Saturday, March 31, 2007

mereka itu


Aku ingin menulis. tentang seminggu aku di bandar JB. Tapi aku pikirkan, letih untuk aku menaipnya. aku ingin menulis kisah2 pesakit yang aku kira boleh dijadikan sesuatu untuk kau dan aku termenung panjang. tapi aku kira, mungkin kau pun dah letih mengeja, mungkin lain kali.

Hari isnin, aku sudah gatal keluar ke konvo utm skudai sampai sesat sejam semata2 ingin bertemu dengan wa. tapi sayang sekali, wa ada hal. maka, merepek dengan meha dan ja'a lagi sekali. tidak bosan. tak tau mengapa. dan kini aku berada dalam bilik meha pada hari Jumaat malam ini, merapu lagi kerana aku kepingin main badminton pada pagi sabtu. dan aku rancang utk ke rumah nadirah, klasmate aku yang accident minggu lepas. Aku dah lawat dia. Dua kali. tapi aku asyik terlupa nak bawa 'buah tangan' setiap kali aku datang, jadik aku mau qadho buah2 aku-hehe,takdelah..aku suka je lepak ngn dia. Nadirah tidak boleh jalan untuk seketika, tunggu healing process. guna wheelchair. Restrictive movement. 10minggu cuti,jadi dia tidak perlu buat elektif. Aku masih bersyukur kerana keadaan dia takdelah teruk sangat berbanding dengan keadaan kereta wira dia yang hancur.. entahlah, nadirah tu kawan baik aku. sedangkan patient yang aku tak kenal pun aku rasa macam dekat di hati,apantah lagi kawan baik aku?

Salah seorang kawan aku di utm telah disahkan ada barah otak di dalam kawasan infratentorial region (bahagian bawah otak). Sebenarnya aku tak pernah berbual panjang dia lagi. cuma tadi aku jenguk dia di bilik dia. Dia kawan baik kepada kawan baik aku. kawan baik risau. Keadaan dia semakin teruk. Barahnya makin membesar. menekan2 sistem saraf yang lain. Menekan optic nerve yang menyebabkan medial rectus mata kanan tidak berfungsi. DIa menjadi juling. Diplopia (nampak 2 bayangan), blurring of vision. Jalannya tidak stabil. kerana tumour itu menekan2 kawasan cerebellum. menjadi ataxia. jalan terhuyung hayang. cara jalannya berubah. pening kepalanya masih belum hilang.dan tak pernah hilang. Doktor di hospital hanya mampu mengeluarkan sedikit ketumbuhan kerana tumour itu 'terselirat' dengan sistem saraf lain. mungkin mengakibatkan gangguan pada sistem pernafasannya. Namun, dia datang balik ke hostel. untuk jumpa kawan2nya. dan dia masih berasa bersalah kerana tidak mampu menjadi seorang pelajar. Dia pandai. bakal seorang engineer tahun ini. kawan2 baik dia seramai 7orang datang tanya aku. aku serba salah. kerana prognosisnya tidak begitu baik mengikut kajian (aku buka website untuk check). apa yang kami ada? hanya doa mengiringinya.

Ayah kawan baik aku, pakcik Jusri terlantar di ICU hospital serdang. kerana meningitis dan brain infartion. Keadaan tenat. Sawan beberapa kali sebelum coma selama seminggu. Baru rabu lepas, kawan baik aku menelefon menyatakan ayahnya sudah separuh sedar. Alhamdulillah, harap keadaannya semakin baik. Ayahnya itu merupakan end stage renal failure (ESRF) disebabkan diabetic nephropathy. Aku kenal anak2nya. Baik didikan agamanya. tarbiyahnya cukup. Aku cukup kagum dengan kesabaran anak2nya.

Ayah aku sendiri sakit. tapi tak begitu severe. ada urinary tract stone. harapnya sudah resolved! begitu juga dengan ayah sheena, baru sahaja operation kerana obstructive jaundice kerana bile stone. Alhamdulillah, keadaannya semakin baik!

Argh, begitu banyak cerita. tentang penyakit. tentang sakit. tentang orang disekeliling orang yang sakit. Itu semua cerita tentang orang2 yang penting dalam hidup aku. itu baru dalam seminggu. Keadaan aku yang tiap2 hari mendengar 'keluhan utama' (chief complain) kadang2 mbuatkan aku berfikir panjang. Aku sihat. tapi masih ada yang yang aku keluhkan setiap hari.

Namun, aku bingung. terhadap sebilangan manusia. yang mahu menamatkan hidupnya. dengan minum clorax, telan penadol 30 biji, terjun bangunan hanya semata kerana putus cinta. Sedangkan ajal itu telah ditetapkan, tak mati punyalah walaupun ada cubaan untuk awalkan kematian. kang jadik sakit, menghabiskan beras je asik kena admit ke hospital. Sedangkan Halle berry (pelakon hollywood-kalau kau tak tengok 'barat') pun teringat pada ibunya pada saat dia nak bunuh diri dalam kereta. Halle Berry kata betapa selfish (jual ikan) orang2 yang bunuh diri kerana tidak ingat pada jasa ibu bapanya sejak kecil. Itu pemikiran orang non-muslim. yang muslim? sudah tak ingat Tuhan ke? nak ke kat akhirat nanti, asyik terasa seksa minum clorax berulang2 kali kerana saluran pemakanan menjadi sempit?

Elektif di hsa, jb. keadaan berbeza dengan hkl. hkl teratur walaupun selama ni aku ingatkan serabut. Mentaliti pesakit pun berbeza. tidak tahu keadaan mereka itu bahaya. Nampaknya, medical education di Malaysia memang tak cukup. Aku mahu salahkan orang hiburan yang tidak mengambil berat tentang pentingnya mereka ini dan aku mahu sepuk orang medical yang tak mau masuk dalam bidang hiburan. yang tinggal hanyalah akademik fantasia yang berdebar2 nak menyanyi.

Aku suka HSA. kerana berada di tepi laut. rasa macam kat long beach, Miami setiap kali aku memandu menyelusuri jalan di sepanjang pantai Lido. yang kurang kereta sport dan cermin mata hitam! Bangunannya sedikit menakutkan. warna merah. teringat aku pada cerita kingdom's hospital.

p/s: doakan mereka-mereka ini semuanya dibawah lindugan rahmat Allah!... selawatlah banyak2. Selamat hari malidur rasul.....

mode lagu:~i wish he was here, next to me....n i miss him, so desperately~(outlandish feat sammi yussof's i have seen)

No comments: