Friday, January 26, 2007

23rd birthday


nAZihaH mOhd HaSSim



ShAriNa MoHd ShAh



Happy birthday 23rd!

May Allah bless both of my unique friends..Azie, sometimes i found it is hard to understand u. It's ironic how we could be best friends since the day of starvation. Remember, it was difficult for us (esp pokai2 takde kereta!) during xm period to find food where we had to go biking (beskal yang kau beli semata2 kerana itu!) as only our 98 classmates left alone in the big uni (kuang asam,takde kedai buka time tue..) with no cooking is allowed back in KMR. Until now, we still hang around together although u guys often blame me for not being there often when u guys go shopping and watching movies. Orang pokai macam aku nie,mana mampu for the luxurious things deh! huhu. azie and i love to gossiping around. jahat ek? takpe, smalam aku dah mimpi ngeri supaya tak mo mengumpat lagi. hari ni aku demam pulak. padan muka aku...Apa2 hal pun,azie nie agak jujur dalam segala hal. kekadang terasa,tapi aku rasa it's a good training for my patience!esp for my emotional hijacking perhaps!


Shiena also my great friend. Kawan senyum aku. Tetap kalut dalam apa2 hal tapi yang bestnya, dia tetap jadik penenang hati aku. Selalu bersangka baik dengan semua orang. itu susah nak cari wok kawan yang macam nie. iyelah, kalau tidak..aku tak akan buat surat pemohonan utk jadik rumet kau since 1st year walaupun aku tak kenal kau langsung time tue..bebelan bukan sebarang bebelan tapi kerana sikap caringnya terhadap orang lain...hatinya baik!

Yeah, i'm not a good friend, indeed. Not that I'm too fussy but i'm worried if u guys go beyond the line. aku nie memang macam makcik2 sikit, risau tak kena mengena. Aku risau. aku nak persahabatan kita bukan setakat masa kita hidup. aku nak gak lepas kita mati pun, kalau dapat masuk syurga (amin!) kita bole duduk berjiran. nanti bole aku kacau korang lagi deh! kan best tue! (kiah berangan)

We done lots of crazy things. Perhaps because u guys r crazy?


p/s: sorry for not always be there for both of u guys esp this weekend.

Thursday, January 25, 2007

love


It was life the one who introduces me to u
Knowing U makes my life full of love
No one could ever fill me up the empty spaces
Like U do in every split second

I was born to love u
And it's all because of ur love
Nothing would matter me at all
even if the whole world hates me
because only you is enough for me


Someday i will be dead in the bed of love
leaving all things behind
the things that u told me to love dearly
but no more than the love that we had

Even death would not do us apart
As death brings us closer together


p/s: figure it out if u want to feel eternal love. The only kind of love that bring to happiness without any tears of sadness. We might cry.but not kichiwa-frusted type. I'm not fully archieved it yet...sadly!
But, only HIM would forgive me. accept me as who am I. aku yang jahat king kong.selekeh aku. comot aku.bengong aku.pemalas aku... kerana DIA yang mcipta aku..
.dan DIA bersifat maha adil dan penyayang regardless how forgetful and bad we are. as long as we remember HIM....

Theme song: Yusuf Islam's - heaven/where true love goes. (I like it soooo much!)
but in case, u'r missing someone very far, sing Ocean size love by Leigh Nash.. ('',)

it's not wrong to love people. It's okay but be careful, to my dearest friends. Treat love as a speacial thing as each one of us is very precious!

- - 137 days left: God, give me time to become better person!- -

Monday, January 15, 2007

letupan kaler itu



Apa sebenarnya Pak Lah rasa ketika berada di atas mesin berpusing2 yang dikelilingi oleh letupan2 cahaya seperti pensil Luna colour itu?


Apakah Pak Lah risau tentang duit yang terbakar bersama2 dengan letupan2 yang 'gah' itu sedangkan mangsa banjir masih menangis kerana segala kehilangan harta ditelan dek banjir? Masih ada wujud fakir miskin merempat di kaki lima hotel 5bintang. Mungkin bagi Pak Lah, letupan2 itulah membuatkan ada sebilangan rakyat menjerit kegembiraan lantas menghilangkan pening sesak nafas di kepala rakyat. ataupun itu merupakan cara2 untuk menambahkan lagi pendapatan negara?


Duit? Negara mana yang tak risaukan duit? US pun risau kalau tak depa tak kan teringin nak invade Iraq for the oil. Tapi aku terfikir, apakah Pak Lah seperti khalifah Al-rasyidin? dimana risau tentang makan minum rakyatnya. Seperti Uthman Al-khatab yang membancuh tepung gandum untuk rakyatnya. Seperti salah seorang khalifah (kalau tak salah, Abu Bakar) yang tidak mahu mbuka lampu ketika malam kerana baginya, itu adalah harta rakyat, bukan harta dia.


Apakah Pak Lah juga mendengar letupan2 itu sama seperti bunyi letupan bingit di Palestine ataupun di Iraq? Apakah letupan2 bunga itu membawa erti lain kepada rakyat Malaysia supaya rakyat menjadi bersiap sedia untuk berperang jika perlu? Berjuang untuk negara jika dipanggil? setabah itukah rakyat Malaysia?


Apakah terlintas sedikit kekalutan dengan membenarkan anak muda darah gelegak berpesta dengan konsert2 selepas majlis pelancaran VMF 07?bagaimana pula anak remaja merempit tak sedar diri? dan juga di kelab2 malam yang 'live'?

Apakah Pak Lah dapat tidur yang lena? seperti aku?
aku rasa tidak.
Aku tak salahkan Pak Lah. tidak sekali2. cuma aku terfikir, apakah dia terfikir sama seperti aku, seorang hamba Tuhan merangkap rakyat Malaysia. Pak Lah dengan aku memang jauh sifatnya, ilmunya. Dia lebih tinggi kedudukan tetapi dia juga rakyat Malaysia, juga hamba Tuhan. Apakah Pak Lah juga kepingin untuk menjadi seperti Khalifah al-Rasyidin? tak pun, seperti Salahuddin Al-Ayubi. Jika tidak dapat menjadi Rasulullah, sekurang2 mencontohi Rasulullah sudah memandai..


Pak Lah mungkin bingung. untuk menjadi ketua negara dalam negara membangun dan Islam baru nak bangun ni bukan mudah. Biarpun tiada golongan syiah,tapi ianya bukan mudah untuk puaskan hati semua golongan. Satu golongan Muslim sekadar nama, satu lagi golongan muslim sekular, dan lagi golongan muslim rindukan Islam. tidak boleh dilupakan hak-hak golongan non-muslim. Pak Lah tersepit. sesak nafas memikirkan, Pak Lah juga hamba Tuhan, seperti aku dan kau. tapi aku tidak fikir tentang korupsi berleluasa. kau tidak memikirkan tentang orang lelaki berkudung kaki jalan makan sampah sarap di tepi jalan atau penyakit HIV yang semakin menular. dan apakah kau rasa adil jika kau hanya memikirkan kebajikan awek kau sahaja?


Dahtu, kenapa biarkan Pak Lah kena selesaikan sorang2..ini tidak adil? Kau tu rakyat malaysia, dan juga hamba Tuhan (tak kisahlah kau tu agama apa pun, kau tetap hamba Tuhan yang satu itu...atau kau nak mengaku kau ada bau2 bacang dengan Chimpanzee?). Mungkin tidak dapat puaskan hati semua orang, tapi memadai jika mendapat keredhaan Ilahi, tak gitu?

aku rasa Pak Lah rindukan Islam. itu kan fitrah?


p/s: Maaf, aku tidak berminat dalam politik. Bukan seperti kebanyakkan rakan2 aku sangka. cuma aku rasa perlunya ada rasa tanggungjawab untuk bersama2 merasai kegembiraan..iye dak? Owh, ye...aku paling benci mesyuarat, lagi2 mesyuarat tanpa amalan, kerana aku cukup pemalas. tapi aku buang perasaan malas itu, jika perlu. kerana aku tahu, aku perlu untuk mbuangnya kerana aku tidak suka aku menjadi alasan kekalahan hakiki. aku juga bukan ketua yang baik.


Pandai2 aje aku merapu. Cenginilah, kita memang senang lihat salah orang berbanding dengan salah sendiri. Yelah, aku tak bawa cermin tiap masa.cuma aku terfikir dan terlintas ketika aku tidak berjaya untuk menjadi apa yang aku mahukan.....