
Apa sebenarnya Pak Lah rasa ketika berada di atas mesin berpusing2 yang dikelilingi oleh letupan2 cahaya seperti pensil Luna colour itu?
Apakah Pak Lah risau tentang duit yang terbakar bersama2 dengan letupan2 yang 'gah' itu sedangkan mangsa banjir masih menangis kerana segala kehilangan harta ditelan dek banjir? Masih ada wujud fakir miskin merempat di kaki lima hotel 5bintang. Mungkin bagi Pak Lah, letupan2 itulah membuatkan ada sebilangan rakyat menjerit kegembiraan lantas menghilangkan pening sesak nafas di kepala rakyat. ataupun itu merupakan cara2 untuk menambahkan lagi pendapatan negara?
Duit? Negara mana yang tak risaukan duit? US pun risau kalau tak depa tak kan teringin nak invade Iraq for the oil. Tapi aku terfikir, apakah Pak Lah seperti khalifah Al-rasyidin? dimana risau tentang makan minum rakyatnya. Seperti Uthman Al-khatab yang membancuh tepung gandum untuk rakyatnya. Seperti salah seorang khalifah (kalau tak salah, Abu Bakar) yang tidak mahu mbuka lampu ketika malam kerana baginya, itu adalah harta rakyat, bukan harta dia.
Apakah Pak Lah juga mendengar letupan2 itu sama seperti bunyi letupan bingit di Palestine ataupun di Iraq? Apakah letupan2 bunga itu membawa erti lain kepada rakyat Malaysia supaya rakyat menjadi bersiap sedia untuk berperang jika perlu? Berjuang untuk negara jika dipanggil? setabah itukah rakyat Malaysia?
Apakah terlintas sedikit kekalutan dengan membenarkan anak muda darah gelegak berpesta dengan konsert2 selepas majlis pelancaran VMF 07?bagaimana pula anak remaja merempit tak sedar diri? dan juga di kelab2 malam yang 'live'?
Apakah Pak Lah dapat tidur yang lena? seperti aku?
aku rasa tidak.
Aku tak salahkan Pak Lah. tidak sekali2. cuma aku terfikir, apakah dia terfikir sama seperti aku, seorang hamba Tuhan merangkap rakyat Malaysia. Pak Lah dengan aku memang jauh sifatnya, ilmunya. Dia lebih tinggi kedudukan tetapi dia juga rakyat Malaysia, juga hamba Tuhan. Apakah Pak Lah juga kepingin untuk menjadi seperti Khalifah al-Rasyidin? tak pun, seperti Salahuddin Al-Ayubi. Jika tidak dapat menjadi Rasulullah, sekurang2 mencontohi Rasulullah sudah memandai..
Pak Lah mungkin bingung. untuk menjadi ketua negara dalam negara membangun dan Islam baru nak bangun ni bukan mudah. Biarpun tiada golongan syiah,tapi ianya bukan mudah untuk puaskan hati semua golongan. Satu golongan Muslim sekadar nama, satu lagi golongan muslim sekular, dan lagi golongan muslim rindukan Islam. tidak boleh dilupakan hak-hak golongan non-muslim. Pak Lah tersepit. sesak nafas memikirkan, Pak Lah juga hamba Tuhan, seperti aku dan kau. tapi aku tidak fikir tentang korupsi berleluasa. kau tidak memikirkan tentang orang lelaki berkudung kaki jalan makan sampah sarap di tepi jalan atau penyakit HIV yang semakin menular. dan apakah kau rasa adil jika kau hanya memikirkan kebajikan awek kau sahaja?
Dahtu, kenapa biarkan Pak Lah kena selesaikan sorang2..ini tidak adil? Kau tu rakyat malaysia, dan juga hamba Tuhan (tak kisahlah kau tu agama apa pun, kau tetap hamba Tuhan yang satu itu...atau kau nak mengaku kau ada bau2 bacang dengan Chimpanzee?). Mungkin tidak dapat puaskan hati semua orang, tapi memadai jika mendapat keredhaan Ilahi, tak gitu?
aku rasa Pak Lah rindukan Islam. itu kan fitrah?
p/s: Maaf, aku tidak berminat dalam politik. Bukan seperti kebanyakkan rakan2 aku sangka. cuma aku rasa perlunya ada rasa tanggungjawab untuk bersama2 merasai kegembiraan..iye dak? Owh, ye...aku paling benci mesyuarat, lagi2 mesyuarat tanpa amalan, kerana aku cukup pemalas. tapi aku buang perasaan malas itu, jika perlu. kerana aku tahu, aku perlu untuk mbuangnya kerana aku tidak suka aku menjadi alasan kekalahan hakiki. aku juga bukan ketua yang baik.
Pandai2 aje aku merapu. Cenginilah, kita memang senang lihat salah orang berbanding dengan salah sendiri. Yelah, aku tak bawa cermin tiap masa.cuma aku terfikir dan terlintas ketika aku tidak berjaya untuk menjadi apa yang aku mahukan.....
No comments:
Post a Comment