Monday, January 23, 2006

Hari ini aku naik sekolah kembali

Hari ni 23jan 2006..bermakna cuti sebulan aku dah berakhir...

Sedey tapi dalam masa yang sama aku dapat merasakan aku seronok menjadi seorang pelajar lagi sekali setelah otak aku direhatkan dengan akademik.

Alhamdulillah, aku merasakan cuti aku agak bermafaat dengan beberapa program2 yang aku rasakan dapat meninggalkan kesan2 yang mendalam. Maybe sikit tapi adalaa sikit kot.

Hari ini aku naik sekolah kembali, agak lambat untuk ke briefing kerana semalam aku bermalam di bilik shawn& wani di HUKM. Kawan2 baik aku di MRSM dulu yang tak pernah luput dalam ingatan aku. (^_^) macam takde masa lain aje nak lepak tapi bagi aku masa tue tak pernah cukup...cekup apa yang ada....

Hari ini aku naik sekolah, kawan baik aku yang bernam Awie di HUKM yang sedang buat elektif di HKL telah miscalled aku sebanyak 3kali berturut2 kerana mahu bertemu aku setelah lama tak bertemu. tapi aku dalam kelas, mana boleh angkat telefon. Esok barangkali aku ada jodoh dengan dia

Hari ini aku naik sekolah, 2message aku terima untuk menghadiri mesyuarat PPIM pada hujung minggu ini dan juga 11feb. Aku masih belum memberi jawapan lagi kerana aku kehabissan kreadit walaupun aku akan pergi dengan izin Allah SWT

Hari ini aku naik sekolah, sudah aku message K.wan,naqibah aku minggu lepas lagi tentang usrah yang sudah lama tak ada, rindu rasanya. Kecewa kerana masih tak dapat balasan lagi. Mana hilangnya naqibah aku nie ?

Hari ini aku naik sekolah, aku baru dapat tahu junior kesayangan aku akan masuk HKL kerana hosp. serdang masih tak siap untuk pelajar lagi. Fakulti perubatan tak siap lagi laa tue. Mr. Gee kata nyamuk pun tak masuk lagi. Bagi aku, ini berita gembira kerana masih ada warisan untuk aku turunkan pada mereka dan aku berpeluang untuk menurunkan sedikit sebanyak amanah kepada mereka.... =).

Hari ini aku naik sekolah kembali, posting ENT (ear & throat) sebagai posting minor pertama aku selama 3minggu. Tepat pukul 9.30pagi, aku telah berada dalam klinik telinga bersama Mr.Rao sebagai lecturer tetap aku dalam ENT selama 3minggu. Pastu ada bedsite... Otak terasa pening sedikit.hehehe

Hari ini aku naik sekolah setelah pembuka cuti aku dengan KTKN 05 dan ditutup oleh PKN 06. Kedua2 program diadakan di KAED/Engin Faculty di UIA membuatkan aku terasa masa itu terlalu singkat dengan tanggungjawab itu banyak. Aku harus ingatkan diri aku supaya tak terlalu optimis dengan Zek Boleh walaupun aku tahu itu kekuatan aku namun itu menjadi musuh aku ketika aku stress kerana tak berdaya!Aku tetap akan terus istiqomah dalam tarbiyyah dalam diri aku yang cukup lemah dan penuh dengan kekurangan. Seorang kakak yang cukup aku kagum kerana sifat lembutnya dan tenang, K. Maryam A, idola aku menjadi ameerah knl...aku sukakan perangainya yang tak pernah menzahirkan pra-judgement kepada sesiapa membuatkan aku cuba mencontohi dia..=)..owh dan aku tak tak siap lagi tugasan menulis laporan(aku ni kaki retort rupanye,asik buat laporan je..hehehe,mungkin ini untuk membaiki penulisan aku yang memang tak bagus langsung...)

Hari ini aku naik sekolah, masih tak berpeluang untuk melepaskan rindu dan geram pada teman2 aku satu kos kerana kami dibahagi dengan lebih kecil membuatkan aku merasakan dah makin berkurang rakan2 aku nie kerana masa kami semua berbeza.

Hari ini aku naik sekolah, Alhamdulillah, 3rakan baik aku berjaya meluluskan diri ke posting seterunya dan hanya 2 orang dari 8 orang yang kena resit paper tak berjaya. 2orang itu terpaksa mengulangi tahun bersama junior tapi bagi aku, mungkin ada hikmatnya Allah beri pada mereka. walaubagaimanapun, aku tetap gembira melihat kawan2 baik aku kembali bersemangat...chayok!

Hari ini aku naik sekolah kembali, aku tertanya apakah diri aku sudah bersedia untuk berhempas pulas kembali dalam arus ribut kekalutan kembali?

4 comments:

Anonymous said...

hye k.zakiah
sowi coz m'jatuh'n semangat akak
t'hadap sy a nyte b4 pkn
i knew u damn mad at me
when i xpressed it
but then
thnx a lot
for not leaving me
t'kapai2
yeah
k.zek bole, bie pun bole
aja2 fighting!

Zackyun said...

salam, bie...mana pulak hang dapat cari cek punye blog...bikin malu...nnt nak mengutuk bie pun tak senang...hehehe...

bie tak pernah buat akak lemah semangat laa...sbbnye bie bukan sejenis penunggu atau mambang kuning cair....

mana pernah marah bie..marah kat diri sendiri aje..hehehe

Maryam said...

Yah... selamat kembali ke sekolah! isk malehnye nak balek sekolah..huhu.. lum puas cium muhammad.

ENT tu bukan ke singkatan dia Ear, Nose & Throat? haha...payah kan orang terlebih terer nih? =D memandai ke budak BBA nih..

Rindu yah... bila yah nak tunai janji nih? hehe

Zackyun said...

to inqilaab

Betul laa tue,ent tu ear,throat n nose..kalo bahasa lain yg lebih myusahkan, otorhinolaryngology...
oto=telinga
rhino= hidung
larynx= saluran tekak (larynx)

hehehe...okies,nnt 12feb nie,yah datang uia, tgklaa yah akan menjelma ek...hehehe