Monday, October 10, 2005

bila langkah itu manjadi berat.....

Alhamdulillah, laporan KS 05 yang aku cuba siapkan sejak hari minggu hari tue telah berjaya aku siapkan. Aku pun naik segan dengan member aku yang asik tanya ape keja yang aku buat dan dorang selalu kata aku pi kuar ajer, aku sengih kambing je

aku cuma mampu jawab dalam hati keja yang hasilnya tak nampak tapi aku yakin ianya lumayan disisiNYA

Moga2 diterima oleh-NYA

Herm, baru aku sedar yang sebenarnya banyak good deeds nie bukannya nampak hasil macam dlm peperiksaan KALAU kita rajin berusaha. Segala usaha kita terbayar bila tengok result semua A++ dlm report book siap dapat dean's list lak tue

Misal kata nak kuruskan badan,KALAU kita betul2 rajin berusaha bersenam dan diet, Insya-Allah kita akan jadi kuru dan orang lain akan nampak betapa berjayanya usaha kita tue dan pasti kita akan bangga bila orang puji melangit tentang kejayaan menurunkan berat badan.
Tapi dalam nak mentarbiyahkan diri kita dan dalam nak mengislahkan diri kita nie jalannya bukan semudah itu orang lain pun tak nampak hasil dengan mata kasar macamane kita berusaha pun..dan aim kita bukan untuk pandangan manusia...siapa boleh menilai nilai keimanan kita? sedangkan kita empunya badan sendiri pun tak terdaya nak agak berapa markah kat log book yang malaikat sebelah kanan pegang tapi yang pasti memang dah berlori2 log book sebelah kiri kita.,,yang PASTI destinasi akhir itu BAHAGIA kalau kita benar2 beriman!

Hanya Allah yang Maha mengetahui

Aku teringat beberapa ketika dulu aku dan kawan2 aku berbincang pasal isu orang alim�f�cdefinasi masing2(termasuk aku) aku rasa sempit dan sangat jumud�cada yang kata orang alim tue orang yang solat 5waktu cukup dan tak wat jahat,sedangkan maksud alim itu adalah �eyang mengetahui/berilmu�f�c

Tapi ape yang pasti,melabel orang adalah sesuatu perkara yang tak perlu... simpan sendiri dalam hati�c

Aku pun tak suka orang label aku.. sebab nanti ada �eadvanced pengharapan�f�c. Kebanyakkan orang akan kata aku nie relax dlm belajar (READ:malas belajar)..
dalam satu pandangan yang positif: zek nie jenis cepat tangkap..sebab tue tak belajar..
dalam sudut negatifnya: �ezek nie malas,mesti buruk rekod blajar dia..ntah2 dia nie nasib aje sepanjang dia amik peksa�c

walhal aku tau yang seorang muslim tu KENA berusaha keras untuk berjaya�c.

Dan juga orang selalu anggap aku nie berkemampuan tapi sebenarnya takdelah mampu sangat�cdan aku nie dah laa cepat gelabah..huihuihui�c
Aku jadi sedih bila ada beberapa sisters/brothers dalam kelas aku yang mengandaikan usrah tue HANYA utk orang yang baik2 sahaja�csedangkan bagi aku ianya untuk siapa2 yang mahu mperbaiki diri sendiri�ckalau tau diri tue tak sempurna kenapa tak nak berusaha?

Tadi aku terlewat sedikit solat zohor kerana nak selesaikan beberapa perkara sebelum masuk kelas pukul 2petang tadi�ckawan baik aku menegur aku (>kepada perli sebenarnya) �gaik, kata alim sangat?�h

�cbila aku dengar tue terus aku tengok muka kawan aku tue�c.pastu aku senyum�c�hsape kata aku alim?�h

tapi dalam hati aku, agak terguris�c
bukan dengan kawan aku tue..
tapi aku rase perkataan itu sangat benar�c

aku bukannya orang alim..banyak perkara yang aku tak tau lagi dan banyak lagi amalan yang aku tak buat lagi�c.tapi bagi aku, yang penting sekarang, aku nak islahkan diri aku�caku nak bangunkan diri sendiri walaupun susah betul aku nak bangkit�c.

Perkara yang sama berlaku kalau mak aku kejutkan aku bangun subuh dan cara untuk kami anaknya bangun dgn ayat, �gkata nak dakwah sangat tapi tak kan nak solat subuh pun tak larat??�h

Terus bangun�c.

Astagfirullah al-azim�cbetapa lemahnya iman aku..

Herm, tapi orang sekeliling aku yang tak memahami keadaan sebenar menjadi seorang �eaku�f pasti akan mencela langkah kebangkitan aku seolah2 aku nie tak layak untuk membuat kerja2�caku sedar aku bukannya seorang maksum, bukan seorang wali, malah bukan budak sekolah agama pun�cbukan asal dari keluarga tabligh,,,basic agama yang aku ada hanya aku kutip dengan kudrat yang aku ada�cdan ianya TIDAK mencukupi �caku hanya orang biasa sahaja�c.yang hanya inginkan kembali pada fitrah sebenarnya seorang muslim�c.ada juga yang menyokong aku dari belakang, supaya jangan berani nak undur atau putus asa�c.

Aku sedar dalam mencari keredhaan Allah bukannya hanya sekadar solat 24jam sehari semalam�ctapi kena cemerlang dalam hal duniawi jugak�cbanyak perkara yang seharusnya seorang muslim itu cemerlang�cperkara ini yang membuatkan hati aku pilu sebab aku nie insan yang alpa dan lupa terhadap perkara tue�c

Persoalannya sekarang kenapa kita sesama muslim tak mau lihat kebangkitan Islam?

Entahlah..mungkin kerana aku nie terlalu lemah semangat�c.
Aku selalu tersenyum bila teringat kata2 semangat2 ni�c.

Usaha kita kadang-kadang nampak terlalu kerdil, bilangan kita kecil, program anjuran kita dihadiri oleh segelintir mahasiswa sahaja, tapi yakinilah inilah JALAN yang?sebenar-benarnya. Jangan biarkan ini semua mematahkan semangat kita. Sentiasalah bersama dengan jamaah dan karavan dakwah. "Tangan Allah di atas jamaah" (maksud hadis). Tidak ada keburukan yang kita perolehi, semuanya kebaikan sahaja. Ganjarannya kadang-kadang tak nampak,?tapi percayalah ganjaran yang paling besar dan bermakna adalah ganjaran dari Allah di hari akhirat nanti.

�gMemang boleh banyak belajar banyak perkara bila kita berani terjun meneroka dalam usaha dakwah dan tarbiyyah. Siapa yang berani dan cekal, maka dialah yg dapat lebih banyak pengalaman dan pengajaran..alhamdulillah..oleh itu selalu-selalulah rancang dan laksana program walau sekecil mana prog tu (contoh: rehlah, ziarah) sbb Allah akan mengadili kita berdasarkan usaha yang telah dititipkan bukannya hasil yang dituai.�h
?

Teringat masa matrik dulu, ada orang panggil aku �gHIP HOP MUSLIMAH�h sebab aku berjalan2 area matrik dengan earphone(kepala asik anguk-anguk-geleng-geleng�c).masa tue aku baru belajar pakai tudung besaq sikit..tapi yang aduhai,malunye, aku terhempas pintu dewan kuliah, satu kuliah tengok muka aku merah padam�chuhuhu
?

No comments: