"Kalau terasa hati terasa tak sedap tu, mungkin ketika itu, Iman bisik
rasa bersalah pada hati. Jangan didiamkan rasa bersalah itu, takut Iman terpadam. Dan rasa
bersalah itulah merupakan satu nikmat dan rahmat yang Allah kasi kepada kita,
maka hargailah...bukan semua orang dapat"
Nasihat dari KW tidak dapat aku lupa walaupun mata aku sudah mengantuk bila berbual panjang dengan dia di tengah malam.
Menikmati Ramadhan selama 1minggu di Juasseh yang hampir tiada apa membuatkan aku fokus pada perkara yang perlu. tiada lagi ganguan internet,radio mahupun televisyen.
Lagi 2minggu aku berada di Juasseh sebelum hari kesedaran kesihatan yang bakal diadakan di Felda di Jempol. Kumpulan2 posting sebelum ini menarik orang ramai dengan menyediakan makanan. tapi kami tidak mampu menyediakan apa-apa melainkan berkat ramadhan untuk orang ramai datang untuk periksa kesihatan.
Untuk beberapa hari, aku & shau li berjalan2 di tengah hari buta yang terik membakar mengumpulkan data-data di rumah-rumah untuk research aku memang mencabar. Namun, mungkin aku bernasib baik kerana kedatangan kami disambut dengan ramah berbanding orang lain. Siap ada yang mahu menjamu kami dengan kuih muih jika tidak berpuasa. Tidak pernah dihalau atau disyaki sebagai salesgirls seperti mereka. Cuma Ina tanya aku, "kau jadi clown ke sampai dorang suka kat kau?"..cet!
Keja aku asik pergi rumah orang je. Komuniti laa katakan.
Aku suka posting kali ini, walaupun sakit bahu aku pegang mesin fogging yang berat hampir 7kg di rumah kampung. Kami ikut inspektorat kesihatan membuat pemeriksaan denggi di rumah ke rumah (rasa macam direct saler juga), melihat betapa mudahnya nyamuk aedes itu membiak di kolah2 air. Jempol memang tempat wabak buat masa ini.
Aku simpan jentik2 dalam botolkat rumah-shiena menjerit kata aku mereng dan dia geli melihat larva dan puppa aedes itu. dah jadi nyamuk pun haiwan peliharaan aku,cuma aku biarkan 3ekor nyamuk mati kurang oksigen.
Owh,itu belum termasuk kami pergi serbu ke restoran untuk memeriksa kebersihan makanan-macam samseng rasanya. Takut juga-karang terserang restroran samseng-susah kami. Nganga kami melihat betapa 'bersihnya' restoran bergred C itu.takpe, aku makan di restoran bergred B. selamat sikit.
Public health, bukan mudah rupanya. Preventive is better than cure-tapi mentaliti rakyat malaysia sering ambil lewa terhadap perkara ini sehingga tidak mahu membayar rm5 sebulan untuk kutip sampah.