Monday, March 09, 2009

Just a bit of eden!

Jazakallah Khairan Kathira.

Begitu lama aku tak dengar. Dulu-dulu, aku ada juga dapat balasan message pendek-jzzk. aku dulu2 pun suka balas Jzzk. kadang2 rajin juga taip secara panjang. sekarang sebab aku segan tak reti bahasa arab, aku biasanya akan tulis "tenkiu veli de muchie" setakat ni, tu memang trademark aku lah. bahasa merepek aku lah tue.

Baru semalam aku dengar, kawan aku sebut Jazakallah ketika aku lambai bubbye. aku rasa terlalu kangen sungguh. nampak sangat aku dah lama 'pencen' dari membuat keja2. aduhai, zakiah.. sampai bila nie? aku ingat, perkara yang paling penting aku berlajar adalah; bila kita ikhlas buat sesuatu, baik buruk keputusan tak penting. yang penting adalah usaha benar2 dengan keikhlasan!

hujung minggu lepas, aku kena stranded kat seremban malam2 buta. Bas double-decker yang canggih baru itu rosak. ironi kan? seperti sudah tertulis, semua orang kat h.seremban on call kecuali Nadia. So aku pergi bermalam kat rumah dia. untung aku berjumpa dengan family dia yang sangat warm.aku bersyukur.terima kasih.. dan keesokkan harinya, aku lepak dengan kawan aku nama k.ida, pun rilek aje belanja aku dan tolong aku. alhamdulillah.

Hari minggu lepas, kitaorg sekeluarga pergi Ipoh untuk kenduri belah pihak lelaki. Majlis berjalan dengan lancar. best jugaklah, aku suka main dengan budak2 sampai budak2 tu tak nak panggil aku makcik! sedangkan aku tuaaaa~then, aku pergi Taiping, kenduri Cain+sakinah. (setelah pening kepala nak pergi kenduri Shiena+Rais) tapi aku ada masalah transport lah pulak. Yang ironinya, rupanya mak khalis tu adalah sedara kepada mak rais. small world kan?

Ja'a + wa pick up aku kat Ipoh pastu pergi rumah In kat Changkat Jering. Jumpa Meha, Sazrin dan Bedah kat situ. Small reunion kelas F lagi (yang beria pergi kenduri kawen tak kira sape! ). Yut jadi pgapit untuk cain. makan2. update citer masing2.then lepak sat kat old town white coffee kat taiping sentral. ada orang belanja,tapi sumpah aku tak tau siapa yang belanja. Aku tumpang kereta wa dan ja'a tanpa sedikit pun keluar duit. tak mintak claim walaupun sedikit pun. oh~ begitu murah rezeki mereka-mereka itu hendaknya! kelakar macam2 cerita terkeluar.

Aku tak biasa berkawan dengan orang goal-directed friendship sebab sejak dulu, sahabat2 aku semuanya kawan kerana for the sake of friendship. name it laa, dari sekolah subang, mgs, seafield, balik pulau, matrik dan upm. aku tak biasa, ada kawan hanya semata2 kerana aku nak tumpang kereta ke kelas. aku ego tinggi lebih rela jalan kaki kalau tu jadi niatnya kecuali dalam keadaan darurat terpaksa. boleh dikatakan majority kawan2 aku macam tue. macamana aku tak sayang?

Di saat aku berhadapan dengan beberapa orang jelek "hidup mesti ada objektif" bila aku dengan selamba fire cakap, "weih, kalau kawan kena ada ikhlas, bukan sebab kau nak something, baru nak berbaik2..itu hampeh namanye". (rujuk post sebelum2 aku tue). tapi bila fikir balik, cuma ada sekelumit manusia yang tak merasai nikmat bersahabat secara ikhlas, sebab tu dia menjadi jelek barangkali?

dan juga, di saat ini, aku masih berpeluang berjumpa dengan kawan2 aku yang tetap bersama aku. bukan kerana apa yang aku ada. atau apa yang aku beri. tapi kerana sayangnya seorang kawan. dan tidak mengharapkan balasan pun walaupun sedikit.

dan beritahu aku, malu sungguh bila aku tidak mampu memberi. (belum lagi)
ask nothing in return, and there will be no regret!

There is in friendship just a bit of Eden,
Harboring our early innocence,
Acting out of pleasure in our pleasure,
Not calculating cost or recompense,
Knowing the abundance that we breed in.

Your friendship is a book that I may read in,
Opening a truth I cannot measure
Unless it be with signs or sacraments.

How can I sing my gratitude,
Explain my silent sea,
Approximate in words the gift
That you have been to me?
How can I show my love to you,
Elucidate that golden drift,
Rolling wild and free?

(aku cilok poem ini dari internet yang taktau penulisnya)

No comments: