Thursday, April 20, 2006

craziest spot to pray!

Aku suka baca suratkhabar tapi sejak ekonomi aku makin merucing, aku hanya baca secara online sahaja. itu pun selalu sangat tak baca sejak akhir2 ini memandangkan masa aku pun meruncing. Tapi memang luar biasa untuk aku ulas sesuatu berita. Memang pada awalnya,aku ada niat untuk berbuat begitu tapi kerana aku malas,maka aku pun tak buat begitu kerana aku percaya semua orang ada sesuatu untuk dibincangkan. Malah,aku tak suka kalau orang label aku sebagai intelektual dan bijak kerana aku banyak tidak tahu.

Tapi aku cukup kagum dengan apabila adanya seminar islam dan angkasa. Klik di disini. Biar apa pun keputusan mereka, aku percaya ianya memberi impak yang besar kepada setiap individu (yang mahu merasa,pasti rasa) biarpun tidak ke angkasa. Sedangkan di angkasa pun, wajib hukumnya untuk solat.

Tapi aku acapkali dengar ada jugak orang yang kantoi solatnya. Malah,ada salah seorang rakan aku mengakui dia kantoi solat ketika dia pergi ke konsert gabungan 8 kumpulan indonesia yang diadakan selama 8jam (aku tak kata semua kantoi) baru2 ini. Memang dia adalah seorang yang menjaga solatnya tapi kantoi semata2 kerana konsert? berbaloi kah itu? entahlah,aku cuma katakan pada dia, lain kali,keluar ajelah dari konsert itu masa time magrib. Tak pun cari laa tempat yang sesuai, solat ajelah mana2. Di bumi Allah ini adalah tempat sujud kita. Teringat kat lagu dawud ali-wharnsby berjudul 'craziest spot to pray' ..

Herm,macam itu jugak isu ibadah pesakit. aku rasa aku boleh kira berapa pesakit yang solat ketika mereka terlantar di wad. Mentali masing2 mengatakan mereka 'tak larat' untuk solat walhal kena tahan kerana denggi, kencing manis, atau sakit perut. Sedangkan kalau kena stroke pun,boleh aje solat. Kita kan ada keadah2 yang telah dipermudahkan. Islam itu mudah. Jangan terlalu rigid pada solat pada surau sahaja. Nak solat tepi katil pun boleh. Tangan tak boleh kena air kerana POP(plaster of paris)? itu bukan masalah. Seingat aku, ada dalam silibus ketika aku amik pmr atau spm tapi berapa ramai yang mempraktikan?

Secara jujurnya, dulu time aku sekolah kat mrsmbp,aku balik KL naik keretapi dari Pulang pinang yang mengambil masa selama 10jam pun aku terasa macam janggal je nak solat sebab rata2 rakan2 aku tak solat ketika itu. Bertolak dalam pukul 7malam until 8pagi seterusnya. kadang2 sempat nak jamak solat magrib+isya' sekali sebelum keretapi bertolak tapi subuh? Sedangkan waktu itu dah habis silibus tentang solat walaupun dalam keadaan duduk pun. Tapi semua tak yakin dengan apa yang dipelajari. mungkin pihak KTM boleh mengambil peranan penting dan ganjaran besar untuk terlibat sekali..Uish,ini memang pahala besar laa KTM!

Tapi aku akui, mungkin ada banyak perubahan yang perlu dilakukan untuk mempengaruhi masyarakat untuk tetap solat walau apa2 keadaan pun. Ramai yang mengaku tidak tahu untuk solat ketika sakit. Disini, peranan health care amat penting. Tak kira laa doktor ke, nurse ke, radiographer ke mahupun radicare (orang kemas2..tak kisah bangsa apa-yang penting islam),..tengok tu, bukan kisah pun kerja ape, yang bangsa melayu memilih sangat nak kerja hebat2,jadi je laa apa2 asalkan kita boleh amik peranan... semua amik peranan penting untuk saling ingat-mengingati. kita ini manusia,mudah lupa...Lagi2 kita orang melayu, lagi cepat lupa(mengikut kata Dr. M--tapi aku rasa tak kot,sebab takde research yang tepat dan menyakinkan)

Owh, sape nak buku ibadah pesakit keluaran PPIM,mungkin boleh tanya aku...hanya rm5 sahaja(ye,aku nak buat bisnes dunia dan akhirat sekali!!hahaha)..herm,aku sendiri pun sedang mendalami fiqh solat ..banyak yang aku tak tahu tapi maybe boleh kita saling bantu dan membantu...tapi aku rasa yang lebih pro mestilah orang2 yang amik ilmu fiqh..tak gitu?

Maybe ada orang pertikaikan mengapa terlalu mementing isu2 fiqh contohnya seperti solat pesakit, mahupun aurat ketika masuk o.t...maybe orang2 itu tak memahami(muslim atau non-muslim) isu itu begitu penting kerana isunya bukan setakat isu hidup dan mati tapi isunya tentang kehidupan selepas kematian!!

(p/s:lagu dawud wharsby ali tue... aku tak reti nak upload..kalau nak,boleh mintak dengan aku..tak pun apa kata beli yang original? jihad ekonomi??)

4 comments:

saya anak m'sia said...

erm.. isu solat subuh waktu balik dari penang ke kL.

mmg kalau diikutkan, segan pun ada.. tapi alhamdulillah, x tinggal subuh.. mmg ramai org tido waktu tu.. so, amek air semayang + solat sambil duduk kt seat..

tapi teringat, pekerja ktm (cleaner) marah2, dia kata orang amek wudhu' dalam tandas, nnT tandas banjir, leh sebabkan "short circuit".. erm.. entah la, malas nk comment on that..

saya anak m'sia said...

erm.. mcm mana kalo aku nk beli satu copy buku ibadah pesakit keluaran PPIM tue?? persediaan sebelum sakit~ =)

saya anak m'sia said...

lupa nk pesan.. address blog aku dah tukar.. http://malikrick.blogspot.com/

Zackyun said...

=)..baguih laa tu malik!masa dulu time kat ketapi dulu,taram solat je even kawan kat sebelah pandang semacam kat aku sbb tak yakin...

owh,boleh je nak aku hntr buku ibadah pesakit tu..ko duk bangi kan?tak pun ko pi pejabat PPIM atas dekat2 hospital swasta az-zahra(depan masjid) kat bangi tue then, ko ty pasal buku tu dekat kakak nama k.mimi...tapi kena pi time opis hour....kalau ko segan,aku tolong post kan..(tgk masa laa,tak sibuk boleh diuruskn...)