Thursday, February 09, 2006

kekal selamanya




Aku sayangkan ukhwah diantara klasmate aku walaupun apa pun yang berlaku. Berbagai2 peel masing2 yang kadang2 memang tak masuk akal. Kadang-kala ada tergigit lidah, tersakit hati dan termengumpat...tapi bila aku fikir balik, segala2 berasal dari perasaan yang terlalu mengikut emosi dan salah faham.

Aku asyik memikirkan mampukan aku tidak melakukan kesilapan yang berulangkali dan pandai mengawal perasaan negatif aku kerana aku sayangkan kawan aku seperti aku sayang diri aku sendiri?
Bila mereka menangis, aku menangis
Bila mereka bahagia, aku turut terasa kegembiraan.
Tapi aku menanyakan diri aku dimanakah sayang aku apabila keberanian kebenaran aku dicabar?Aku tak mau sayang aku hanyalah bersifat sementara kerana aku mahu sayang aku boleh dibawa ke syurga=)
Dan aku juga mahu emosi aku dapat dikawal supaya aku dapat berfikir secara rasional untuk menilai yang baik dan batil. Aku cukup benci diri aku sendiri apabila aku dituduh 'memaksa' walhal aku hanya sekadar mengajak. Aku tak pernah paksa dan aku tak mau paksa sesiapa lagi kerana pintu hati mereka bukan milik aku. Tapi bila dah ada orang anggap macam tu, aku jadi jauh hati walaupun mana boleh kecil hati dalam perjuangan. Cuma bila kita dah letak salah tanggapan pada rakan kita, semua perkara baik menjadi buruk. Ianya seperti cermin mata yang kotor.
Aku mahu hapuskan segala sangka buruk aku pada rakan2 aku dan juga bunuh semua pandangan negatif aku. Kerana aku tak mahu kecil hati dan benci pada putus asa dalam perjuangan.
Benar, aku bukan superman yang boleh berkerja seorang2. Aku perlu berkerja dalam jemaaah agar ada yang mengingati aku ketika aku lupa dan futur. dan seterusnya aku pun boleh memainkan peranan yang penting dalam hidup bersama!
Ya Allah, kekalkan persahabatan kami dan jadikan ukwah diantara kami semua adalah semata mencapai keredhaanMU

3 comments:

adeiz said...

takde dlm gambo....aku tampal post la....as a reminder aku bersama ko....cheers....

Zackyun said...

yipee...u're always in my hear laa darling.ko bole tengok diri ko dalam liver aku sbb dlm heart aku cuma ada sorg aje...hehe

adeiz said...

eh...muatke aku nak menduduki liver ko?...keh keh keh