Cinta itu gila
Hanya orang gila yang tak gila bercinta
Kerja gila dilakukan hanya kerana cinta
Cinta itu buta
Kita menyalahkan cinta yang membutakan kita
Sedangkan kita yang buta dalam bercinta
Rindu itu seksa
Tapi seksa tak pernah hilang walaupun rindu itu diubati
Seksa menunggu penantian yang tak pasti
Merajuk itu lumrah
Bagi kepuasan mereka tak dipatuhi
Membuatkan kita putus asa
Tapi mahukan kamu
Menjelajahi dunia cinta agung
Menikmati rindu yang mendamaikan
Menyelami nikmat yang infiniti
Mencapai kepuasan hakiki
Kerana kita mencapai tujuan hidup
Itu dia…
Cinta Ilahi
Cinta Ilahi mengajar cinta kepada semua
Selagi perkaranya mengikut Al-Quran dan Sunnah
Semuanya dikira ibadat
Bila hanya kerana niatnya kerana Allah
Cinta Ilahi tak pernah menyekat fitrah manusia
Walaupun seringkali dimomok oleh fitnah orang.
Kerana itu Allah hadiahkan Islam
Kerana Islam itu cara hidup kita yang sempurna
Cinta Ilahi itulah cinta fitrah manusia
Bila istiqomah dalam tarbiyah diri
Nikmat iman yang dirasai itulah yang terbaik
Terbayang dalam minda tentang syurga firdausi
Dan tidak terliur tentang syurga duniawi
Dan benarlah,
Cukuplah Allah disisi kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
ade gak orang jadi gila sebab cinta...
power la yah! memacam ide ade... ;-)
Salam 'alaiki.
masyaAllah.. jayyid ukhti jayyid! berkesan benar puisi nih.. ana minta izin post di jurnal ye? =)
Allahummarzuq ukhti zackyah hayatan thoyyibatan 'indak. Ameen ***
salam...ideanya datang dari Kekasih hati yg Agung ;)
Silakan post di jurnal...
ayuh,kita cari cinta hakiki!
Post a Comment