Dosa kita yang pernah kita lakukan tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak maju kedepan. Sepatutnya dosa - dosa kita dijadikan DORONGAN UNTUK KITA BERANI MENGUBAH HIDUP KITA KEARAH YANG JAUH LEBIH CEMERLANG.
Bahkan ada hadis nabi yang membawa maksud bahawa kalaulah ada kaum manusia tidak pernah berbuat dosa, maka Allah swt akan hancurkan kaum ini dan mendatangkan kaum yang baru YANG AKAN BUAT DOSA, dan kemudian BERTAUBAT.
Manusia yang paling baik ialah manusia yang tidak memandang dirinya suci, tapi yang sentiasa bertaubat. Ada juga sepotong hadis sahih riwayat Imam al-Bukhari bahawa Allah s.w.t akan menolong Agama Islam melalui seorang insan yang berdosa!
Kita biasanya dengar hanya 'orang yang saleh' sahaja yang berguna utk Islam. Sekali-kali tidak. Tanpa orang yang berdosa, sejauh manakah orang2 yang menganggap dirinya lebih suci dari orang itu dapat membuktikan hadis nabi ini salah!
Supaya dosa-dosa kita bertukar menjadi emas dalam hidup kita, Allah dan Rasulnya hanya meminta kita bertaubat dengan ikhlasnya.
Pada saat kita bertaubat, kita menjadi manusia yang sejati, yang sedar bahawa manusia bukan malaikat dan yang membezakan manusia dengan malaikat ialah manusia buat dosa dan taubat. Beranilah bertaubat dan beranilah maju kedepan sedangkan dalam hadis riwayat al-Bukhari, Nabi sendiri memohon ampun dari Allah swt lebih 70 kali sehari, dan manusia seperti Nabi lah yang telah menakluk dunia!
Ditulis oleh:
Xifu Abdul Naser
Pensyarah Bahagian Sejarah Dan Falsafah Islam
Kulliyah Ilmu Wahyu Dan Sains Kemanusiaan
Pusat Matrikulasi UIA
Petaling Jaya
Nota: Pernah menjadi Jaguh Breakdancing 1983 di YMCA, Ipoh
p/s: i like this article..bagi aku, aku dah jemu dengar coleteh aku sendiri dan kawan2 aku yang asyik cakap, "aku tak layak..aku golongan berdosa...aku pakai seksi...."....itu tak penting...itu dulu...yang penting SEKARANG..PRESENT....right?
ingatkan aku di saat aku terlupa....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment