Azam 2006
banyak perkara yang ingin aku kongsi tapi apa kan daya,aku terlalu sibuk dengan ini dan itu walaupun pada hakikatnya aku sedang cuti sebulan..Benarlah kata iman hasan al-banna, "kewajiban itu lebih banyak dari masa itu sendiri"
Azam aku tahun nie banyak sebenarnya tapi aku rasa aku telah belajar yang aku harus pandai membahagikan masa disamping terus menahan diri aku dari perkara2 laghro.
Aku sendiri pun tak sedar yang aku nak melangkah tahun baru dan aku sebenarnya kurang peduli tentang sambutan tahun baru kerana ianya kurang signifikan bagi aku. Seperti tahun2 yang berikutnya,aku akan tidur macam biasa dan keesokkan harinya,aku akan dengar bebagai cerita kawan2 myambut new year. Cuma aku teringat masa aku 1st year dulu,aku sambut bersama2 kawan2 perempuanku di tepi kolam sambil makan makanan ringan sebab dari asrama aku di upm,kami berpeluang melihat bunga api dari putrajaya. Tak terlintas dalam akal aku untuk keluar menyambut. Aku akui, aku amat takut untuk keluar malam dan aku tak suka berada dalam kelompok manusia yang ramai.
Tahun ini lain sedikit. aku menyambutnya dengan gilang-gemilangnya (peh!).takde aa..aku pi join program KTKN di uia,gombak yang diadakan dari 30dec sampai 2jan. aku cukup suka pada tema pada tahun ini: Istiqomah dalam tarbiyah dan berstrategi dalam da'wah...hehe...alhamdulillah,memang banyak input yang aku dapat hari tue. kalau nak cerita semuanya disini memang panjanglaa...sila-silalah jenguk blog seorang ikhwah: www.dhanysarip.blogspot.com Memang pada awalnya,aku tak plan nak pi kerana aku menunggu cuti aku diluluskan selama sebulan jika hanya jika aku lulus. alhamdulillah.
Azam tahun nie banyak...masa dah semakin suntuk...
Herm, aku tengah nak pindah rumah..tak sempat rasanya kalau nak membiarkan diri ini asyik membebel aje...gtg!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment