Monday, July 30, 2007

dress to breath!

During Nina's wed @ pakngah's house: makngah,nina, nini dan nija.

Final year dinner.
isk.being sooo ordinary girl (below the normal) aka pemalas, i rather not to spend much on dinner clothes. dat's crazy. Ok, yani mentioned that i'm manjalara (kurang asam!). as the matter effect, aku memang sangat pemalas as i dunt dress to kill. haram laa mbunuh nie

.
so there's go 2 kain kebaya(dari jogja) yang aku tak hantar kat tailor sebab aku malas nak pikir. i end up buying some cheap blouse at mall (uh-owh, sort of kebaya actually.it's not short.erm.it's not long BUT not THAT SHORT!). simple reason:nanti aku bole pakai time any majlis kawen/kuliah, i hate being pboros.beli tapi tak pakai. actually, i wanted to wear just one of my 3 long kebaya-the green-the purple and the cream but then, si azie&shena were complaining that i was wearing dat trio kebaya for the past 3 years ago in different function! ok,in the previous dinner, i got no problem at all as i just wore my usual baju kurung kuliah. gila ape nak spend banyak2.


but after last sunday, most of my makcik2 and my counsin complained how rockers I am (Blouse dan jeans je-salah eh?) while attending my second counsin's wedding ceremony in bangi (after Nija's wed ni selayang on saturday). Herm,datang tak lebey 20minit pun kena pakai cantik2 ke?malas sih!

tapi aku memang perasan, aku je yang terlalu sempoi.sama tarap dengan waiter tue. tercabau!


I thought i wanted to wear Bugis's traditional clothes but i think the man's is much more adorable than the female's. Jadik disebabkan, aku bukan seperti sheena&rais mahupun si Azie&andri and the whole list of my classmate (exception for the minority folks like me),i have to think it again.haha..but then again, i think it's outsome. dah jadik tradisi untuk family aku pakai baju bugis during the wedding ceremony.cantik sih..haritue nija kazen pun pakai laagi cantik! hoho0...tapi kan,mana aku nak carik baju bugis ni kalau tak berpesan kat orang di Sulawesi deh!

bugis warriors: Pak ngah yang hensem lagi smart.Adam dan anas kazen

Thursday, July 19, 2007

niat.lisan.amal


Bulan rejab dah tiba.tinggal lagi 2bulan lagi sebelum tibanya bulan ramadhan. Macam mana dengan persiapan diri kita masing2 nie? adeh. aku masih tak berubah. keadaan pun tak berubah.


Cuma aku hanya mahu bertanya pada sesiapa yg melintas ke site ini : APA KAU CARI DALAM HIDUP INI SELAIN DARI MENUNGGU SAAT KEMATIAN?

nak cari bahagia?
nak cari kawan2?
nak cari martabat?
nak cari ego?
nak cari cinta?
nak cari harta?
nak cari kerja?
nak kawen?


tak kekal.tak kekal.tak kekal.tak kekal.


Macam nielah. Sekarang, belajar betul2 untuk keja bagus2. makan senang. orang respek. hidup senang. kawen.dapat anak.dapat cucu.cicit. dan cicit2 kita pun sambung rantai sebagai manusia. then? pergi mana kalau tak alam barzakh.


Eleh, kalau macam tu, apa lainnya dengan seekor kambing?Kambing pun tak segan2 asek berzikir-kau?aku? aku tak kata salah menjadi makhluk..tapi apa yang kita bawa bersama kita? kosong.


maka, untuk apa? untuk apa?untuk apa? untuk apa?

maka.sila check n balance akaun akhirat masing2. uh-owh! (tanda seruan!)....

jadik, only short notes for u n me. satu persoalan yang aku rasa aku sendiri seringkali gagal mencari jawapan sejajar dengan amal. Teori tak seiring dengan praktikal. cakap tak serupa bikin. Podah!

Saidina Ali Karramallahu Wajhah


"Kebaikan itu semuanya terhimpun dalam empat perkara: Percakapan, diam, pandangan, gerak.

Tiap2 percakapan yang tidak disertai dengan mengingati Allah adalah sia-sia, tiap-tiap diam yang tidak disertai dengan memikirkan kebesaran Allah adalah leka, tiap-tiap pandangan yang tidak disertai dengan pengambilan iktibar adalah lalai, tiap-tiap gerak yang tidak disertai penghambaan adalah kosong.

Semoga Allah merahmati hamba yang telah menjadikan percakapannya sebagai zikir, diamnya sebagai tafakur, pandangannya sebagai iktibar dan geraknya sebagai perhambaan, dan daripada lisan & tangannya, manusia mendapat kesejahteraan."



enough said.perhaps. Astagfirullah al-azim.

Friday, July 13, 2007

Handphone

Handphone aku tertinggal kat surau.

Cik dah kata aku nak sedekah kat tuk imam kasi panggil orang solat jemaah. Aku tau aku tertinggal bila aku dah sampai cafe,tapi aku ada perasaan kuat tak mau pergi amek. Sekarang orang yang 'tolong' amek handphone aku dah tepon mak aku,suruh aku pergi amek tapi aku taktaw lokasi dia.

Jadik aku malas nak pikir.

Sape2 rasa nak contact aku,boleh guna ym,email atau surat siput malah asap2 unggun api pun aku layan (barangkali kot). Terdetik rasa pada hati pun aku layan kalau signal keikhlasan tu cukup kuat barangkali.

Tuesday, July 10, 2007

The reason

Gambar hiasan: gambar time majlis pepisah Prof Nasa,Prof Hamdan dan Prof Thuaibah 2tahun lepas.Semua orang Cybermed rembet.Cet!


Lokasi: LRT KLCC
Tarikh:070707

Sewaktu aku,jamie,asiah,siah dan nani makan roti secara tak senonoh (berebut sebab tgh lapar) kat klcc,aku perasan ada sorg mamat ni tgh perhatikn kitaorg.Hemsem laa...uhuk,maybe dia tgk betapa selambanya kitaorg.tak kisahlah,pedulik ape.

Dan nak dijadikan cerita, aku terpandang muka org tu waktu nak masuk lrt.uish,familiar giller orang ni disamping dia tgh tersenyum simpul kat kitaorg.Dia pakai baju oren,seluar slack dan kasut sukan(aku rasa adidas) dan backpack. budak sekolah aku ke?pastu aku pun bisik kat jamie, "jam,kau kenal tak org tu?"

Kitaorg pun pusing serentak dan orang tu dah tegur kitaorg, "Hai kamu"

Astagfirullah!
tu Prof Zamberi.
tu deputy dean aku!

orang dalam LRT semua tgk kitaorg.Muka deputy dean aku tu memang hensem dan tak tua langsung.Aku terdengar orang cakap, "eh,muka macam tu doktor?". Sedikit rasa malu campur bangga pun ada.hehe.

Sebetulnya aku tak pernah perasan betapa hensemnya lecturer preclinical aku tu sehingga petang sabtu lepas.Yelah,dia pernah bebel kat aku betapa aku tak ada BIG D (displin) dan sebab tu aku susah nak score.dan.dia pernah 'nasihat' kat aku supaya jangan asek sibuk nak lukis kartun atau tido time lecture (ok,aku mmg nakal).Tapi aku melihat betapa sederhananya hidup lecturer aku dan semangat dorg tak pernah pudar.walaupun siang malam mesti hampir semua stress dengan peel patient dorang dan juga students yg degil.Jenis manusia apakah mereka ni?Baik macam malaikat!

Memang selama ni,aku rasa lecturer aku memang semuannya hebat.mereka semua tu diatas normal.Hey,diorg kena still jadik doktor kat klinik/hospital dan terpaksa curik masa untuk mengajar kitaorg.Aku tak boleh terima hakikat ada orang perlekehkan lecterer aku.Aku memang respek abes kat dorg regardless apa pun. Sebab untuk menjadi cikgu mesti ada hati yang ikhlas yg semungkin kerana hati org yang ikhlas sahaja boleh bertahan dengan pelbagai tekanan!

Bila aku belek2 balik gambar2 lecturer pre-clinical aku,yang pernah ajar aku 2-3tahun lepas (termasuk yang dah tukar ke uni lain), aku macam teringat kisah2 kelakar.teringat nasihat2 diorg.teringat nape aku tak pandai2.teringat kisah nakal aku.teringat time aku kena marah.

Maka itu. aku rasa telinga aku berdengung lagu, 'the reason-hoobastank'.Sweet tak? (orang dedicate lagu ni kat aweks/balaks,tapi apalah sangatlah status kekasih berbanding guru?) Sesuai tak nak dedicate lagu ni kat SEMUA lecturers aku.In case lecturers aku terserve ke dalam website aku,aku memang respek dan hormat cuma aku merupakan congenital pemalas sejak kecik. Susah tau nak treat jenis penyakit mcm aku ni. uhuk.jadik aku kena start belajar.ayuh rakan2!

Gambar hiasan 2: nani,azie dan Nurul. diskusi di dalam klinik.serius.sebab tu aku takde dalam gambar.uhuk!


I'm not a perfect person
There's many things I wish I didn't do
But I continue learning
I never meant to do those things to you
And so I have to say before I go
That I just want you to know

I've found out a reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
and the reason is you

I'm sorry that I hurt you
It's something I must live with everyday
And all the pain I put you through
I wish that I could take it all away
And be the one who catches all your tears
Thats why i need you to hear

I've found out a reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
and the reason is You

and the reason is You [x3]

I'm not a perfect person
I never meant to do those things to you
And so I have to say before I go
That I just want you to know

I've found out a reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
and the reason is you

I've found a reason to show
A side of me you didn't know
A reason for all that I do
And the reason is you

ka

Friday, July 06, 2007

Selamat tinggal, dunia




stress dengan kehidupan?
Benci dengan orang sekeliling?
tidak tahan dengan tekanan yang menjerut?
Ditinggalkan kontang-kanting oleh kekasih hati?
Tiap-tiap hari kena marah walaupun dah buat sehabis baik?

Ya, jom.aku ajak korang-korang semua mengucapkan, "selamat tinggal,dunia" secara beramai-ramai tanpa perlu masuk ke neraka.

eh?

laa, aku bukan suruh korg bunuh diri. Cuma jangan biarkan hati kita terlalu melekat lalu menjadi melekit pada dunia. Sebab tu kita ni selalu kecewa dengan itu-ini lagi2 kita sedih bila expectation orang lain kita tak dapat capai.

Nak aku list tentang kisah kesedihan manusia sampai membunuh diri? terlalu sia-sia.mati katak.tanamkan niat,kalau kita hidup nak ada gaya,MATI PUN MESTI ADA STYLE.

dan kita ada pilihan mestipun masa takde nak menyebelahi kita.Percaya kita ada pilihan untuk terus MACHO walaupun hidup ni dihina. Semuanya takpe,asalkan ada keyakinan kita masih punya Tuhan.

Apa?dah lama tinggalkan Tuhan?

Kau masih bernafas,masih hidup walaupun mungkin jiwa kau telah dimatikan kerana tiada rasa adanya Tuhan. Sekaranglah masanya,kita mengucapkan, "selamat tinggal, dunia.aku ada akhirat untuk dikejar".

Benar.aku sendiri stress.sebab aku diejek dengan kecacatan dan kelemahan aku.aku malu dengan diri aku yang tak best.tapi aku rasa,buat pe aku pedulik?haha.aku ada hidup dan mati aku sendiri untuk difikirkan.haha

Buat mereka2 merasa aku 'hilang' dalam dunia mereka.aku tak hilang.aku tak mati.cuma aku memberi peluang untuk aku bernafas dan fokus pada ilmu aku setelah 4tahun aku tak serius dalam belajar.baru pagi tadi,ada lecturer kata muka aku muka NAKAL. oho-biasalah tue,jarang orang kata muka aku muka baik atau skema.eh,tak pernah pun walaupun aku pakai spek tebal (jadik muka radhi oag pulak!).

Seperti kata Socrates, cari ilmu seperti mana kita mahu bernafas ketika kita lemas dalam air.layan ilmu seperti udara,bukan seperti makanan.

p/s: muka aku ni jahat sangat ke?