Tuesday, February 28, 2006

kelemahan

Kelemahan orang lain
jelas di mata kita yang lemah
kerana kita ini terlalu lemah
untuk menutupi kelemahannya
dengan kelebihan kita...

ya,kita ini hamba yang lemah
buat salah dan silap
mengapa ego untuk mengaku?

Maka, siapa sebenarnya yang lemah?
kita kita kita

tapi itu tak menghentikan kita
dari mencari kekuatan dalam kelemahan kia
kerana dari mengenalpasti kelemahan
kita dapat cari kekuatan kita untuk mengatasinya

p/s:
1. hari ini kesabaran aku diduga oleh orang yang tak begitu paham konsep berkongsi dalam perjuangan..sedangkan perjuangan perlukan pergorbanan...dah alhamdulillah, kawan baik aku,fana ingatkan aku ini adalah dugaan dariNya yang barangkali untuk mengajar ketidaksabaran aku untuk menjadi lebih sabar.

2. aku dapat cerita dari teman2 akrab aku ada orang tak puas hati dengan aku tapi takut nak bersemuka dengan aku. Dia telah memburukkan nama aku dihadapan orang yang tak berkenaan. aku pun tak paham kenapa sedangkan dia teman seperjuangan aku sendiri. Aku tahu dia takut dengan perjuangan kerana tak mau berkorban..aku agak bengang kerana setiap apa perkara buruk dia lakukan aku lenyapkan dari minda tapi dia masih tak terdaya nak lupakan kesalahan aku yang lemah ini walaupun dah mohon maaf dengan aku..aku plan nak buat bodoh aje...malas nak layan!.Nadirah+Asiah pesan:jangan layan teguran yang tak berasas tu kerana hanya membuatkan semangat aku luntur. Keep your pace,babe. ...aku tak mati kerana kejian dan aku tak hidup kerana pujian!

3.kenapa aku dah ulangkaji ophthalmology tapi still tak tau bila lecturer tanya aku tak tau...sedey...rasa mana aku letak otak aku?

4 .aku suka team ajk program camping aku..yani,yana,shina,nadirah,chee lee&azma.best dengan idea2 yang kreatif...korang terpilih bukan calang2 orangnya.

5. aku belajar untuk menerima kritikan walaupun masih ada tone 'marah' dalam suara aku yang cuba aku lembutkan...huargh...betapa lemahnya aku ini.

6. aku nampak semua orang dah mula bangkit kesedarannya. kami semua tengah bergiat mantap insyallah...klasmate boys aku pun dah start 'mgamuk bila PMC tak dilantik dengan betul. Apantah lagi senior bila diberitahu perkhabaran ketidakadilan ini. aKu cuma mohon jauh dari fitnah semenjak dua menjak ada orang cuba burukkan reputasi aku...reputasi aku tak penting,yang penting ISLAM itu sendiri....herm,aku pikirkan kalau benar2 aku ikhlas, aku tak peduli kata2 orang kerana yang penting adalah DIA tahu apa yang aku lakukan!

7 .aku rindu mak aku.

8. aku rasa sayang kat Islam,boleh tak?

Saturday, February 25, 2006

Make a prayer



O people
In a hut made of tin and clay
A small boy dreams away
Of clean water and a meal a day
And not to fear mines as he plays each day

O people
Somewhere dark and out of the way
Aids has found yet another prey
To save his life he just couldn’t pay

Tell me what we’re going to do
For our brothers in Durban
For our sisters in Darfur
Show me what we’re going to do

Are we just going to sit there?
Nice and cosy on our armchairs
Will we not even make a prayer?

You might ask yourself
Why should I help these people?
They’ll tell you why
We’re not so different from you
We have dreams just like you
But they were buried with the bodies of our loved ones

O people
Are we deaf, dumb, and blind?
What is going through our minds?
Don’t we care for the rest of mankind?

O people
We claim to love peace and justice
Why do we preach what we don’t practice?
Let’s help them out of this darkness

Tell me what we’re going to do
For our brothers in Ethiopia
For our sisters in Rwanda

Show me what we’re going to do
Are we just going to sit there?
Nice and cosy on our armchairs
Will we not even make a prayer?

p/s: make my hatred melt away...dont be too definsive..dont be too emosional,we got lot important things to be done....

aku benci

Jenis manusia yang aku benci
  1. yang memburukan nama Islam dari konteks fitnah kerana sendiri buat maksiat atau menuduh muslim yang lain jahat.
  2. Yang cakap banyak tapi satu kerja pun tak buat.
  3. Yang kritik banyak tapi sebenarnya cuma nak cari kesalahan orang sahaja supaya dapat memalukan orang lain.
  4. Yang mungkiri janji.
  5. Yang tak percaya kat aku.
  6. yang tipu semua orang supaya orang pandang tinggi kat dia.
  7. Yang memandang rendah pada orang lain.
  8. Yang fikir dia seorang sahaja berjasa dalam semua hal, maka keegoaan dia makin meninggi dan dengan mudahnya dia pijak kepala orang.
  9. Yang gila kuasa sebab nak nama, pastu komplain kerja terlalu banyak.
  10. Yang dah patutnya dah 'paham' tapi asyik tak mau keja sebab malas.

Jenis keadaan yang aku benci.
  1. TRAFFIC JAM-sape pernah naik kereta dengan aku,mesti tergelak tengok aku mengamuk macam donald duck yang tengah menyanyi(aku nyanyi dalam keta untuk hilangkan tenaga marah aku)
  2. Result tak cemerlang. Benci walaupun disebabkan usaha aku yang sikit itu.
  3. Bila aku hilang sabar..BENCI!
  4. Bila aku tengah melenting selepas ada orang kritik aku dengan tak berasas(Atau sebab aku yang bodoh tak reti menilai?)
  5. Kerja aku tak siap2 sebab main internet.
  6. Bangun lambat..dan perangai suka tidur aku...tapi aku benci gak orang gerakkan aku dari tidur..bukan orang tu tapi aku sendiri yang liat bangun
  7. Bila aku perasan bagus-start poyo laa tue..
  8. Bila aku present kes dengan mengelabah/terketar2 sebab terlanggar meja dan budak kelas gelakkan aku. Senang citer, bila orang gelakkan aku bukan kerana lawak aku buat.
  9. aku benci keadaan yang orang simpati dengan aku.menyampah.
  10. aku tgh sort of 'mgumpat' tetiba orang itu lalu sebelah aku...Dah banyak kali terjadi...tak baik betul mengumpat....

Aku benci perangai aku
  1. yang mudah melenting
  2. yang pelupa
  3. yang terburu2
  4. yang tak reti2 belajar dari kesalahan yang lepas.
  5. yang banyak cakap/komen tapi kerja tak hebat mana.
  6. yang asyik terlambat dalam semua hal.
  7. selekeh dan lemak aku.
  8. bila pandangan aku tue narrow-minded
  9. aku dah tak secekap/genius seperti dulu(eh,pernah pandai ke?)
  10. mulut laju dari otak....ARGHHH!
Aku paling benci ialah benci..Sebab bila aku benci orang,nanti semua pandangan aku negatif. Apa si fulan buat semuanya salah,tak kira lah dia buat baik ke atau tak. Ini memang satu sifat yang aku kena kikis dan sekarang nie aku cuba untuk mencari ubatnya.wow, bukan mudah tapi boleh dilaksanakan...

Perasan tak, dunia ini adalah seperti mana kita view. Kalau kita bengang dengan si fulan tue sebab perangai dia sebenarnya dalam sedar tak sedar,kita ada perangai macam tue. Contohnya, abu bawa kereta Ferrari dan mengatakan dia tak riak(walaupun ada laa gak...he's human) tapi yang ironinya dia suka kutuk pemandu ferrari lain riak. Hanya jauhari yang mengenal manikam...Ertinya, abu tau perangai dia dan dia tau macamana orang yang sama dengan dia react...paham tak?

Jadi kita kenalah review diri kita betul2...tak payah nak pikir mcne nak ubah orang...ubah diri kita sendiri pun tak larat...sambil tu jgn lupa saling nasihat-menasihati diri sendiri

Jadi buanglah kebencian dalam hati...

Alisa ajar aku cakap, "no komen",...satu kekuatan nak cakap tue!...ini satu peringatan diri aku sendiri gak...kalau ada yang terasa, no komen!

Wednesday, February 22, 2006

Kerja Keras Perlu!

Beberapa minggu ini aku agak penat dan sedikit tension. Adui,sekolah kehidupan ini memang lebih menarik dan sangat mencabar kalau kita sedikit berani untuk melakukan anjakan paradigm dalam hidup kita.

Pada saat inilah,aku merasai kerinduan yang teramat pada ahli keluarga aku terutamanya mak aku. Memang aku duduk dekat tapi kerana masa itu sangat singkat. Alhamdulillah, mak aku supportive setelah penat lelah cuba memahamkan mak aku sendiri. Dari hari isnin sampai ke hari jumaat, aku sibuk untuk melaksanakan tanggungjawab aku sebagai student. Disamping aku mepunyai tanggungjawab bersama2 rakan2 sekelas. Alhamdulillah, kesedaran itu sudah timbul dan sekarang ini kami cuba melaksanakan beberapa projek yang tak pernah dalam sejarah senior2 kami buat. Dan bagi aku,ianya bukan kerja yang mudah tapi mampu dilaksanakan.
Satu penipuan yang besar jika aku tak merasakan keletihan tapi aku tak mau mengeluh. Dalam minggu ini saja,hampir setiap hari aku terpaksa bersekang mata kerana risau aku tak sempat study. Setiap hari pasti ada kerja extra yang datang. Kerja overtime memang penat tapi kalau dilakukan kerana cintaNYA dan ikhlas, pasti terasa kelapangan dada!

Khamis lepas aku keluar ke The Mall(dah berapa lama aku tak jejak kaki kat shopping complex, tu pun aku nak beli few things yang penting) dengan sahabat baik aku. Aku menanyakan soalan yang agak sensitif kenapa umat Islam masih tak maju sedangkan Islam adalah agama yang sempurna?Dia jawab dengan begitu pedas menusuk jiwa aku.
+Ok,kalau kau tanya soalan itu,aku nak tanya balik kat kau..Kau tidur tak dalam kelas?
Diam seketika....
(muka aku agak merah kerana aku memang kaki tidur!)
+Lain kali, kau jangan salahkan orang lain kalau diri sendiri pun tak betul
Pedas
pedas
Tiada niat aku nak salahkan orang lain cuma aku mahukan kita sama2 bergerak2 perbaiki diri. Memang senang laa keja aku kalau aku tak pedulikan orang lain kerana terlalu pentingkan diri sendiri. Tapi aku pilih jalan untuk bersama2 sahabat2 aku disamping aku perbaiki diri aku.
Aku senyap sahaja...Seperti biasa, aku balik fikir sampai masuk ke mimpi aku. Benar,aku ini memang kaki tidur. Tapi aku dah lama berusaha untuk tak tidur dan susah gila..Breaking the bad habit is soooo damn hard. Aku minum air banyak2, aku makan gula2,pergi toilet basuh muka,tidur yang cukup dan juga minum nescafe. Semua tips aku cuba lakukan,tapi aku pasti tertidur. Lebih2 lagi time aku tengah fokus dengan lecture, tetiba tertido.
Aku pernah buat ujian cara belajar terbaik dan aku nie jenis kinesthetic.Aku bukannya jenis manusia audio mahupun visual people. Audio people memang boleh belajar dengan mendengar sahaja manakala visual people like to see to learn but for kinesthetic nie teruk sikit, suka dengar,melihat dan buat. Memang kalau ikut kajian, jenis kinesthetic ni memang lebih suka pada praktikal berbanding lecture dan selalu golongan pelajar macam aku ni memang tak digemari oleh cikgu2 akademik sebab aku macam kera kena belacan(huhu,Dr Goh panggil aku tu sebab aku asyik tak senang duduk) Aku sangat tak tahan lebih2 lagi kalau suruh aku duduk diam2 dan dengar. Itu memang kelemahan aku. Tapi kalau suruh aku buat kerja yang bergerak sana sini, aku tak cepat letih.
Ya, itu kelemahan aku dan aku try perbaikinya. Aku bukan manusia sempurna kerana aku penuh dengan kelemahan yang begitu banyak! Bayangkan dari kecil aku memang kuat tidur, juara tidur, ratu tidur dalam kelas. Kalau aku nak tidur kat tepi jalan pun aku rasa boleh lagi tidur. Malah pernah kena gelak satu kelas sebab aku tidur depan2 cikgu biologi, siap dia terhenti mengajar sebab tunggu aku bangun!malu!!
Bagi aku,Islam memang mengajar aku banyak perkara. Semangat belajar aku pun hanyalah hadir saat aku sedar aku wajib majukan diri kerana cintaNYA. Dan bukannya mudah untuk mengubah. Aku hanyalah manusia,bukannya malaikat.
herm, aku sedar...betapa aku berubah. Sebelum ini, i dont give any damn if ppl outside kutuk2 aku. What the heck..Do i care? Maksud aku, mulut manusia ini akan sering berkata2 mencemuh kita..ini itu ini itu dan ini dan itu juga salah-salah-salah...sampaikan kerapkali keliru mana pulak nak ikut. Macam kisah ayah,budak dan seekor keldai, ingat tak?
Aku cuma tak mahu memberi impression buruk pada agama aku.
Kalau orang nak kutuk aku,lantak pi laa...aku tak peduli.
Maka,aku memang wajib tak tidur dalam kelas....
(huagh....bukan mudah...)
-------------------------------


Aku exhausted tapi alhamdulillah, dengan nikmat kasih Ilahi, aku tetap tegar bersemangat biar apa orang nak kata. Bayangkanlah non-stop. Kelas penuh dengan kerja berlambak. Hari minggu, kena kuatkan hati untuk memperbaiki ilmu+akaun akhirat. Ada daurah dan secara automatik, aku sebagai driver kena pi walaupun memang aku berat nak pi sebenarnya. Tajuknya menarik gak-->baitul muslim =). hehe...malam tue, aku balik rumah sebab aku terlalu rindu kat mak aku. Setiap hari asyik teringat kat dia tapi disebabkan aku sibuk aku terpaksa curi masa untuk pulang ke rumah. Bawa sekali dengan budak2 yani,ikin&comel. Dorang pun pulang dengan meminjam 3buku masing2(konfius aku,rumah aku tue library ke?).Hari ahad, dah pi gombak dan tiba2 aku dapat sms suruh cleark patient secara tiba2 sebab isnin dah kena present kat lecturer aku. Aku balik dalam pukul 7petang lebih dan terpaksa pi hospital dalam pukul 8malam dengan shiena+nani.Penat giller dan rasa aku hampir2 pengsan. Tetiba romet aku pun masuk bilik dan bingung tengok aku macam zombie. Aku kata aku perlukan kata2 semangat sekarang..STAT. Romet aku pun jawab dengan penuh tegas:

+ZEK, KO KATA NAK GRAD JADI DOKTOR MUSLEH. KALAU KO NAK BANGUNKAN ISLAM, KO KENA BANGKIT. TAK KAN SIKIT PUN KAU DAH TAK LARAT. MANA BOLEH PUTUS ASA. KO TRY REVIEW BALIK SEERAH RASULULLAH,MANA PERNAH KENAL KECEWA DALAM JALANNYA.

terus aku bangun...huagh!!Thanks,romet!
------------------------------------------------------------------------
Tengah2 aku taip, azan maghrib berkumandang..Kawan aku,jue kata...

+Zek, solatlah sebelum kamu disolatkan

Adus..dus dus dus
-------------------------------------------------------------------------
Orang-orang yang duduk dari Mu'minin yang tidak berhalangan itu, tidak sama dengan mereka yang berperang di jalan Allah dengan harta-harta mereka dan diri-diri mereka. Allah muliakan mereka yang sungguh-sungguh bekerja dengan harta-harta mereka dan diri-diri mereka, lebih satu derajat daripada orang-orang yang duruk; tetapi tiap-tiap satu dari dua golongan itu, Allah telah janjikan kebaikan, dan Allah lebihkan yang bekerja keras atas orang-orang yang duduk, (dengan) ganjaran yang besar.(QS. An-Nisa': 95)

Tuesday, February 21, 2006

Kisah bas no.11

Alhamdulillah, aku dapat naik bas no 11 sescara berturut2 selama 3minggu =)

Sekarang, bas no 11 dah tambah 2orang. Jadi ada 3orang. Mula2 nani,yang mungkin terkesan untuk sama2 mpromosikan bas tersebut. Aku selalu panggil nani pemandu bas 11 sedangkan aku nie hanyalah konduktor bas kerana dia selalu berjaya turun lebih awal berbanding aku. tapi aku berjaya untuk turun lebih awal dari kebanyakkan orang yang pilih untuk jalan kaki. Disebabkan aku naik bas,aku kena turun extra awal. Aku tengah train diri aku untuk jadi lebih punctual.Susah wok nak break the bad habit maa...aku tak mau jadi munafiq dengan tidak menepati janji...Takuts!Sekarang nie asiah pulak menyertai perjuangan bas no 11.

Tapi yang paling aku tak sangka berita meluas tentang bas no11 hebat diperkatakan oleh classmate kami yang rupa2nya tak tau definasi bas no 11...Ramai yang tertipu dengan wajah serius aku....siap tanya aku laa berapa sen aku naik bas tue. Shina pun tertipu,apantah lagi Ina yang selalu lihat aku jalan kaki.Ayu lagi laa kelakar,dia habaq kat sape ntah..sape laa percaya..

Aku pelik laa,itu kan white lie..memang nampak laa aku tak serius (sebab aku tunjuk 2jari yang berjalan2),dorang percaya bulat2 yang aku benar2 naik bas...aku ingatkan dorang paham definasi bas 11..hahaahah,tipah tertipu!Barangkali tak percaya pada kami mampu berjalan...

Sama macam aku melawak amik kosmetik setiap kali aku pi camping sbb aku memang tak suka mengaku aku amik apa...aku rasa macam poyo dan aku memang suka tengok expressi orang..

Buahahaha...Aku memang rasa penyakit lawak tue memang congenital laa...aku tak sengaja jadi begini lawak kerana dalam otak aku nie barangkali dah terbiasa cipta idea2 yang mengarut2...tolong2..(aku rasa dalam blog,aku memang jauh lebih serius..)siap yang pernah berbual dgn aku mesti tak tahan dengan aku...maafkan aku jika aku mengelapkan hati...nak buat macamana?

p/s:bas no 11 tu jalan kaki laa!

Wednesday, February 15, 2006

keberanian kebenaran

Keberanian kebenaran
hilang dalam batu bertakup
Yang hadir di kota ketakutan
hanyalah konsert rock

Duhai hati yang keliru
Apakah kau masih diselubungi
keresahan gelisah
walupun diperolehi petunjuk?

Hey akal yang mampu berfikir
mengapa kau malas berfikir
di saat genting malah berbahaya
hanya kerana dugaan pening lalat


wahai darah yang mengalir
mengapa kau merasakan gemuruh
tiap kali kau disergah
oleh raksasa kejahatan?

Oh mata yang melihat
Apakah haruskah kau menjadi
rabun ayam memilih diantara
syurga duniawi atau syurga fidausi?

Buat telinga yang mendengar,
Apakah kau puas pekakan diri
dari jeritan2 kesakitan memohon pertolongan
kerana takut kau ditampar?

Kepada mulut yang berbicara
mengapa kau bisu pada kebenaran
dan mengapa kau hanya bersuara
pada kata2 dusta,nista dan sia-sia?

Pada tangan yang memegang,
mengapakah kau merelakan diri
tersentuh perkara yang haram
sedangkan banyak lagi yang halal

Adui, kaki yang melangkah
mengapa kau penat di jalan benar
sedangkan kau tak letih untuk
berdansa di rimba sesat.

---------------------------------------------------------------
p/s: teringat kat salah satu handset sorang ukhti.Dia letak stiker kecik kat belakang handset dia untuk peringatan ' for da'wah purpose only'......;) Kita semua patut sanjung perangai dia dan contohi dia...adoi,kena check diri balik, handset tue kita asik habiskan duit untuk siapa?belum termasuk friendster lagi,yahoo messenger lagi(termasuk blog) adus adus...

banyak perkara kita semua perlu ubah!Chayok!betulkan niat kita!Yakinlah janji Tuhan itu yang paling benar....

Berani bangun untuk perbaiki diri sendiri.....jangan asyik bagi alasan kita jahil.tak tau belajar..

Tuesday, February 14, 2006

Ku memohon..beri damai hati ini

Aku rasa Allah memang sayangkan aku.

Aku tengah marah dan sedih terhadap sikap ntahaperntah sahabat2 aku yang dipercayai dan aku amat sayangi. Dan aku telah dikecewakan lagi sekali secara bertubi2. Aku sedih teramat, terkejut alisa dan deklah melihat aku campak handset yang aku sayang walaupun hodoh. Aku terasa diri aku teramat keji kerana 'sahabat' aku yang >arif dari aku tak meletakkan kepercayaan pada aku dan menuduh aku tak sistematik. Padahal, ianya melalui perbincangan dengan rakan2 aku yang lain. Memang aku teruk tapi aku tak pernah berhenti berlajar untuk perbaiki diri aku sendiri. Aku bukannya orang yang bagus sangat dan aku tau tu.Apasal nak asik melemahkan semangat aku aje?Atau aku yang letakkan kepercayaan pada orang yang salah?Dahtu,aku patut surrender untuk berusaha dan mjadi seorang yang mandom?Hey,kalau macam tue, jangan izinkan diri main badminton sebab kau tak sehebat Rashid Sidek!Nanti malu orang kampung tengok betapa teruknya kau bermain macam monyet. Jangan izinkan diri kau buat apa2 sebab kau tak berbakat. Abis tue, relevan ke?

Tetiba waktu aku tengah marah, aku teringat, mungkin ini kifarah dosa aku?Kiranya apa yang aku buat kat orang, Allah dah balas CASH kat aku barangkali...

Astagfirullah!

Sunday, February 12, 2006

orang hijau dan orang merah

Orang hijau, orang merah!

Buat orang hijau,
Aku benci pada assabiyah.
Jangan kau tanya aku jemaah apa
dan kau memalingkan wajahmu
kerana berlainan jemaah.

Buat orang merah,
aku kecewa dengan diriku
yang gagal memahami dirimu
kerana berbeda pendapat
padahal ianya tidah salah

Buat orang hijau,
Aku meluat pada penilaianmu
yang memerhati pada pemakaianku
atau aku sendiri yang merasa malu
kerana terasa rendah diri?

Buat orang merah,
aku keliru tentang tujuanmu,
berpersatuan hanya mengejar nama
walhal ianya satu amanah berat
kerana itu wadah perjuangan

Hapuskan meluat
Sepak kekecewaan ke tepi
Panggang sahaja kebencian
Buang sahaja kekeliruan

Kerana apa yang penting
Hanya keredhaan Ilahi
Rapatkan ukhwah
Satukan tujuan

orang hijau+orang merah
lupakan tembok yang memisahkan
Gandinglah bahu dan tangan
berkerja tanpa jemu
demi cintaNya!

-------------------
p/s: paham tak?abstrak sikit.hehehe...aku tak kisah kamu nak pilih warna apa.yang penting jangan judge orang dan bersangka buruk kat kumpulan warna lain.

Friday, February 10, 2006

Pelacur yang membunuh Tuhannya

Penulisnya aku tak tau sape tapi aku amik dari hairil's blog. Banyak kali aku baca dan amati dan setiap kali aku baca,ianya menusuk jauh ke dalam hati ini....ianya agak panjang tapi aku pasti jalan ceritanya dan gaya bahasanya membuatkan mata2 kamu semua tak jemu membaca jika mahu tahu kesudahannya....semoga kita dapat mengambil iktibar....
Senja itu senyap ketika angin mendesir menerbangkan daun yang gugur perlahan. Pelacur itu mengutuk nasibnya. Dua hari lalu rekannya mati Dengan mengerikan. Saat pemakaman jenazahnya tak bisa masuk liang. Tubuhnya tiba-tiba memanjang sehingga panjangnya melebihi ukuran liangnya. Menurut orang-orang tua ia dikutuk oleh langit dan bumi.Setelah didatangkan seorang kyai barulah jenazahnya bisa dimakamkan. Peristiwa itu demikian membekas di hatinya hingga terbitlah sesal. Sejak itu ia selalu murung saja memikirkan masa depannya. Dan sejak itu juga dia ingat kembali masa-masa kecilnya

Dulu ia bersama teman-temannya biasa ke surau untuk mengaji selepas maghrib. Ia dulu sering ikut majelis taklim. Ia dulu rajin berpuasa, tarawih dan ikut membantu menyiapkan sahur untuk keluarga. Tapi sejak ia menikah dengan tetangga desanya nasibnya menjadi berubah. Suaminya ternyata penipu, pemabuk dan penjudi. Ketika seluruh hartanya habis di meja judi, ia menjual istrinya ke seorang germo. Dan, singkat cerita, sejak itulah dia menjadi seorang pelacur.

Dan kematian rekannya itu menjadikannya merasa berdosa, sangat berdosa. Ia ingat ajaran ustad-ustadnya di kampung dulu, tentang siksa neraka bagi pelacur seperti dirinya. Ia dulu pernah membaca cerita bergambar yang mengisahkan siksa neraka, di mana para pelacur kemaluannya ditusuk dengan besi panas di dalam ruang api yang menyala-nyala.
Dan di senja yang senyap itu ia sangat sedih, ia merasa tak lagi berharga di mata Tuhan. Pikirannya penuh dengan bayang-bayang murka Tuhan. Ia lalu ingat lagi masa remajanya. Dulu ustadnya dengan hidup menceritakan bagaimana Tuhan menyiksa para pendosa dengan kejam. Tuhan mengawasi setiap tindak-tanduk manusia, memerintahkan malaikat mencatat segala amalnya, dan menghukum atau memberi kenikmatan yang tak terhingga. Dan di senja itu juga ia sangat murung. Setelah berpikir cukup lama ia memutuskan pergi mencari ulama untuk meminta nasihatnya.

Maka esok harinya ia meminta ijin pada germonya untuk berbelanja. Tapi Tentu saja ia tak berbelanja, ia pergi ke mesjid terdekat. Menemui ulama di sana, dan tentu saja hujan nasihat menyiram pikirannya. Dan demikianlah ia berjalan dari satu mesjid ke mesjid lainnya, dari satu majelis taklim ke majelis taklim lainnya. Dan hujan nasihat itu semakin deras. Semuanya mirip, tentang ampunan dan janji sorga, dan, lagi-lagi, tentang neraka yang mengerikan, tentang Tuhan Yang Maha Adil yang memberi balasan setimpal atas hamba-hambanya; dia harus bertobat, kembali ke jalan lurus, banyak salat, dan istighfar.

Tapi itu semua tak bisa menentramkannya, sebab setiap kali ia salat, istighfar, bayangan murka Tuhan dalam bentuk siksa neraka selalu saja Hadir di pikirannya.Kembali dia mengutuki nasibnya. Maka hatinya gundah, dan tetap saja ia masih merasa kotor di hadapan Tuhan.
Ia selalu ingat siksa neraka itu. Hingga akhirnya setelah beberapa minggu tak juga merasa tenang ia memutuskan tak lagi mencari ketenangan itu . Ia selalu ingat siksa Tuhan di neraka. Ia tak lagi yakin ada ampunan dari-Nya karena bayangan siksa-Nya yang demikian kejam terus saja menghantuinya, karena ia masih melacur, lagipula ia tak ada pekerjaan lain selain melacur karena ia tak punya keahlian lainnya – jadi bagaimana mungkin ia diampuni jika bertobat tetapi mengulangi kesalahan yang sama; tapi jika ia tak melacur ia pasti kelaparan. Ia merasa tak punya pilihan lain, hingga akhirnya ia secara tak sadar telah menarik kesimpulannya sendiri tentang Tuhan: Dia adalah Yang Maha Keras di dalam Maha Keadilan-Nya. Dia adil, dan menepati janji, maka tentunya siksaan itu pasti dijatuhkan. Dirinya telah ditakdirkan menjadi pelacur selamanya dan karena itu akan tetap bergelimang dosa. Dengan pikiran begitu ia patah semangat. Pikirannya kalut dan akhirnya ia nekat hendak bunuh diri. Ya, bunuh diri! Bukankah sama saja mati nanti dengan mati sekarang, toh hukuman sudah menanti. Memang benar dia pernah dengar sifat-Nya yang Maha Pengampun. Ia memang pernah dengar bahwa sebelum nyawa sampai ke kerongkongan ampunan-Nya masih terbuka. Akan tetapi ia juga pernah mendengar bahwa manusia berdosa mesti masuk neraka dulu untuk disucikan dari kotoran-kotoran dosanya, baru diangkat ke sorga. Jadi, pikirnya, mungkin, sekali lagi mungkin, dirinya akan diampuni, tetapi tetap saja ia mesti masuk neraka, sebab Tuhan Maha Adil dan Menepati Janji. Lagipula tak ada jaminan ia masih hidup esok hari, dan tak ada jaminan dia akan mati dalam keadaan telah bertobat.

Selain itu cap dirinya sebagai pelacur sungguh sulit dihapuskan. Bahkan kalau ia meninggalkan dunia pelacuran ini, sebutan "bekas pelacur" tetap saja memalukan. Bahkan di dunia ini sesungguhnya dia telah dihukum secara sosial dan psikologis. Bahkan di dunia ini dia sudah dihukum! Jadi Sekali lagi, hukuman itu tampak sebagai sebuah keniscayaan.
Sekarang ia harus memikirkan cara bunuh diri yang paling efisien dan tidak menyakitkan. Gantung diri jelas tak nyaman. Terjun dari gedung bertingkat juga tak mungkin sebab dia takut ketinggian. Ini persoalan serius, ia harus memikirkannya masak-masak. Dan malam ini, sambil melakukan Pekerjaannya melayani lelaki, pikirannya sibuk memikirkan cara bunuh diri secara efisien dan tak menyakitkan. Dan pada dini hari sekitar jam 4 dia sudah menemukan caranya.
Dua hari kemudian ia pergi dari lokalisasi ke desa di selatan kota yang sering dikunjunginya jika dia stres untuk melaksanakan niatnya. Di ujung desa itu terdapat lembah ngarai yang pemandangannya sangat indah. Di sebelah timur ngarai itu terdapat hutan lebat, dan gunung yang tak begitu tinggi. Saat matahari muncul dari balik gunung itu sinar emasnya meluncur seperti lempengan emas menerpa dedaunan pepohonan hutan itu.

Sementara itu kabut merayap naik dari ngarai lalu dengan pelan dan halus menyelimuti hutan dan lubang ngarai yang menganga itu. Meski di atas ngarai, ia tak merasa berada di ketinggian jika kabut itu sudah menutupinya, sebab nanti hanya akan tampak hamparan permadani putih membentang di atas ngarai. Karenanya dia bisa berjalan ke permadani itu dan, tentu saja, ia akan jatuh ke ngarai yang curam dan berbatu. Sungguh tempat ideal untuk bunuh diri. Saat pelacur itu sampai di tempat itu di pagi hari, ngarai tersebut sudah hampir tertutup oleh kabut, dan permadani putih itu sudah terbentuk. Keadaannya sepi, dan hanya desir angin yang mengisi kekosongan. Dia tinggal menunggu beberapa saat lagi, dan terlaksanalah rencananya, tanpa harus takut.

Demikianlah, ketika permadani itu sudah terbentuk, ia menarik nafas panjang, mengepalkan kedua tangan, ditegakkannya kepala dan punggungnya, lalu dengan langkah pelan tapi pasti ia berjalan ke bibir ngarai.Angin masih berdesir,dan di atas seekor burung melayang seolah ingin menyaksikan detik-detik yang mendebarkan ini. Langit biru cerah, udara dingin,sepi, dan langkah kakinya terdengar berdetak keras saat menapak tanah. Dalam hitungan detik ia sampai di bibir ngarai. Ia tak menatap ke bawah, hanya memandang permadani putih itu. Sejenak ia tampak bimbang, bibirnya terkatup. Lalu dipejamkan matanya dan seiring hembusan angin ia mengangkat kakinya maju ke depan…Di kejauhan terdengar suara cicit burung. Daun gemerisik disentuh angin. Bukk… pelacur itu terjerembab… ke belakang! Di saat yang menentukan itu sebuah tangan menarik badannya dengan keras. Jadi ia tak jadi mati.

Pelacur itu meringis kesakitan, lalu menoleh ke belakang. Di lihatnya seorang lelaki setengah baya, sedikit beruban, memanggul ikatan rumput, dengan sabit di pinggangnya. Lelaki itu tersenyum. "Kenapa?" tanyanya pelan, sambil meletakkan ikatan rumput, lalu menolong pelacur itu berdiri. Pelacur itu, setelah terhenyak heran sejenak, merasa kecewa, sedih dan marah, lalu duduk di atas tanah. Kemudian terdengar isak tangis di kesunyian. Lelaki itu membiarkannya menangis. Setelah beberapa lama isak itu semakin pelan, lalu berhenti sama sekali.

"Kenapa?" kembali ia bertanya. Pelacur itu hanya diam. Angin menderu sedikit lebih kencang. Setelah beberapa lama ia mendesah. "Mengapa paman selamatkan aku?"protesnya.

"Aku hanya mengikuti kata hati. Bunuh diri itu perbuatan buruk, maka aku mencegahmu. Tampaknya kau menanggung beban persoalan yang sangat berat hingga kau berbuat nekat.
Ceritakanlah, barangkali aku bisa meringankannya."

"Tak usahlah paman. Aku sudah berminggu-minggu mencoba menguranginya, tapi itu bahkan menambah bebanku. Lagipula aku tak ingin membebani paman dengan persoalanku."

Lelaki itu tersenyum. "Mari duduk. Ceritakan saja, aku tak kan merasa terbebani." Setelah ragu sejenak, pelacur itu menurut. Ia duduk di atas batu, sedangkan lelaki itu duduk di depannya, juga di atas batu.

Hening sesaat. Perempuan itu hanya menundukkan kepalanya. Angin bertambah kencang, kabut itu mulai tersingkap dan permadani itu perlahan-lahan terurai,menyingkapkan dasar ngarai. Rambut pelacur itu berkibar, dan beberapa helai menutupi wajahnya.Burung di langit itu masih berputar, seperti tak hendak melewatkan peristiwa ini. Kemudian, sambil menyibakkan rambut yang menutup wajahnya itu, dia mengangkat kepalanya dan menatap lelaki itu. Lalu ia mulai menceritakan semuanya, ya, semuanya, dari awal hingga akhir.

Setelah selesai, pelacur itu menunduk lagi, dan tak terasa matanya kembali berlinang. "Hmm, jadi itu persoalannya. Jadi kau yakin Tuhan, walau mungkin akan mengampunimu, Dia tetap akan menghukummu atas dosa-dosamu. Sungguh adil Tuhanmu itu, tetapi Dia juga sungguh keras. Tak memberimu pilihan selain melacur, hmm, Dia sungguh keras."

Perempuan itu hanya menganggukkan kepalanya. Di atasnya, burung itu masih berputar, lalu meluncur turun ke pepohonan hutan.Sementara itu kabut sudah semakin tipis, dan matahari mulai mengirimkan hawa panasnya. Tetapi angin masih kencang.

"Aku mau bertanya, seandainya ada orang yang membebaskanmu dari dunia pelacuran, apakah kau masih yakin Tuhan akan menghukummu?"

Sejenak pelacur itu berpikir. "Ya," jawabnya."Mengapa?""Sebab aku terlampau kotor, dan hanya api neraka saja yang bisa menghapusnya. Bukankah Dia itu Hakim Maha Adil? Tentunya kesalahan tak dihapus begitu saja.Bukankah menurut kitab suci yang pernah aku baca perbuatan buruk sebesar zarah sekalipun akan mendapat balasannya?"

"Jadi menurutmu Tuhan itu bagaimana?"

"Dia Maha Adil. Dia pasti menepati janji. Aku ingat dulu ustad di desaku mengatakan begitu. Dia akan menghukumku…" sampai di sini dia menangis lagi.

Lelaki itu menggelengkan kepalanya. tampak jelas dia begitu masygul."Terlalu banyak orang yang seperti dia" katanya dalam hati. Tapi ia sadar bahwa pelacur itu sudah banyak mendapat nasihat, jadi dia merasa tak perlu memberinya nasihat lagi.

Akhirnya, setelah menimbang-nimbang sejenak dia berkata:"Kau tertekan sekali. Hidupmu demikian pedih karena Tuhanmu menghendaki begitu, kan? Tak memberimu pilihan selain melacur, dan tentu akan menghukummu," katanya, mengulang kata-katanya yang tadi telah diucapkan. Sambil terisak pelacur itu mengangguk, "Ya, Dia tak memberiku banyak pilihan."

"Jadi kalau begitu Tuhanmu itulah sumber masalahnya,sebab Dia-lah yang menjadikanmu tertekan begini."

Mendengar ini, pelacur itu agak ragu. Benarkah Tuhannya yang menjadi sumber masalah? Benarkah takdir-Nya yang menciptakan semua persoalan yang menimpanya kini? Ia jadi bimbang, tak tahu apa yang mesti dikatakan. Seketika pikirannya kosong, kalut. Ia jadi takut sendiri. Apakah takdir Tuhan yang mempermainkannya? Ia tiba-tiba ingat betapa para lelaki di lereng Merapi yang tidur lelap bersama istri mereka yang sah tersapu oleh hawa panas dan desa mereka hancur, sementara itu para lelaki kaya yang selingkuh dan menidurinya tak tersentuh sama sekali oleh bencana ini. Apakah penduduk desa itu lebih jahat daripada elaki kaya yang menidurinya? Apakah penduduk desa itu lebih bejat moralnya ketimbang penduduk kota?

Apakah perbuatan maksiat di sana lebih banyak dan lebih dahsyat ketimbang di kota? Jika tidak, kenapa bencana itu menimpa mereka? Ia lalu membandingkannya dengan nasibnya sendiri. Ia ingat bekas suaminya, ia ingat germonya. Ia ingat maka kecilnya. Ia ingat suara anak-anak desa yang mengaji. Ia ingat penduduk desanya yang rajin bertani, mencari nafkah secara halal, tetapi tak kunjung makmur. Ia ingat lelaki yang menidurinya, yang mencuri, korupsi tetapi hidupnya makmur. Jadi di mana keadilan Tuhan? Jadi apakah Tuhan selama ini hanya mempermainkan manusia? Lagipula, adakah jaminan penduduk yang tertimpa bencana itu masuk sorga? Siapakah yang bisa memastikan para lelaki yang menidurinya itu kelak mati sebelum bertobat? Dan kepalanya seperti melayang,ia bingung. Tapi ia menjadi jengkel, sebab lelaki ini justru menambah persoalan bagi dirinya. Bukankah lebih baik dia mati tadi?

"Jika menurutmu Tuhan itu sumber masalah, kau abaikan saja Dia, atau… "sejenak dia berhenti. Lalu dengan pelan berkata sambil tersenyum misterius:"Bunuhlah Dia. Kujamin masalahmu hilang," Dan pelacur itu kaget lalu bertambah jengkel. Membunuh Tuhan? "Apa maksud paman?" "Ya, tinggalkan dia. Hiduplah tanpa Tuhan."

Pelacur itu jadi ragu, jangan-jangan lelaki ini tak waras. Tapi, setelah berpikir agak lama, rasanya anjurannya tampak masuk akal. Jika ia tak memikirkan Tuhannya lagi, tak memikirkan sorga neraka, tentunya ia tak perlu takut lagi, walau hati kecilnya masih cemas tentang keadaannya setelah mati.

Tetapi jika ia tak takut lagi kepada Tuhannya yang keras itu, bukankah ia dapat hidup dengan lebih nyaman dan tenang? Ketidakpastian nasibnya di akhirat akan lenyap, sebab ia telah membunuh Tuhan yang menguasai dunia-akhirat. Memikirkan hal ini, seketika hatinya menjadi tenang, terbitlah terang di pikirannya. Ya, ia akan bunuh atau tinggalkan saja Tuhannya itu. Ia akan menapak hidup ini dengan riang dan bebas dari beban dosa dan kecemasan akan murka-Nya. Ia merasa bebas.Langit masih biru, awan mulai berarak dan tiupan angin menyusut. Daun gemerisik di kejauhan.

Jadi demikianlah, pelacur itu, setelah berterima kasih kepada lelaki itu, pulang ke lokalisasi. Dia kini merasa siap menentukan nasibnya sendiri. Ia tak mau tunduk pada takdir yang menetapkannya jadi pelacur. Karena ia sudah membunuh Tuhan, bukankah takdir itu sudah tak berlaku lagi? Maka dengan mantap ia bilang kepada germonya untuk berhenti sebagai pelacur. Ia siap cari kerja lagi, apa saja, asal bukan melacur. Pikirannya kini dipenuhi banyak rencana, dan seiring dengan semakin tenangnya pikirannya itu, ia merasakan banyak kesempatan terbuka lebar di hadapannya. Ia punya rencana jadi TKW, atau pembantu domestik. Ia juga punya rencana untuk membuka warung makan. Modalnya bisa pinjam temannya. Pokoknya sejak ia membunuh Tuhan, pilihan tak lagi terbatas. Ia tak lagi hanya punya pilihan melacur!
Takdir-Nya sudah dihancurkan! Ah, benar sekali nasihat lelaki itu: membunuh Tuhan yang jadi sumber masalah. Kenapa tidak dari dulu saja! Kini ia jadi pembantu.Sekarang dia tenang dan bahagia dengan keadaannya yang sekarang. Pagi itu ia merasa dadanya sangat lapang.
Majikannya akan pergi selama seminggu, dan dia boleh pergi ke mana saja selama seminggu ini. Dia ingin berlibur, dan tempat pertama yang muncul di pikirannya adalah ngarai itu. Ya, ngarai yang mengubah jalan hidupnya. Pagi buta dia berangkat. Setelah tiga jam sampailah dia di sana. Pemandangannya masih sama, masih sepi dan masih berangin. Hanya saja burung yang berputar di angkasa tak ada. Ia duduk di batu tempat dia berbincang dengan lelaki itu. Ia tersenyum ketika mengenang pertemuan itu. Angin dingin kembali berhembus, menyejukkan wajahnya, dan angin itu juga yang menyibakkan rambut menutupi wajahnya. Ia memejamkan matanya, menarik nafas dalam-dalam,seolah-olah hendak menghisap masuk semua kesunyian yang tenang itu ke dalam hatinya, seolah hendak menyimpannya dalam hati. Tiba-tiba dia merasakan sentuhan di bahunya.

Saat membuka mata dia melihat lelaki yang dulu itu sudah berada di depannya. Tapi kini ia tak membawa ikatan rumput, hanya sabit di pinggangnya. "Bagaimana keadaanmu?" tanyanya, dengan senyum yang masih sama seperti yang dulu.

Kini bekas pelacur itu membalas senyum itu dengan senyum pula. "Jauh lebih baik. Aku merasa lebih bahagia dan tenang. sekali lagi, terima kasih atas nasihat paman," sahutnya ramah. "Oh ya? Ceritakanlah padaku. Berbagilah kebahagiaanmu denganku." Lalu lelaki itu duduk di atas batu tepat di depannya. Persis seperti pertemuan pertama dulu. Kali ini bekas pelacur itu tak ragu lagi untuk menceritakan semuanya, ya, semuanya, dari sejak pertemuan pertama sampai pertemuan yang sekarang. Dan lelaki itu tertawa kecil, mengangguk-anggukan kepalanya.

"Hmm, kau telah menemukan ganti atas Tuhanmu yang kau bunuh dulu. Kau telah menemukan Tuhan baru." Bekas pelacur heran mendengar ucapannya. Mendapatkan ganti Tuhan yang baru? Memangnya ada berapa banyak Tuhan itu? "Apa maksudmu?"

"Apakah kau tahu bahwa Tuhan itu tunduk kepada pikiran orang?" Perempuan itu menggeleng, dan bertambah heran. Lelaki itu bangkit berdiri, menatap hamparan langit, lalu berkata: "Dulu kau menundukkan Tuhan dengan pikiranmu. Kau jadikan dia Tuhan yang Adil dan Keras. Tuhan yang tak memberimu pilihan. Maka Tuhanpun menuruti keinginanmu. Jadi bukan Tuhan sumber masalahmu, tapi kau sendiri." Seketika itu juga pikirannya kembali kosong, tapi kini tak kalut lagi.

Ia lalu lagi-lagi ingat dulu waktu kecil saat mengaji kitab-kitab agama, ustadnya membacakan hadits qudsi, yang artinya kurang lebih menyatakan bahwa Tuhan itu adalah sesuai dengan anggapan dan pikiran orang, karena itu orang mesti berbaik sangka kepada-Nya. Kini kepalanya kembali melayang, tapi ia tak bingung lagi, juga tak jengkel lagi. Tiba-tiba dadanya bertambah lapang. Ia merasa bahagia karena telah mendapatkan Tuhan yang sama sekali lain dengan yang dulu. Tuhan yang membebaskan, memberi banyak pilihan, ampunan.

Dia tiba-tiba merasa Tuhannya yang sekarang jauh lebih ramah dan pengasih. Dia memberinya kebebasan dari pelacuran. Dia tiba-tiba sadar musibah yang berwujud rasa tertekan yang dulu menimpa dirinya bukan hanya sekedar musibah. Dia ingat musibah di lereng merapi. Dia ingat lelaki korup tapi makmur yang menidurinya. Dia ingat penduduk desa yang bekerja keras dan halal tapi tak juga makmur. Kini ia memandang itu semua secara berbeda.

Takdir tak mempermainkan! Ya, takdir tak mempermainkan manusia. Manusialah yang bermain-main dengan takdirnya sendiri. Sungguh sulit dijelaskan, tapi pengalamannya mengatakan begitu. Bekas pelacur itu tersenyum. Lelaki itu juga tersenyum, dan setelah mengucap salam dia pergi, mencari rumput dengan sabitnya yang terselip di pinggang. Sejenak kemudian bekas pelacur itu tiba-tiba seperti mendengar panggilan shalat. Dan kali ini hatinya bergetar, sebab hatinya rindu ingin segera menemui dan bercakap-cakap lebih banyak dengan Tuhannya yang baru ini.

Hayya alal falah….panggilan itu kembali bergema di kalbunya. Angin masih semilir, daun gemerisik pelan di tengah sunyi. Pelan sekali…

---------------------------------------------------------------------------------------------

Thursday, February 09, 2006

kekal selamanya




Aku sayangkan ukhwah diantara klasmate aku walaupun apa pun yang berlaku. Berbagai2 peel masing2 yang kadang2 memang tak masuk akal. Kadang-kala ada tergigit lidah, tersakit hati dan termengumpat...tapi bila aku fikir balik, segala2 berasal dari perasaan yang terlalu mengikut emosi dan salah faham.

Aku asyik memikirkan mampukan aku tidak melakukan kesilapan yang berulangkali dan pandai mengawal perasaan negatif aku kerana aku sayangkan kawan aku seperti aku sayang diri aku sendiri?
Bila mereka menangis, aku menangis
Bila mereka bahagia, aku turut terasa kegembiraan.
Tapi aku menanyakan diri aku dimanakah sayang aku apabila keberanian kebenaran aku dicabar?Aku tak mau sayang aku hanyalah bersifat sementara kerana aku mahu sayang aku boleh dibawa ke syurga=)
Dan aku juga mahu emosi aku dapat dikawal supaya aku dapat berfikir secara rasional untuk menilai yang baik dan batil. Aku cukup benci diri aku sendiri apabila aku dituduh 'memaksa' walhal aku hanya sekadar mengajak. Aku tak pernah paksa dan aku tak mau paksa sesiapa lagi kerana pintu hati mereka bukan milik aku. Tapi bila dah ada orang anggap macam tu, aku jadi jauh hati walaupun mana boleh kecil hati dalam perjuangan. Cuma bila kita dah letak salah tanggapan pada rakan kita, semua perkara baik menjadi buruk. Ianya seperti cermin mata yang kotor.
Aku mahu hapuskan segala sangka buruk aku pada rakan2 aku dan juga bunuh semua pandangan negatif aku. Kerana aku tak mahu kecil hati dan benci pada putus asa dalam perjuangan.
Benar, aku bukan superman yang boleh berkerja seorang2. Aku perlu berkerja dalam jemaaah agar ada yang mengingati aku ketika aku lupa dan futur. dan seterusnya aku pun boleh memainkan peranan yang penting dalam hidup bersama!
Ya Allah, kekalkan persahabatan kami dan jadikan ukwah diantara kami semua adalah semata mencapai keredhaanMU