Tuesday, January 31, 2006

Kempen ikhlas

Aku cuti lagi setelah seminggu naik sekolah. Memang banyak cuti, tahun baru cina dan maal hijrah dan cuti hari wilayah. hari jumaatnya aku cuti gak kerana kitaorg sepakat dengan lecturerr ganti hari lain. aku tak kisah sebab rumah aku dekat je tapi kesian kat rumah jauh macam penang atau johor bahru. Tapi aku pelik bagi yang enggan pulang ke rumah (kecuali yang tak dapat tiket balik kg lain cerita)

Minggu lepas, penuh dengan kelas dan tugasan. Kelas 8pagi hingga 5petang. Penat tapi aku rasa seronok belajar.

Aku teruskan usaha aku untuk terus berjalan kaki pergi dan balik. Biar orang lain pelik kerana group aku mempunyai pemegang kunci kereta paling ramai dan aku sendiri memiliki kereta tapi itu pendirian aku. Bukan aku sombong atau takabur tapi aku telah membuat penilaian baik buruk berjalan kaki. Memang pada asalnya, aku tak suka membazir duit aku pada kesenangan aku walhal hanya sedikit kesakitan yang dirasai. Aku perlukan duit aku masukkan akaun di akhirat. Malas nak tumpang orang lain sebabnya ada suara pulak yang mengatakan aku menyusahkan orang lain laa pulak. Jadi untuk mengelakkan semua fitnah yang melanda, baik aku jalan kaki sahaja. Aku tak mau menyumbangkan pencemaran alam sekitar aku. Lagipun ianya bagus untuk kesihatan aku yang perlukan senaman.

Ironinya, kita selalu melihat perkara2 yang besar sahaja walhal perkara yang kecil2 kita asyik terlepas pandang. Kata nak jogging, tapi tak sanggup jalan kaki balik hostel yang hanya memakan masa 15 minit sahaja. Kata sayang alam sekitar, tapi nak jalan kaki sikit pun tak mau. Kata nak tolong infaqkan duit ke rumah kebajikan ,tapi kenapa tak mau sedekahkan duit minyak kat mereka yang lebih memerlukan?

Herm, minggu lepas banyak dugaan aku alami. Macam2. Nak cerita pun aku tak larat tapi aku cuma mengharapkan keredhaan Ilahi terhadap keputusan yang aku buat diatas suara orang ramai dan juga pengalaman aku sendiri. Aku mohon keikhlasan dari hati aku sendiri agar tidak akan futur. Aku juga ingin memohon maaf kerana apa yang aku lakukan pada hari khamis malam itu semata2 kerana aku mahukan perubahan yang terbaik...

seorang ukhti mengingati aku jangan terlalu bersemangat kerana takut akan futurnya hati dan mohon aku untuk tingkatkan tarbiyah dalam diri aku sendiri ...Balik rumah , aku munasabah diri aku kembali. aku menanyakan kenapa aku merasakan aku sentiasa merasakan semangat aku membuak2. Apa yang menyebabkan aku recharge bateri semangat?Apakah aku akan lemah semangat suatu masa nanti? tarbiyah diri aku memang tak pernah lengkap tapi aku masih belajar walaupun merangkak-rangkak aku cuba mengerti.

Aku teringat satu ketika dulu ketika aku menghadiri mesyuarat rumah anak yatim anjuran timecell dan sekreterait kerohanian kolej aku dulu di bangunan yang sangat besar setahun yang lalu. Ada abang Johari tue mengingatkan kami semua untuk munasabah diri setiap kali habis mesyuarat. Dia kata kalau semua orang dalam mesyuarat bersepakat untuk menyetujui kata2 kita, beristigfarlah dari saat orang setuju kerana takut2 adanya perkara buruk dalam pendapat kita dan dosanya melekat pada kita...bahaya tue...

Ikhlas...aku benar2 perlukan...

3 comments:

adeiz said...

aku pun tak tau....

aku baca blog ko baru la tau...

sedih nye....tau la aku nomad...

sob sob...

Zackyun said...

isk,itulaa ko...tak tau kes mesy tergempar hari tu....aku cari ko gak on that nite gak...heheh..housemate ko semua datang..siap amik part utk bsuara lak tue...jadi ajk lak tue...ko mane?

ko nomad?ko tak duk hostel ke?

adeiz said...

aku ulang alik ler...terpaksa jadi jaga....sob sob sob...sedih ni....