Friday, July 06, 2007

Selamat tinggal, dunia




stress dengan kehidupan?
Benci dengan orang sekeliling?
tidak tahan dengan tekanan yang menjerut?
Ditinggalkan kontang-kanting oleh kekasih hati?
Tiap-tiap hari kena marah walaupun dah buat sehabis baik?

Ya, jom.aku ajak korang-korang semua mengucapkan, "selamat tinggal,dunia" secara beramai-ramai tanpa perlu masuk ke neraka.

eh?

laa, aku bukan suruh korg bunuh diri. Cuma jangan biarkan hati kita terlalu melekat lalu menjadi melekit pada dunia. Sebab tu kita ni selalu kecewa dengan itu-ini lagi2 kita sedih bila expectation orang lain kita tak dapat capai.

Nak aku list tentang kisah kesedihan manusia sampai membunuh diri? terlalu sia-sia.mati katak.tanamkan niat,kalau kita hidup nak ada gaya,MATI PUN MESTI ADA STYLE.

dan kita ada pilihan mestipun masa takde nak menyebelahi kita.Percaya kita ada pilihan untuk terus MACHO walaupun hidup ni dihina. Semuanya takpe,asalkan ada keyakinan kita masih punya Tuhan.

Apa?dah lama tinggalkan Tuhan?

Kau masih bernafas,masih hidup walaupun mungkin jiwa kau telah dimatikan kerana tiada rasa adanya Tuhan. Sekaranglah masanya,kita mengucapkan, "selamat tinggal, dunia.aku ada akhirat untuk dikejar".

Benar.aku sendiri stress.sebab aku diejek dengan kecacatan dan kelemahan aku.aku malu dengan diri aku yang tak best.tapi aku rasa,buat pe aku pedulik?haha.aku ada hidup dan mati aku sendiri untuk difikirkan.haha

Buat mereka2 merasa aku 'hilang' dalam dunia mereka.aku tak hilang.aku tak mati.cuma aku memberi peluang untuk aku bernafas dan fokus pada ilmu aku setelah 4tahun aku tak serius dalam belajar.baru pagi tadi,ada lecturer kata muka aku muka NAKAL. oho-biasalah tue,jarang orang kata muka aku muka baik atau skema.eh,tak pernah pun walaupun aku pakai spek tebal (jadik muka radhi oag pulak!).

Seperti kata Socrates, cari ilmu seperti mana kita mahu bernafas ketika kita lemas dalam air.layan ilmu seperti udara,bukan seperti makanan.

p/s: muka aku ni jahat sangat ke?

No comments: