Tuesday, February 14, 2006

Ku memohon..beri damai hati ini

Aku rasa Allah memang sayangkan aku.

Aku tengah marah dan sedih terhadap sikap ntahaperntah sahabat2 aku yang dipercayai dan aku amat sayangi. Dan aku telah dikecewakan lagi sekali secara bertubi2. Aku sedih teramat, terkejut alisa dan deklah melihat aku campak handset yang aku sayang walaupun hodoh. Aku terasa diri aku teramat keji kerana 'sahabat' aku yang >arif dari aku tak meletakkan kepercayaan pada aku dan menuduh aku tak sistematik. Padahal, ianya melalui perbincangan dengan rakan2 aku yang lain. Memang aku teruk tapi aku tak pernah berhenti berlajar untuk perbaiki diri aku sendiri. Aku bukannya orang yang bagus sangat dan aku tau tu.Apasal nak asik melemahkan semangat aku aje?Atau aku yang letakkan kepercayaan pada orang yang salah?Dahtu,aku patut surrender untuk berusaha dan mjadi seorang yang mandom?Hey,kalau macam tue, jangan izinkan diri main badminton sebab kau tak sehebat Rashid Sidek!Nanti malu orang kampung tengok betapa teruknya kau bermain macam monyet. Jangan izinkan diri kau buat apa2 sebab kau tak berbakat. Abis tue, relevan ke?

Tetiba waktu aku tengah marah, aku teringat, mungkin ini kifarah dosa aku?Kiranya apa yang aku buat kat orang, Allah dah balas CASH kat aku barangkali...

Astagfirullah!

3 comments:

adeiz said...

ala....aku tertinggal keretapi lg ke...??

Zackyun said...

mana ada laaa...tak de kena mgena dengan masyarat..saje nak express diri sendiri terhadap alam sekitar(bukan alam flora)

But dont worry,malam tu jugak sahabat aku tue dapat mengembalikan semula kepercayaan aku pada dia ^_^..kami berbaik2 semula dan clear things up...tak simpan dalam hati semua sangkaan buruk.

Aku bukan tulis utk mperlihatkan kelemahan orang atau diri sendiri...tapi cuba kita review kembali apa yang terjadi selalunya ada sebabnya. Kalau macam ni,aku dapat rasakan teguran dari Allah supaya aku sedar diri sikit yang aku nie bukannya sempurna.

Memang hidup lebih tenang jika sentiasa teringat pada Allah...sebab tue tajuknya 'ku mohon beri damai hati ini'...kerana kita terlupa betapa ingatnya Allah terhadap kita....

Dont worry,aku selalu reserve tiket keretapi kat ko...sebab ko kan kawan baik ko(kawan baik kadang2 tak perlu rapat...)?

adeiz said...

sib baik ade ko....kalo tak...tak tau langsung aku harus naik ketapi tu...."lebih baik tau tertinggal dari tak tau wujudnye ketapi tu"...

tul tak?

adeiz says : betul!!! "hehe"

yeah....for me...kawan baik tak perlu rapat....but must be always in mind....