Friday, February 23, 2007

berdua lebih baik?

Berdua lebih baik?
"Berdua dengan *****, pasti lebih baik. Bila bersendirian, hati akan menjadi langit berselimut kabus. "
ada 3 jenis cinta:
1. cinta tak terbalas
2.cinta berbalas
3. cinta tak dibalas

pilih salah satu. mungkin ada yang menyangka cinta berbalas tu merupakan nikmat hidup tertinggi lantas meninggalkn cinta agungNya. Tapi mana tahu, cinta kategori kedua tu merupakan cinta yang boleh membawa ke syurga jika akal tidak pada nafsu? Owh, kategori manusia cinta ketiga, jangan kecewa, Allah ada plan lagi bagus untuk kau..mana tahu, kerana mengelakkan maksiat? tapi cinta level max adalah jenis pertama. boleh juga dipanggil sebagai seikhlas hati..cinta kategori ni, yang nak redhaNya tidak kira si buah hati sakit hati atau tidak...kerana hanya Allah yang mampu membalasnya!

aku bukan ustazah.bukan budak baik.hanya rockers jalanan. aku takut. jika aku lupa.kerana aku manusia.seperti kamu-kamu-dan-kamu. aku perlukan seseorang untuk TAMPAR aku on-the-spot kalau aku alpa bila bercinta...*

sebab kalau kamu-kamu-dan-kamu TAMPAR aku,barulah aku tahu...kamu mencintai aku tahap tertinggi itu...cinta tak terbalas!

cinta itu indah. aku faham. sangat indah. terlalu indah. tapi aku tidak mahu cinta yang enteng. cinta kecewa.buat ape terlalu terpengaruh dengan kata-kata omputih, "It's better to have loved and lost than never to have loved at all"..jangan tertipu.buat ape bercinta jika hanya untuk kecewa? buat ape bercinta hanya untuk menunjukkan, "lihatlaa aku laku,tak macam kau!". untuk apa bercinta hanya untuk membuang masa,duit, maruah,pahala dan ______ (isi tempat kosong sendiri.

cinta itu gerak hati. bukan buta. jangan kata cinta itu buta,kalau diri sendiri itu buta. Aku tidak begitu rigid dan orthodoks. Umur dah 23++ tahun, layak untuk bicara tentang cinta. Tidak seperti segolongan manusia yang menyangka aku terlalu against orang bercinta. aku suka kawan2 menyanyikan lagu "berdua lebih baik" kerana aku tidak sangsi pada kebaikannya. cuma aku tak suka kalau tidak kearah perkahwinan dan asik buat maksiat aje!. kalau umur 18tahun,baik pikir esok nak main teng-teng ngan siapa. sia2 aje kalau usia muda difikirkan tentang cinta, nanti bila dah tua, kawin kena pikir pasal cinta gak!

p/s: doakan program HiS 2007 berjaya walaupun asik kena marah..huhu..amin!aku agak sibuk sejak akhir2 ni. dengan cabaran dan cobaan hidup aku. Masuk paeds asik demam aje memanjang. keta joyah saga aku tue accident,skrg kat workshop..sedih aku..tapi ujian Allah itu kan rahmatNya?tapi bila pikir panjang kembali, my life couldnt be dat bad...i think i have very blissful life.. alhamdulillah..lalala!

**** : tak jumpa lagi
* :owh, ni berani sangat nie (kata aku sambil terketar2)

No comments: