Orang hijau, orang merah!
Buat orang hijau,
Aku benci pada assabiyah.
Jangan kau tanya aku jemaah apa
dan kau memalingkan wajahmu
kerana berlainan jemaah.
Buat orang merah,
aku kecewa dengan diriku
yang gagal memahami dirimu
kerana berbeda pendapat
padahal ianya tidah salah
Buat orang hijau,
Aku meluat pada penilaianmu
yang memerhati pada pemakaianku
atau aku sendiri yang merasa malu
kerana terasa rendah diri?
Buat orang merah,
aku keliru tentang tujuanmu,
berpersatuan hanya mengejar nama
walhal ianya satu amanah berat
kerana itu wadah perjuangan
Hapuskan meluat
Sepak kekecewaan ke tepi
Panggang sahaja kebencian
Buang sahaja kekeliruan
Kerana apa yang penting
Hanya keredhaan Ilahi
Rapatkan ukhwah
Satukan tujuan
orang hijau+orang merah
lupakan tembok yang memisahkan
Gandinglah bahu dan tangan
berkerja tanpa jemu
demi cintaNya!
-------------------
p/s: paham tak?abstrak sikit.hehehe...aku tak kisah kamu nak pilih warna apa.yang penting jangan judge orang dan bersangka buruk kat kumpulan warna lain.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
jangan ada yang ego untuk menerima pendapat sudah!mcm seseorg tu.
Post a Comment