Nyanyian angin
Jiwa raga terpaksa kuserahkan
kepada asap, wap dan kabus
Yang ku kumpulkan dengan suatu tenaga akhir
Dengarkanlah nyanyian sepi ini
Kerana mentari terlampau cemburu
Dengan kehadiranku
Hidup ini akhirnya berhajatkan perpisahan
Kerana kekeidlanmu sebagai insan
Balada demi balada kau pun tahu
Seorang anak muda yang benar-benar jujur
Sering dipersendakan umur
Kasih sayang orang tua yang tetap tidak luntur
Kekandang memperagakan mereka sebagai diktator
Jika kau merasakan hidup ini seperti ulat
yang rindukan kebebasan
Ingatlah sayap kekupumu telah patah
disaat kau menerima secara sukarela kelembutan sutera
Jika awan terlampau berat
untuk bumbung rumahnmu
Panggilah angin, serulah bumi,
nanti kau akan rasakan
kemanisan hidup menabur budi
Tapi ingatlah tanah yang kontang
kekadang lebih elok dibiarkan kontang
kerana sini juga membutuhkan keadailan
Berbicalah, jangan mendakwa
kerana nilaimu masih di neraca
kerana hidup adalah kemewahan pemberian
Bertelitilah dalam sedekahmu
tapi kau harus berani mencabar
walaupun itu bermakna kau harus membakar secebis surat cinta
kerana Tuhan lebih dekat
dari urat batang lehermu
Aku datang kepadamu
Dari suatu perjalanan berdebu
Dimana senyuman terpaksa ku kumpulkan
Dari asap, wap dan kabus
dengarkanlah nyanyian sepi ini seketika
kerana aku terlampau cemburu
akan ketibaan senja
Novel Memeluk gerhana ni sebenarnya sudah lama aku nak beli setelah aku melihat si wan maryam tulis dalam blognya. Jalan ceritanya aku anggap sedikit biasa.tentang kanak-kanak melihat dunia dan membesar dengan jiwa yang merasa. tapi aku suka benar terhadap penyusunan katanya. lagi-lagi bila dia selitkan kata-kata prof hamka Tasauf moden dalam suratnya.
Dan pasti aku sangat sukakan puisi nyanyian angin. hampir tersentap dan menangis bila aku baca part 'hidup adalah kemewahan pemberian' dan 'Tuhan lebih dekat dari urat batang lehermu'.
owh,aku sepatutnya khatam buku ortho..maaf maaf(kantoi, kiah memang malas!).oklah, atas tuntutan kementerian pelajaran malaysia(dah suruh aku blajar 17thn tanpa henti), kementerian kesihatan malaysia(tmpt aku blajar) dan juga kementerian pertahanan malaysia(tajaan aku), aku terpaksa (sob sob) mengundur diri.-tgk betapa aku sayangkan duit rakyat malaysia.jangan belajar korupsi awal2....haha.kerana aku terlalu cemburukan masa yang berjalan.
tadi aku pi rumah k.yaqeen sbb ada majlis aqiqah untuk syed iqbal. rindunya usrah. dah lama aku takde usrah-haha-ini laa pyebab hati gersang rupenya. kitaorg cakap tak kisah kalau nak suruh buat intensif 2kali seminggu sebelum kak yaqeen fly ke holland next year. huargh..sedey sedey. ni laa usrah paling happening sekali...smlm ke hukm,ada symposium rukhsah solat. sungguh,aku rasa aku benar2 rasa kehilangan semua program. sob sob.sabar kiah,sikit aje lg kau nak grad..nanti tunggu laa aku abes pro xm3 ni,siaplaaaa aku akan melompat toing toing!...(kena bekukan semua aktiviti buat sementara waktu!!)
bak kata prof Hamka~hendaklah engkau jadi orang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar! cinta mesti lalu dihadapan mu, sayang engkau tidak tahu bila lalunya...
No comments:
Post a Comment