Monday, May 29, 2006

berhenti selepas mati

Hari tanpa tembakau 31Mei 2006..
perokok tak boleh nak puasa ke?

Aku pernah hampir2 gaduh kat warung sebab menegur perokok yang sedang hisap rokok di sebelah anak dia yang belum boleh merangkak pun. Sakit hati aku, terutamanya perokok yang hisap rokok sambil makan. Tak sopan bagi aku. Aku mengamuk dengan kuasa bebelan aku. Itu belum kira ketika orang yang 'bersabar' dengan bebelan aku. Bebelan aku memang tak mampu nak buat mereka berhenti walaupun mereka menyampah. Aku memang tak suka orang hisap rokok. Pentingkan diri sendiri.

Kerjaan akui, buat abis duit je kempen 'tak nak'..degil bebenor si perokok nie. Aku tak pedulik kalau dorang sakit. Lantak depa laa..tapi orang lain macamne? anak isteri? Dr Firdaus selalu ingatkan perokok kalau dorang takde nak hisap rokok, hospital mesti kosong at least 1/3...ape perokok ingat semua staff hospital seronok ke korang datang menyemak kat hospital?bukannya bagi keuntungan ke ape. Susahkan semua orang je..

Perokok memang suka berlagak. 'Eleh, aku dah hisap rokok 20 batang sehari selama 15tahun, tak mati pun"...ajal dan maut memanglaa ditangan tuhan. Tapi ingatlah, yang penting bukan bila kita mati..tapi macam mana kita mati dan kalau hidup tapi terseksa buat pe?Comorbid disease.

Malah bila isteri dorang sakit lung cancer, masih boleh belagak kerana sihat. Menangis2 anak dorang depan aku sakit hati dengan ayah dorang yang tak reti nak berhenti merokok.

Lepas mati, baru nak berhenti merokok ke?

Aku dah naik bosan berdebat dengan perokok2 setia. Mereka adalah golongan yang tidak percaya pada fakta. Aku tak bercerita dongeng. Kataku dengan mereka berdasarkan research2 terkini. Itu pun mereka tetap gusar untuk percaya.

Aku tahu, ada budak2 kosmate aku merokok walaupun dah diberus setiap hari tentang bahayanya merokok. Malah ada lecturer2 aku pun terlibat walaupun berbuih mereka menasihati pesakit jangan merokok. Mereka manusia. Doktor bukan malaikat. Itu aku tahu. walaupun aku tidak pernah memahami. Bagi aku, practise what u preech.Barangkali ianya seperti kita yang tahu berdosa melewatkan solat fardhu tapi tetap laghro bermain internet(ouch) atau seperti budak2 zaman sekarang yang pass subjek Pend. Agama Islam SPM pergi dating berpegang tangan...??

Kalau tak salah aku, ada fatwa yang mengatakan rokok itu haram.

Berhenti merokok tidak senang. Tapi ianya hanya mission impossible sahaja. Barangkali, mereka perlu menjadi tom cruise baru mereka akan berhenti merokok?

Buat teman2 aku di Indonesia...budak2 Bp mahupun Matrix aku...terutamanya: Farhana, Dak Ju, Baizura, Shamsul, Yun, Marlina, Ida, dan sape2 lagi...(aku tak ingat semua..ya ampun!)..aku doakan kamu semua selamat....teruskan buat bakti tanpa henti(kalau tak sakit laa)..

Jangan berhenti sehingga mati

Jika ada pilihan cara kematian kita, biarlah secara mati syahid =)
Biar harum mewangi sampai ke syurga.

No comments: