malam!)

Banyak kenangan manis dengan kereta tu, time-time aku pergi usrah ke rumah kak wan kat gombak bersama-sama si Jamie, nurul, azma, nadirah & asiah tiap2 hari Jumaat petang sampai malam masa aku 3rd year dulu kala. Keta tu yang bawa aku ke program dan meeting sana sini. Keta tu membawa pulang aku ke rumah dan mgangkut barang-barang aku ke sana dan ke mari.

Masa aku buat elektif kat hospital sultanah Aminah, JB pun aku angkut kereta itu. Memang tampan dan hensem betul keta tersebut kerana aku pernah terkunci dari dalam sebab aku excited tengok geng meha berlapan masa aku p utm untuk bermain badminton. (haha, aku memang gillerkan badminton!). Malu memang malu, tapi apa boleh buat. Tetap gagah perkasa walaupun mekanik kat JB kerut2 muka sebab dia kata alignment dan balancing keta aku hancus. Aku tak paham dan ayah aku kata okay kalau aku bawak slow. Aku & meha pulang 5jam (ya, aku mmg bawa slow giller) dari JB ke KL tanpa ada penghawa dingin, memang mencabar sampaikan rasa nak stop setiap r&r untuk mandi. Meha yang putih melepak kena sunburn yang sangat teruk, aku harap dia pakai fair&lovely supaya mak dia tak marah aku. Haha.

Owh, tambah sikit. Aku tak tau berapa laju aku bawak kereta tu sebab meter kereta tu dah lama rosak, tapi majority orang kata aku memang bawak macam aku ada bau-bau bacang dengan kura-kura. Sekali je aku dapat saman sebab aku rasa time tu kawan aku drive kejap kut.

Kereta itu sebenarnya memang banyak berjasa. Aff kata, setiap barang yang kita dapat sebenarnya adalah untuk dikongsi dengan orang sekeliling kita. Jadik aku mgunakn prinsip sapa-sapa nak guna kereta itu, dipersilakan guna tanpa rasa ragu2 dan tanpa bayaran. memang aa aku memang harap aku ada keta yang elok sikit utk kselesaan orang ramai, tapi itu yang aku dapat.

Aku harap ayah aku faham situasi aku macam mana. Keta tu memang buat aku stress. Benda-benda yang stress ni tak elok untuk kesihatan, duit boleh dicari tapi bukan kesihatan. Aku lebih rela sakit kaki sebab berjalan rather than masuk wad orthopedic sbb accident!3 tahun tempoh yang sangat singkat untuk ada multiple injury..tu yg aku tension giller walaupun aku jarang2 guna keta tersebut.

Mak kata dengan aku, beli ajelah keta baru. Aku kata aku malas nak pikir, kereta itu equivalent to stress and mana nak cekau duit! Mak aku cakap aku memang perlu keta, utk pergi prgm,usrah,shppg&balik rumah, kalau tak mmg myusahkan orang asek kena amek sana sini. Dgn selamba aku jawab, takpe…mak ada keta, nal ada keta, aff ada keta, abah ada keta, geng yah macam azie,fit pun ada keta, semua orang berebut nak beli kereta..public transport bersepah-sepah…marilah kita sama-sama sayangi alam sekitar dengan mgunakan kaki yang selama ini aku praktikan (disamping kerana aku takde duit nak isi duit minyak).

Sekian terima kasih.

Aku tak percaya ada orang baca kisah cinta aku bersama dia. Dah 4page. Kagum giller dengan korang! Dan juga aku tak percaya aku menulis kisah cinta aku pada pukul 3pagi padahal sepanjang hari semalam aku menjadi rajin di wad dan esok pulak kelas full.. persedian berlatih stay up kut. Hahaha (tulung!)

Thursday, December 13, 2007

tentang bulan

Aku sudah nekad. aku kata

Usah merenung bulan lagi,
kerana mentari sudah menyapa aku



Af kata
kalau ceria matahari yang dipuja
jangankan lagi dirindu purnama

terangnya suluh matahati tidak betah dipandang,
kelamnya bulan tidak menyuluh tetapi masih dikenang.
jangankan kerana matahari bulan ditinggal
kerana sayap,kaki dilupa


Asiah kata

Usah dirindu pada bulan..
Indah khabar dr rupa..
dr jauh nampak indah bersinar..
hakikatnya cahaya bulan hanya reflexion dr cahaya matahari...
lupakan bulan kerana hanya pungguk rindukan bulan...
sebab pungguk itu tidak tahu permukaan bulan penuh dgn kawah2...
mkn *clinique belum tentu jadi licin....hahaha


Aku hanya jawab

Bulan diciptakan bukan hanya sekadar menjadi perhiasan cuma di langit
tapi hadirnya menyuluh lampu pada malam hari
bagi panduan saat mentari menyinari tanah lain
tapi bulan lupa tanggungjawabnya.
kerana itu bulan berada di dalam kabus alpa.
memang ku sangkakan bulan itu cahaya hatiku,
tapi aku salah sama sekali.
aku bukanlah pungguk,bukan sama sekali rindukan bulan.
aku adalah pelayar mencari cahaya di atas cahaya
!
Sambung aku lagi.

Pergilah ke kaki pelangi mencari bahagia jika hujan tak
dapat kamu ertikan sebagai rahmatNya.

Moga-moga kamu dapat memegang cinta,mbelai cahaya sambil melihat muzik. =)...

Tapi aku pilih untuk bermain dgn hujan bersama senyuman kanak2 yg membeku senjata dan mbuatkn langit terpeluk bintang bertakuk.

Kini aku baru faham mgapa bulan tidak pernah cuba mghapus
rindu si pungguk..
krn mentari dtg silih ganti bg peringatn mereka yg
sentiasa berani hidup selamanya disisiNya.

Aku mahu jadi berani mmilih
hidup&matiku tetap disisiNya biarpun matahari di tgn kananku & bulan di
tgn kiriku.

------------------------------------------------------------
*mmg aku tak nak delete,sbb sangat kelakar,okay!..saja je mulakan peperangan puisi tentang bulan. apa significantnya? hanya orang yang faham metafora tentang waktu malam waktu berehat. dan waktu siang ketika mentari datang, adalah waktu bangkit...dan aku tak nafikan,ada maksud benar-benar tersirat didalam kisah bulan itu.

Akhir kata,
Cinta itu rahmatNya, Sifatnya adalah kasih sayang dan ianya hadir untuk menambahkan keimanan. Kerana ianya dtg dari Allah swt yang Maha pengasih dan penyanyang.Bukan untuk merasa jauh dariNya, melainkan ianya hanyalah hasutan hasat dengki kebencian milik syaitan yg direjam
jadi, jika fikirlah benar-benar tentang perasaan yang dititipkan dalam jiwa. mungkin hanyalah ujian dariNya. lebih baik menjadi seorang yang bosan, tunggul, orthodoks, sengal dan semua sifat-ifat yang memang tak boleh masuk majalah kosmopolitan DARI menjadi busur anak panah milik syaitan.

kesian, berlagak lawa-lawa, jadik seorang hot-stuff, kepit dgn pakwe jadik status macam tue aje?aku tak mgata.tapi kamu-kamu sendiri tau kebenarannya.kan? mahalkan diri bukan kerana ego,tapi nilai harga diri dan maruah agama melebihi dari keinginan hati,BUKAN?

inni akhafullah.
nasihatilah aku jua.kerana aku bukan angkasawan mahupun makhluk asing!

hehe.smlm aku mborong 3buku. tariq ali's kitab salahuddin (sememangnya hero aku). Tuhan manusia - faisal tehrani (tgk, aku mmg asek terbeli aje buku faisal.siap le kalau tak sedap!) dan atas nama cinta- isa kamari (haruslah!). Impian palestine hasil Randy aku tak abes baca lagi. Makin melampau-lampau rajin aku membaca buku ini. huhuhuhuhuhuhu.....tanya peripheral nerve karang terngaga aje..

Sunday, December 02, 2007

syahid

Tulang: jenal, kent dan jaja

powered by ODEO

vote at http://www.hotfm.com.my/hotfm_prelude.asp
Syahid (4'19")
Written & Arranged by: Jenal Zulia

Permaisuriku, dengarlah
Lagu ku tulis untukmu
Mungkin saat..
Kau mendengar lagu ini
Aku (telah) pulang ke sisi-Nya
Mungkin saat ini
Ku berada di syurga...
Usahlah kau menanti
Pergi ku tak kembali
Usahlah kau tangisi
Doamu di sisi

Oh..Tuhanku
Lindungilah
Kekasih ku yang satu
Sayangilah dia untukku

Maafkanlah diriku
Pergi tanpa relamu
Doakanlah untukku
Tempatku di sisi-Nya

Recorded at Kings Studio (Matahati) by Faizal aka 'Mamak Kings'.
Mixed at Studio 2105 by JD (Pop Shuvit)
Mastered at Sonique Productions by Nick Lee
Produced by : TuLanG

Syahid

Syahid is the first song to record as our first single. The song is a mid-tempo ballad rock, which in our opinion is the most commercial and radio-friendly song we have. Soon after the recording, we will 'urge' mainstreams radio station to play the song, with a view to be hit. Insya-Allah.

Amin.

Usahlah kau menanti,pergiku tak kembali,
Usahlah kau tangisi,doamu di sisi

The lyric inspired when Ken & Jaja's cousin, who also my friend, (arwah) Muzamil, was in coma for 2 days. Technically, he was still alive at the time, thanks to the life supporting machine, keep his heart pumping.

Soulfully, we all knew he was not there anymore.
Fatal accident took place in his workplace (factory in Rawang), where he falls from 3-meter high, after his unconscious (due to over-work and over-exhausted).
His head hit the ground first. As a result, a fatal damage on his brain. He was believed 'gone' at the point of accident.

Maafkanlah diriku,pergi tanpa relamu,
Doakanlah untukku, tempatku di sisi-Nya

What touches me the most was the arwah's sister, Aimi (see my featured friends list). While waiting in the hospital, she was the most optimist among all, keep telling us ;
"temperature badan dia dah naik sikit"
"badan dia ada gerak sikit-skit"
"makin panas badan dia"
"tak lama lagi, sedar la tu"
"kalau kita bisik kat telinga dia, dia dengar tu"


I couldn't stand anymore. It was so sweet. It was devastating. Knewing what was the end gonna be..

Oh Tuhanku, lindungilah kekasihku yang satu,
Sayangilah dia untukku

The song is specially dedicated to her. From him.
Al-fatihah.
Ahmad Muzamil bin Ahmad Hamidee ;1979-2004

written by Jenal Zulia

p/s: ^_^ faveret song aku sekarang nie....malah ringtone..ni macam version handzalah tapi tak berapa nasyeed sangat....aku suka.kerana ianya mberikan keadilan pada cinta.letak pada yang lebih tinggi..impian syahid ttinggi! yeay! tapi yang kelakarnya, zetty ngn aku prefer to be the hero in this song instead 'another hero' dedicated this song to us..kalau the another hero nak dedicated kat aku pun mesti aku sepuk sebab tak ajak aku siot!.hahaha...baru macho.dlm macho ada soft spot. mestilah! =p