Thursday, May 04, 2006

yeay and huhu

EXAM
Alhamdulillah..semalam baru sahaja berjaya melalui satu lagi ujian hidup dalam bentuk tulisan. Bagi aku tak susah sangat soalannya tapi aku tetap merasa takut kerana peratus untuk gagal-lulus sangat nipis. Tapi aku dapat merasakan kami semua bakal lulus. Amin kan aje! Tapi aku dengan syikin asyik berebut nak duit rm1000(kalau dapat title best student untuk mana2 posting..hahaha,boleh save budget buat elektif tahun depan

Pelik. Malam sebelum periksa,aku berjaya hadam semua 2-3 silibus aku. Malah aku tak berjaya untuk tidur. Aku hanya tidur sejam sahaja kerana aku dapat merasakan betapa otak aku mengamuk aku tak berlajar dengan betul selama ini. tapi ntah-mengapa,seolah2 aku dapat tenaga belajar untuk malam itu bagaikan sakti.(peh,peh,peh). Angkatan pelajar malas mengamuk untuk lulus cemerlang!!!amin kan sahaja!

Owh yeah..Alhamdulillah dan syukur kerana final year students tahun ini berjaya lulus pro xm III. Ini adalah pertama kali senior aku pecah rekod itu sebagaimana junior 2nd-yr-to be-3rd year kami berjaya pecah rekod takde sorang fail pro xm. Tahun aku tak berjaya macam dorang.

maxis
aku ada 3 nombor. 016 adalah khas untuk ibu aku, murah untuk call tapi mak tak pernah kisah kalau dia habis duit telefon aku. dan aku mempunyai 2 nombir 017. Gila tapi nombor 017636xxxx aku pernah kena sekat kerana aku termasuh salah nombor top up-maka kerana urgent, aku terus beli nombor 017254xxxx. Tapi sekarang dah boleh guna dua2 dan aku terlah meninggalkan telefon 017254xxxx minggu lepas menyebabkan aku kena guna nombor 0176364xxxx. member mengamuk kerana susah nak telepon aku. Malah,mereka menyatakan dalam phone book mereka,ada 5nombor aku.

Hari isnin lepas hari maniac monday. Aku jadi mangsa buang masa kerana aku berjaya habiskan 309sms yang aku hantar pada semua orang sekali dengan picture message. Masih kalah dengan syikin yang berjaya habiskan 417sms. Aku rasa aku kalah kerana phonebook aku kosong kerana mengunakan nombor lama dengan handphone mak aku jenis nokia 3210. Jadi aku tak tau nak kasi siapa melainkan kosmate aku. sambil hantar sms pada romet aku sendiri. gila ke tensen.

Mines
Aku suka mines wonderland. Barangnya murah. Bila jalan kat situ rasa macam pergi pasar malam tapi berhawa dingin dan terang. Disitu tempat shopping aku setahun lepas dan ini pertama kali aku pulang kembali ke Mines selepas pindah ke kg.baru. Yani,asiah,zizie dan kama pun shopping sakan. Kali terakhir aku shopping sakan adalah ketika lepas pro xmII 6 bulan lepas bersama Yani jugak. Aku beli baju basahan yang berharga rm2 sahaja..itu yang best!Dan aku beli kasut adidas warna hijau pudina sejati kerana kasut sukan aku yang berusia setahun setengah yang lepas sudah pandai bercakap. Aku nak warna merah tapi tak cantik dan tak lembut. Herm, sama nasib dengan jam baby G yang aku beli pun berwarna hijau pudina tanpa aku sedari. Aku minat hijau ke rupa2nya?

Owh,jangan menyangka aku gila shopping kerana aku adalah orang yang sangat kedekut dan kemut terhadap diri aku sendiri. Aku shopping hanya sekali sekala. kasut aku selalunya boleh bercakap akhirnya pun kadang2 aku tak nak tukar. jam pun tunggu ajal pun kalau boleh nak simpan lagi. Handphone?aku sayang nokia yang aku beli sendiri walaupun digoda berapa banyak kali dengan ayah aku untuk tukar handphone yang lebih canggih. Ayah aku kata macam kena telan godzilla dan dimuntah kembali, tak sanggup dia tengok!

Apartheid
Aku teringat ceramah pendek oleh Dr. Harlina Harlizah Siraj yang dia membantah colum marina Mahathir tentang kehidupan muslimah di Malaysia adalah seperti Apartheid. jangan terkejut, kolumn itu sudah diketahui ramai kerana publish secara meluas di oversea. Apartheid?aku muslimah di malaysia. aku je ke tak terkena sumpahan apartheid ini? aku pun makin tak paham dengan sister in islam.

Aku tidak memandang rendah sesorang kerana aku tidak tahu taraf keimanan seiapa2 sahaja. Tapi menutup aurat adalah perkara paling simple untuk mendapat pahala secara free. paling basic. tak sesusah amalan lain contohnya mengumpat. Orang selalu pertikaikan orang yang free-hair tidak mengumpat macam orang pakai tudung. Haaa, tengok tu...siapa yang generalized people?

Menutup aurat memang wajib. Full stop.

naughty
tapi aku tetap benci pada golongan2 yang dating bersentuh2 tanpa malu di shopping complex. Tau sangat depa tu orang ipt sama ngan aku gak. seorang muslim dan masih berlajar. Cikgu biologi kat sekolah aku dulu kata,spender pun mak beli, ada hati nak sara anak orang?"

ayah aku pun sebenarnya tak kasi kami bercinta ketika masih berlajar. Baru semalam dia mengaku kerana dia lega kerana anak2nya tidak naughty dalam hal itu..tapi aku memang nakal dalam bab lain.

jangan salah paham, aku menyokong mereka yang bercinta tapi in halal way...kahwin. kalau rasa tak layak kahwin, pandai2 laa kawal perasaan dan nafsu dan buat macam orang yang tak berkahwin.

Aku balik lewat. Lepas shopping,terus jumpa ayah aku dan makan di restoran Johan. Melayan abang aku memang best. Isunya panjang dan penting. Aku sangat penat kerana aku hutang diri aku 7jam tidur tapi aku masih bertenaga untuk bersama2 menyambut hari jadi Rosemariati yang ke22. Gembirakan hati sahabat sekali-sekala.

Aku penat. Kerana aku terjaga subuh dalam keadaan aku masih bertelengkung diatas lantai.

Trolak
Sabtu ini aku terlibat dengan program yang buat pertama kali budak2 nie buat dimana aku kira pening sedikit tapi masih boleh dikawal vertigo aku kerana takdelah teruk sangat. Aku berdebar2 kerana takut respon orang kampung kat sana macam mana. Aku rasa aku banyak berlajar dari program kali ini. Banyak aku perlu berubah tapi aku tetap merasakan aku menyokong diri aku sendiri..aku berlajar untuk terima kelemahan orang walaupun orang-2 itu banyak pin-point kesalahan aku. Argh,hidup diversity..lain orang,lain pendapat..kena pandai synergy secara bijak2! doakan program kali berjaya!chayok..

Aku ngantuk sangat2 kerana menghabiskan masa petang tadi dengan yana,shen dan azma untuk menyiapkan kerja dan aku membenarkan diri aku pulang ke rumah pukul 8.30malam ini.

Maka, aku pun balik rumah lima minat selepas ini.

Belanja
Shena belanja aku spagetti hari ini di HR. Minggu lepas, Fana belanja aku chicken chop kerana menyahut cabaran berborak dengan semua orang dimana itu kelebihan merapu aku nombor satu.Aku tidak makan bersama rakan2 aku semalam di Mines kerana aku nak makan dengan ayah aku tapi aku disuap oleh rakan2 aku setelah aku habiskan 5botol vitagen sekali gus. Malu aku,pakcik sapu sampah senyum unta kat aku.

Alhamdulillah, kawan2 aku cukup suka belanja aku. =)

p/s:argh,aku lupa nak pulangkan labcoat si shawn hari nie....argh!!! kotak komen aku tak berjaya untuk diletakkan. benci..tuelaa,korang yang datang tak mau kasik komen kat aku...

2 comments:

Anonymous said...

congrats...heard that u pass ur xm once again..so u had to belanja me aa this time..wink wink!!

Anonymous said...

congrats...heard that u pass ur xm once again..so u had to belanja me aa this time..wink wink!!