Thursday, April 19, 2007

sesuatu

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket



aku ingin menulis. tentang aku. tentang apa sahaja yang terlintas. tapi untuk apa aku menulis jika tiada suatu kebaikan yang boleh dikongsi?

Aku cuba menulis kembali. tangan aku kaku. otak aku beku. Astagfirullah. substance aku hilang.. macamana tak hilang kalau aku sendiri sepi tanpa pengisian?

4minggu di JB. ok.lagi 2minggu. aku seronok. dan aku tak tau mengapa, tapi aku merasakan tempat ini, tempat aku. aku juga terasa mau buat h/o kat jb..jauh dari kl (5jam je travelling). Mungkin kerana majoriti orang di hospital tu baik2 belaka. walaupun aku masih didalam kategori malang kerana aku kena buat elektif di wad sorang2.(dorang semua ada geng!) jadi, aku sorang2 terkontang-kanting menjawab soalan ketika round ataupun klinik... dan bertambah malang aku ada supervisor yang garang dan agak kerek. huhu.

Ini satu entry blog sampah. aku tak mau tulis tentang kesedihan aku. misery aku. aku gembira. betul. aku dah pergi semua tempat kat JB. cuma tinggal nak berenang ke singapura. Dah spend masa dengan kawan baik aku kat utm pun. lepak rumah nadirah 4kali. Azie kata aku berubah menjadi orang yang suka shopping. aku tak berubah. cuma aku bosan.

mungkin aku boleh tengok astro kat rumah makcik aku sesuka hati aku. ketawa dengan Dania, sedara aku yang berumur 4tahun sesuka hati. kuar sesuka hati aku. belanja pun suka hati. belajar pun tak berapa sebab takde exam...pukul 8 pagi hingga ke 5 petang bertapa di HSA. rutin setiap pagi.

cuma aku rasa kosong. hakikat yang aku tak boleh nak tipu. aku rindu mak aku. dan aku rindu pada suasana sibuk dan tekanan aku di KL. aku rindu kemarahan aku ketika naqibah aku suruh aku p program.aku merindui zaman2 aku kena panjat gunung. sakit badan tak hilang seminggu. belum termasuk.sakit hati kerana ada orang tidak kerjasama. aku rindu ketika aku gaduh dengan Aff. ketika aku bertekak dengan Nal. homesick barangkali. aku rindu ketika aku pening layan kawan2 aku yang dalam tekanan jiwa.

aku seperti mahu cuci gajah pada hujung minggu. atau pergi layan orang di hospital permai, tampoi...tapi aku tak tahu macam mana...

aku akan kembali. di sini. JB. kerana aku tak puas explore. pada sesuatu yang aku rasa seperti kehilangan. aku rasa ada sesuatu yang aku tak lakukan betul2...

owh. aku harus kembali !

p/s: gambar aku dan asiah. camping. tiap2 bulan ke hutan...

No comments: