
Bulan rejab dah tiba.tinggal lagi 2bulan lagi sebelum tibanya bulan ramadhan. Macam mana dengan persiapan diri kita masing2 nie? adeh. aku masih tak berubah. keadaan pun tak berubah.
Cuma aku hanya mahu bertanya pada sesiapa yg melintas ke site ini : APA KAU CARI DALAM HIDUP INI SELAIN DARI MENUNGGU SAAT KEMATIAN?
nak cari bahagia?
nak cari kawan2?
nak cari martabat?
nak cari ego?
nak cari cinta?
nak cari harta?
nak cari kerja?
nak kawen?
tak kekal.tak kekal.tak kekal.tak kekal.
Macam nielah. Sekarang, belajar betul2 untuk keja bagus2. makan senang. orang respek. hidup senang. kawen.dapat anak.dapat cucu.cicit. dan cicit2 kita pun sambung rantai sebagai manusia. then? pergi mana kalau tak alam barzakh.
Eleh, kalau macam tu, apa lainnya dengan seekor kambing?Kambing pun tak segan2 asek berzikir-kau?aku? aku tak kata salah menjadi makhluk..tapi apa yang kita bawa bersama kita? kosong.

maka, untuk apa? untuk apa?untuk apa? untuk apa?
maka.sila check n balance akaun akhirat masing2. uh-owh! (tanda seruan!)....
jadik, only short notes for u n me. satu persoalan yang aku rasa aku sendiri seringkali gagal mencari jawapan sejajar dengan amal. Teori tak seiring dengan praktikal. cakap tak serupa bikin. Podah!
Saidina Ali Karramallahu Wajhah
Saidina Ali Karramallahu Wajhah
"Kebaikan itu semuanya terhimpun dalam empat perkara: Percakapan, diam, pandangan, gerak.
Tiap2 percakapan yang tidak disertai dengan mengingati Allah adalah sia-sia, tiap-tiap diam yang tidak disertai dengan memikirkan kebesaran Allah adalah leka, tiap-tiap pandangan yang tidak disertai dengan pengambilan iktibar adalah lalai, tiap-tiap gerak yang tidak disertai penghambaan adalah kosong.
Semoga Allah merahmati hamba yang telah menjadikan percakapannya sebagai zikir, diamnya sebagai tafakur, pandangannya sebagai iktibar dan geraknya sebagai perhambaan, dan daripada lisan & tangannya, manusia mendapat kesejahteraan."
enough said.perhaps. Astagfirullah al-azim.
No comments:
Post a Comment